Tuesday, January 6, 2015

2015




InsyaAllah..semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. InsyaAllah..semoga dipermudahkan urusan kelahiran ini. InsyaAllah..semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.





Saturday, June 28, 2014

1st Anniversary & Salam Ramadhan.

Pejam celik.celik pejam.sudah genap setahun kami mendirikan rumah tangga.rasa sangat cepat masa itu beredar. Liku-liku onak duri cabaran dan dugaan telah kami tempuhi bersama dalam masa setahun. Itu semua lumrah kehidupan. Kita sebagai umat hanya merancang tetapi hanya Allah yang tentukan yang terbaik untuk umatnya.
Sesungguhnya alam perkahwinan ini indah. Dalam masa setahun ini banyak yang boleh kita pelajari dan lebih mengenal pasangan kita sedalam dalamnya. Fasa ini kadang-kadang akan membuatkan kita akan selalu bermain dengan pelbagai emosi marah,geram,rindu,gembira dan kadang2 annoying. Perkara2 macam ini akan membuatkan kita lebih banyak bersabar. Betullah kata bidalan, terimalah pasangan kita seadanya yg telah dinikahi nya. Jangan terlalu mengikut perasaan. Bersyukur dengan anugerah yg telah Allah berikan ini.
Fasa setahun ini banyak mengajar erti kesabaran dan kekurangan. Walaupun duduk berjauhan antara satu sama lain ia tidak menghalang kami dari terus berhubung dan berkasih sayang setiap hari. Memang kita tidak boleh halang mulut orang dari berkata kata dan mengata bertanyakan bila nak pindah, kenapa duduk jauh, bila nak ada anak dan bermacam macam soalan yang boleh buat pasangan kita tidak selesa dan sedih. Emosi seorang isteri akan menjadi tidak stabil bila soalan2 begini diajukan sampai beratus kali. Cuba bayangkan setahun ada 365 hari dan jika tiap hari diajukan soalan2 kurang bijak macam ni. 2 orang pastu darab 365 hari pastu darab dengan jumlah soalan kurang bijak. Hah.kira sendiri. Berapa jumlah jwpn yg perlu disediakan. Sebagai suami harus main peranan besar dalam menenangkan isteri dalam apa jua keadaan. Steady itu penting bagi seorang suami.
Kita bukan impikan sebuah perkahwinan untuk masa setahun sahaja tetapi untuk selama lamanya dengan pasangan kita yang kita sayangi dan cintai. Sempena ulangtahun perkahwinan pertama kami, ini khas buat isteri tersayang;
Terima kasih sayang kerana memilih abg sebagai suami,
Terima kasih sayang kerana hadir mengisi kekurangan dan kelemahan abg,
Terima kasih sayang kerana banyak bersabar dengan kerenah abang,
Terima kasih sayang kerana menjadi isteri yang baik untuk abg,
Terima kasih sayang kerana mencintai dan menyayangi abg sebaik mungkin,
Terima kasih sayang kerana setia bersama dengan abg,
Terima kasih sayang kerana menjaga abg dengan baik ketika abg demam, dan
Terima kasih sayang untuk segalanya..♥
I love so much until my last breath..♥♥♥
Diam tak diam esok seluruh umat islam di dunia sudah mula menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Istimewa Ramadhan adalah puasa dan terawih nya serta amal jariah nya.
Serentak dgn itu kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan & Selamat menunaikan ibadah puasa dari kami sekeluarga.

Saturday, September 28, 2013

Sarat - Sarat Otak.

Lama juga gua tak muhasabah kat sini. mungkin juga selama ini gua langsung tak muhasabah diri. Kadang-kadang gua rase semua nya tak adil utk gua. Hidup adalah pilihan dan hidup juga tidak adil buat gua. Tapi gua tak pernah lupa, ini semua kehendak dan takdir yg maha Esa, gua tiada kuasa berkali kali melawan takdir. Gua bersabar sampai masa nyawa gua ditarik maka nya semua telah adil bagi gua untuk DUNIA.

Kadang-kadang bila otak gua tepu dengan automatiknya gua dah tak romantik. Korang ingat nak dapat feel romantik semudah korang makan kuaci gelak-gelak sambil tengok Super Spontan. Bila tak romantik mula lah macam-macam isu keluar dari mulut bini korang.Ya, gua bercakap dalam konteks yang telah berumahtangga atau dalam bahasa iban di sebut kelamin. kaum isteri juga perlu tau bahawa sekiranya suami mereka jarang romantik tak bermakna si suami tak sayang n cintakan si isteri.

Berada di 'neraka kecil' saban hari juga boleh buat otak sarat. walaupun gua tau berada di 'neraka kecil' adalah satu seksaan sementara tapi gua tak pernah berhenti menghadap dan mencarut dengan kerje yang semakin membebani otak gua. Gua tak tipu gua rajin. kalaulah kerje itu mudah seperti menyepak bola alangkah indahnya dunia.



Gua bukan seorang suami yang baik & sempurna.

Wednesday, June 13, 2012

Ini Baru King Sebenar!

"Till the last minute of my life, I will have Man United in my heart" -King Cantona-




Tuesday, June 5, 2012

Kini Kem Italy Dibuka

Serentak dengan itu lagu seven nation army mula kedengaran di kem latihan pasokan Italy di laungkan oleh pasokan sorak hardcore mereka. The Azzuri!


nampak tak, ganas kan, mana mana pasukan yang tak pernah julang Euro atau world cup boleh balik awal. jangan nak orgasm kutuk pasokan yang dah jadi juara dunia sebanyak 4 kali, juara Euro 1968.


menurut Jack White (vocalist The White Stripes)-

"I am honored that the Italians have adopted this song as their own... Nothing is more beautiful than when people embrace a melody and allow it to enter the pantheon of folk music. As a songwriter it is something impossible to plan. Especially in modern times. I love that most people who are chanting it have no idea where it came from. That's folk music."

Akceley, strength pasokan Itali sebenarnya terletak di bahagian pertahanan, walaupun jaman Paolo Maldini, Fabio Cannavaro, Alessandro Nesta, Marco Materrazi, Alessandro Constartuta telah lama berakhir. Perlu di akui secara jujur, bahagian pertahanan pasokan Itali di jaman hipster ini tidak semantap jaman atuk & abang senior mereka.
 nampak, betapa kerasnya kepala Zinedine Zidane menanduk dada Marco Materrazi, mujur Materrazi berjaya meniru lakonan Jack Sparrow dengan mengguling gulingkan badan di atas padang.
 Final Piala Dunia 2006

Gianluigi Buffon, kapten pasokan Itali.katanya sekiranya pasokan Italy dapat jadi juara, beliau nak tambah anak dengan menghadiahkan anak kembor 4 kepada isteri tercinta.

Melihat kepada sejarah kejohanan Euro, pasokan Itali tidak mempunyai rekod yang baik, buktinya mereka hanya sekali menjadi juara Euro tahun 1968. Itu hanya sejarah lama, maklum lah pasokan Itali bukan sebuah pasokan yang hanya bersandarkan pada kenangan. Menurut perpatah Italy, Jangan makan sphagetti bolognese jika anda tidak menyokong pasokan Italy. 

 Yang tengah Leftenan Jeneral Gennaro Gattuso. taiko paling lejen dalam pasokan Italy. Siapa berani cantas dia, memang dia akan cantas balik sampai kena usung dengan ambulans, yang penting puas dapat balas dendam di atas padang. Tetapi kat luar padang dia seorang bapa yang penyayang. Malangnya taiko kita dah bersara dari arena bola sepak, untung la Fernando Torres tak kena pijak dengan beliau. khabarnya taiko dah bukak gudang seluar dalam lelaki khas untuk pasokan Italy & wags pasokan Italy. Amboi, pandai berbisnes sekarang.cerah masa depan.

Walaupun baru ni kecoh pemain Italy yang di hantar pulang, Domenico Criscito terlibat dengan skandal mengatur perlawanan Liga Serie A, ia tidak mematahkan semangat askar Azzuri untuk berjuang di Ukraine & Poland.

Sebenarnya perkara yang paling menggusarkan pasokan Italy adalah bagaimana nak menangani seekor angsa liar di bawah ini.
Mungkin penonton sudah mula mengecop pemain paling meyampah untuk dilihat di atas padang. susah nak melihat angsa liar ini bermain sopan di atas padang. aksi liar didalam & luar padang selalu memeningkan kepala banyak pihak yang ramai rasa nak bunuh beliau.

Dalam banyak umat di dunia, seorang umat sahaja yang begitu menyayangi angsa liar ini iaitu tak lain tak bukan Papa Roberto Mancini.
 "Badol, main betul betul kat Euro, hadiahkan pasokan Italy kejuaraan, jangan ikut sedap kepala bana kau jer, Papa sayang Badol selamanya. ai lafeyeu...."

Apa lagi yang ditunggu, gelanggang dah di buka, bendera dah dikibarkan, lagu dah berkumandang, wags gojes sudah di semarakkan, hidupkan para UltrasItaly! Ayuh! sokong pasokan Italy!

Ingatlah, sampai kiamat pun pasokan Malaysia, Brazil, Argentina, Senegal, Arab Saudi takkan pernah dapat bermain di Euro, jangan bebal sangat sampai tak boleh tengok peta dunia. 

Thursday, May 31, 2012

Kabare Wak Ajuan?

kabare waras waras sahaja. Buktinya di bawah.


Nah.



nampak, beliau sedang sibuk menyediakan masakan fusion untuk saya. ai lafeyeu..

Thursday, March 29, 2012

UNINTENDED

Relaxing time dengar alunan lagu macam ni memang bikin otak gua segar & tenang macam orang dapat dadah..

versi live kat Stadium Wembley, London

versi Hafiz Awan Nano Nano

Kalau korang perasan vokalis kumpulan Muse Matthew Bellamy ada iras iras Frank Lampard, kuda tua Chelsea yg duduk bangku simpanan tu. Tapi Matthew ni kurus sikit.


Dan yang paling di tunggu adalah Vapor-Vapor yang baru saje di launching!


Pemain-pemain pujaan gua dengan Mercurial Vapor VIII. Power neh.....

Cristiano Ronaldo

Mesut Ozil

Pedro Rodriguez

dan yang last sekali ala ala John Rambo neh...dah pakai kasut power pun tak score jugak malam tadi.tak lain tak bukan, jeng jeng...Zlatan Ibrahimovic
'Cis, kasut dah cara tapi Victor Valdes macam sial malam tadi, dia dah tau aku nak tuju bola tu katner. kau tunggu pembalasan nanti kat Nou Camp!'



Monday, March 19, 2012

Jangan Takut

Nidji - Jangan Takut Lyrics
jangan jangan takut lagi
jangan jangan takut cinta
ku bukan dia yang tidak setia
jangan jangan takut aku
cinta yang tulus takkan menyakitimu

oh jika kau butuh cinta akulah orangnya
oh jika kau butuh cinta aku kan setia
oh jika kau butuh cinta pilihlah aku

jangan jangan takut lagi
jangan jangan takut cinta
cinta sehati takkan melukaimu
jangan jangan takut aku
cinta yang tulus takkan menyakitimu

oh jika kau butuh cinta akulah orangnya
oh jika kau butuh cinta aku kan setia
oh jika kau butuh cinta pilihlah aku

oh jika kau butuh cinta akulah orangnya
oh jadi kau jangan takut jatuh cinta
oh jika kau butuh cinta akulah orangnya
oh jika kau butuh cinta pilihlah aku
oh pilihlah aku oh oh

if you want love if you want to know
if you want love …



Butuh means perlukan, bukan 'buto' yang lu orang selalu carut...Beselah Indon tak mau kalah dengan Bahasa Malaysia. Erk, gua rase nak demam, gua butuh tidor yang cukup. Gua demam gua okay.

P/s- Sincerely 3.......................................................bla..bla..bla...

Saturday, March 3, 2012

Otak Bogel Bukan Mungil

Tak okay, tak okay dan tak okay. Itu yang mampu aku luahkan untuk edisi penulisan kali ini. Mengharungi weekday yang macam neraka adalah sesuatu yang tidak okay bagi aku. 

Mula-mula masuk bulan pertama, aku rasa okay melakukan kapitalis walaupun agak perlahan, masuk bulan kedua aku maseh steady walaupun aku tau nikmat keselesaan itu tak akan bertahan lama. Masuk penghujung bulan kedua dan sekarang bulan ketiga, aku dah tak okay. Aku semakin serabut dan sesak kepala otak dengan perkara yang berada di dalam lingkaran neraka dan lingkaran luar neraka.

Lingkaran dalam neraka, ya, itu yang aku nak ceritakan di sini. Sekarang aku berada di bawah manager baru, manager baru ini seorang yang tak okay. Manusia di dalam lingkaran dalam neraka juga cakap manager ini seorang yang tak okay. Setelah aku berbual, bertukar pendapat dengan beliau, aku rasa dia okay tapi, tapi yang tak okay adalah dari segi cara kerja yang beliau mahukan. Expection kerja yang beliau sangat tinggi dan terlalu detail, bila aku dengar taklimat yang diberikan, macam nak menanah telinga aku mendengarnya. Dalam hati aku menyumah nyumpah 'cilaka, cilaka, cilaka'. maaf, kalimah Allah tidak terucap ketika itu, maaf juga aku seorang yang khilaf & jahil.

Lingkaran luar neraka, ya satu lagi masalah yang jarang membuat aku tersenyum. Tak payah huraikan, cukup la kalau kau berada di luar dan kau mula rasa nak mencarut. Itu la nikmat lingkaran luar neraka.

Weekday sangat stress, memang weekend akan aku penuhi dengan kegiatan bermoral & tidak bermoral. Terpulang macam mana aku nak corakkan weekend. Persetankan weekday, gemilangkan weekend. Ya perkara pertama aku nak buat esok. aku nak bangun solat subuh kemudian pergi jogging. dan seterusnya pergi berkubang kat air terjun. harap air terjun dapat membogelkan otak aku yang kusut ini.

Nah, sebagai hidangan aku sisipkan Adele yang mempunyai suara yang power. jgn risau, tiada unsur bogel dalam klip video ini.


P/s - Adeh, caner aku boleh terminat lagu Terukir Di Bintang. Maaf, aku bukan UltrasYuna

Saturday, February 18, 2012

Suka Suka

Sebenarnya takde apa pun yang nak di isukan sangat pun sampai aku perlu menghupdate belog. Cuma aku suka suka & sedang beremosi suka duka, kebetulan dapat online free & kebetulan jugak tuan punya pc sedang berkapitalis di luar sane.Aku lenjan habis habisan la.

Baiklah kita fokus satu topik sahaja iaitu walimatul urus, tak perlu la nak merungkai kisah aku bujang, tak kawen lagi la, tak jumpa jodoh la, sempit sangat otak aku kalau asyik berfikir ke arah itu. 'Sincerely' aku pun orang tak pandang lagi mau kecoh, ye dak. Akceley, tahun 2012 aku syak lagi banyak walimatul urus yang perlu hadiri. Kalau mengikut sejarah yang lepas, aku jenis memilih sikit nak menghadiri walimatul urus, tak semua tempat aku pergi. Bergantung kepada tahap kerajinan & kesosialan aku waktu senggang. Ini bukan soal kawan rapat ker, ex gf ker, awek ker, wanita ke, janda ker, andartu ker tapi lebih menjurus kepada istilah 'willing to go & willing to pay', mana yang pernah belajar istilah ini mesti maseh ingat teori dlm Penilaian Hartanah Perhutanan. Tapi apa kena mengena ek, Ok cukup, tak paham blh jumpa Papa Hamid.

Akceley, walimatul urus yang paling berat durjana aku nak kena tempoh adalah walimatul urus adik aku sendiri. Aku dah tau 'bala' apa nak menimpa aku masa tu. Ok cukup aku taknak pikir lagi. Tunggu je la kisah hari ahad bersama abg Azuan akan datang.

Sebagai bukti aku pernah menghadiri walimatul urus sila lihat bawah.

Yang paling kanan kemeja putih paling smart & macho.


 Next walimatul urus to attend Evra & Suarez.

Evra : Jom kita kawen, aku dah lama tunggu kau, aku cintakan kau sebab gigi kau mcm rabbit.
        Suarez : Baiklah, aku pun cintakan kau sebab kulit kau hitam manis.



P/s- kau ulang-ulang sampai 100x lagu Dadali-Disaat aku mencintaimu belum tentu dia nak kat kau.

Thursday, February 9, 2012

Pieces - Sum 41

I tried to be perfect
but nothing was worth it.
I don't believe it makes me real.
I thought it'd be easy
but no one believes me.
I meant all the things I said.
If you'd believe it's in my soul,
I'd say all the words that I know
just to see if it would show
that I'm trying to let you know
that I'm better off on my own.

This place is so empty.
My thoughts are so tempting.
I don't know how it got so bad.
Sometimes it's so crazy
but nothing can save me
but it's the only thing that I have.
If you'd believe it's in my soul,
I'd say all the words that I know
just to see if it would show
that I'm trying to let you know
that I'm better off on my own.

I tried to be perfect,
it just wasn't worth it.
Nothing could ever be so wrong.
It's hard to believe me.
It never gets easy.
I guess I knew that all along.
If you'd believe it's in my soul,
I'd say all the words that I know
just to see if it would show
that I'm trying to let you know
that I'm better off on my own.

Tuesday, January 31, 2012

Aizat Amdan-Sungai Lui versi AJL 26

Sementelaah pagi ini dengan cuaca di Seattle yang di selangi hujan rintik. Oleh keberadapan aku datang awal ke opis, sempat jugak la aku aku update sesuatu yang aku rase kreatif & santai.

Buktinya persembahan Aizat Amdan ketika AJL 26 yang lalu. persembahan yang santai dengan lukisan pasir serta penggunaan angklung berjaya membuat lagu Sungai Lui begitu tenang di jiwa aku. Tersenyum, terpaku, terpana dengan cara persembahan Aizat & Anas pada malam itu.

Sunday, January 15, 2012

Summary 2011

Dah jejak 2 minggu tahun 2012, baru sekarang nak buat summary. Biase la, otai memang sentiasa bizi, kalau tak bizi bukan otai nama nye. Akceley takde apa yang menarik pun sepanjang tahun 2011. Ni pun sebagai pelengkap intisari rancangan.

Dari sudut kerjaya, biase biase jer. takde ape yang nak berubah sangat cuma bebanan kerja semakin bertambah. tanggugjawab makin besor.

Dari segi fizikal, tetap macam dulu jugak.mkn banyak tapi tetap kerempeng, ni satu perkara yang gua dpt kesan, gadis gadis sekarang suke lelaki yang perut agak kedepan sikit & agak agak chubby sedikit, so untuk golongan yang sebegini, silalah ambil peluang yang sedia ada ini. Perut ke depan & duit banyak memang tak  dapat dipisahkan mcm isi dan kuku.

Dari sudut percintaan, gua takde bercinta dengan sesiapa, so tahun 2011 agak steady & lengang bagi gua. Tak perlu gua nak sedih2 bagai nak rak, just gua enjoy dgn seberapa banyak skandal & kawan-kawan yang ada di sekeliling.Status gua sampai sekarang maseh bujang, tiada kahwin pun lagi.

Dari sudut rohani & jasmani, rasanye itu urusan aku dgn Allah swt. yang mane ade kebaikan aku buat, cuma kadang-kadang tersasar sedikit, dah tersasar tu pandai-pandai la kembali ke landasan sebenar.

Sekarang aku kat 'neraka kecil' di laungkan sebagai Seattle!yeah!

Wednesday, December 14, 2011

Membuat Keputusan.

Inilah sebahagian perkara yang gua tak suka buat & pikir. Lu ingat hal membuat keputusan semudah makan kuaci duduk depan TV sambil tgk game Menyu, sambil tengok Nani gelek gelek control bola kemudian rembat. Gua tak suka macam ni, sebab gua pernah gagal dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, dulu gua masuk Maktab Tentera Diraja kat Sungai Besi, then bila dah berada dalam tu, gua mintak balik sekolah lame.menangis nangis bhai gua mintak keluar. Dah la nak masuk sane bukan senang. Memang bapak gua hangin giler mase tu, Kalau maunye sekarang gua dah jadi Leftenan Muda dlm ATM. 2nd, gua dapat masuk Sekolah Teknik amek kos Kejuruteraan Elektrik, gua pegi then tak sampai sebulan gua balik lagi sekolah lama.Memang gua kena blame abis abisan parent gua, tu yang gua study hard mase SPM. 3rd, gua dapat masuk UTM kos Sains Komputer, then gua rase tak boleh handle subject C++ ape jadah tu, gua pun bukan minat Sains Komputer, gua pegi tukar kos penilaian. Entah ape jadah la gua amek kos penilaian dulu agaknya gua pun tak paham. Nak kata berjodoh dengan orang kos ni, tak jugak nampaknye. Gua memang gila dulu. Menyusahkan mak bapak tahap gaban. untung je gua tak kena halau dari rumah. Tengok, kebangangan gua membuat keputusan.

Sekarang gua maseh menghadapi masalah yang sama & gua takut failed sekali lagi. Rasenye fasa memlih calon isteri belum lagi. gua ulang, belum lagi ke arah tu. sampai mase fasa tu memang gua lagi pening. Yang tu gua tolak ketepi dulu.

Sepatutnya fasa menstabilkan diri ni dah berkahir setahun yang lepas, tetapi apakan daya, langit tak selalunya hujan. Ape pun wish best luck untuk keputusan yang bakal gua buat dlm mase 2 minggu ni.

"Hai, saya Nisa Adinna, saya power main biola, gud luck utk Abg Azuan"-Nisa Adinna, 14 years old

P/s- Dulu masa Cristiano Ronaldo nak join Real Madrid lame jugak dia buat keputusan.

Wednesday, December 7, 2011

Lagu Kita - Aizat Amdan

Gua memang minat lagu ni, soul abes bila tengok Aizat nyanyi kat pentas AJL 3 tahun lepas. Lagu ini dituju tujukan kepada geng Suzuran Housen, puaka kwn sekolah & budak kampung gua serta skandal-skandal yang terlarang.keh.keh.keh..Akceley, semalam gua pergi karok, bukan ape 'Lagu Kita' first time gua bawak. Tapi paling puaka bila kawan puaka gua karok lagu Gemuruh & Di Penjara Janji. Memang tak boleh blah. Sape yang dapat tarik abes sebijik mcm Awie memang lejen. Sumpah gua memang tak power nak nyanyi lagu puaka macam tu.



P/s- Gud Luck utk Sungai Lui di pentas final AJL 26 nanti.

 Sekadar Hiasan

Monday, December 5, 2011

Majalah 3- Istimewa Harimau Malaya.

Sabtu lepas, 3 December 2011, Jam 9 malam. Gua bukan saja-saje nak tengok Majalah 3 sambil makan kuaci sebab rasenye memang tak berbaloi. Dulu gua layan jugak Majalah 3 sebab gua suke tatap wajah kesayangan iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain. Lenggok gaya & bercakap memang memukau gua. Tapi sejak dia dah berkahwin, gua jadi kurang minat nak tengok sangat (kecewa). Siyes, lepas ni kalau Majalah 3 tak di acarakan oleh Nurul Syuhada, memang gua akan pulaukan rancangan Majalah 3 seumur hidup. 'Kami Mahukan Nurul Syuhada Sahaja.Titik!'. Okay, Gua tengok Majalah 3 disebabkan ada cerita pasal Harimau Malaya. Buat julung kalinya sukan bola sepak negara mendapat tempat di Majalah 3. Malas nak cerita banyak, gua ada selitkan rancangan tersebut kat bawah ini untuk tatapan lu orang.

 
"Bukan saya sengaja taknak masukkan bola tu, tetapi memang bola tu tak masuk, saya nak buat caner kan"-Fakri

"Saya akan menyokong bangun jatuh bola sepak negara kerana saya percayakan Fakri & rakan-rakan akan sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan, I Love Manchester United Forever"-Azuan Shahri

Dalam rancangan ini jugak Majalah 3 telah merungkai isu sepakan penalti Fakri Saarani, tak pecaya lu orang boleh scroll mouse ke minit 29.00.Lu orang akan  dengar statement yang dikeluarkan Fakri. Gua tak marah & tak benci Fakri. Gua dah anggap Fakri sebagai wira negara sebenarnya. (sebab dia score lawan Mynmar mase semifinal).

Free Gift

P/s- Gua hanya seorang Ultras Makan Kuaci duduk depan TV sambil tengok bola.

Friday, December 2, 2011

Saat Bercelaru.

"Arghhh..saya stress sebab saya terlalu comel, Arghhh..banyak perkara yang mengganggu fikiran saya, Arghh..saya tak nampak apa yang terbaik untuk saya, Arghh..saya tak suka anasir-anasir luar yang menggangu fikiran saya, Arghhh..jangan ganggu Nazmi, saya nak kawen dgn Nazmi, Arghhh..saya jugak tensyen melihat Menyu main mcm Penyu bila kalah dgn pasukan liga Divisyen 1,  Arghhh..semua tak menjadi untuk saya, Arghh..saya dah malas nak bershuffle. cantik kan baju, skirt dan kasut saya, branding tau, Arghh..saya benci Lady Morgana & Uncle Agravine" - Ala Tomey Tomey

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Hebat & Watak Penting.

Tahniah kepada Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea yang telah dimenangi 2 tahun yang lalu di Laos. Di sebalik kejayaan itu gua dapat rumuskan ada beberapa muka yang mencuri perhatian gua sepanjang kejohanan berlangsung. Pada pemerhatian gua, yang paling femes di kutuk sepanjang kejohanan adalah mamat kepala banana, Ahmad Fakri Saarani.

In Fakri We Trust. Fakri In My Blood. Fakri Is My Life. Gua rase Azrai Khor orang yang paling tak senang duduk tengok aksi Fakri.

 Yang jersey no.21 power, Muhammad Nazmi Faiz baru 17 tahun tak ambil SPM tahun ni. Umur baru 17 tahun tapi corak permainan macam player umur 27 tahun. Gua salute budak power ni sebab gaya dia kawal bola mcm Jack Wilshere & David Silva. No. 18, Syahrul Azwari pon power jugak.
 "Nazmi, lepas ni kalau Manchester United offer lu main kat sane, lu jangan lupa mensyen nama gua kat Atuk Fergie okay". 

 Asrararuddin Putra Omar, gua ada jugak dapat beberapa sms yang mengatakan Asra ni kembar gua, gua peduli apanya korang nak ckp macam tu. 
"Bang, lepas ni kalau ada orang panggil kau Azuan, kau iyakan je okay, aku tak kesah". 
Statement lama Asra, " Saya dan Rozita Che Wan hanya kawan sahaja".

"Saya tak tahu adakah saya akan dikurniakan gelaran 'Datuk' apabila pulang ke tanah air nanti sebab saya lebih berharap akan di anugerahkan gelaran 'Tan Sri'.

 Ferdinand Sinaga, nama pun dah ganas, tengok muka mcm lejen tapi main macam sampah. Lagi hebat & ganas Rio Ferdinand gua yang beraksi utk Manchester United.
"waduh, gawat ini, time gini gue rase mau pipis, nahan dulu kok".


'Nak Mempertahankan Lagi Susah Untuk Memenanginya'

SYABAS & TAHNIAH HARIMAU MUDA !


 Mula-mula ingat nak tempek gambar Dahlia Teck, skandal KFCM, tapi bila gua google Dahlia Teck, gua tengok Rozita Che Wan lagi gojes daripada Dahlia Teck, maka nya ini Free gift untuk semua.

Tuesday, November 15, 2011

Terimalah 'Terima Kasih' Gua Ini Seadanya.

Sebelum gua memulakan sesi minggu penghargaan ini, gua nak beritahu yang gua sebenarnya tak berapa nak aktif & tak sihat. Badan gua memang tak sihat tapi akal gua tak injured. Gua gagahkan juga untuk menulis bagi melahirkan rasa menghargai itu penting dalam hidup gua sempena minggu penghargaan ini. Ayat 'Terima Kasih" itu cukup besar makna nya. Bagi gua, menjadikan diri kita dihargai itu lebih penting sebelum kita menghargai orang lain. Gua ulang, hargai diri sendiri dulu baru hargai orang lain. Dengan keadaan seperti ini kita akan saling hormat menghormati. Baik, cukup dengan mukadimah, gua dah boleh memulakan acara penghargaan ini.

Firstly, ucapan terima kasih gua boleh di simbolikkan dengan rasa bersyukur tak terhingga kepada Allah s.w..t kerana sampai saat dan ketika ini gua masih diberikan nyawa untuk terus menghirup oksigen yang di bekalkan dengan percuma ini. Celik-celik gua bangun tidor, gua sedar yang gua harus ucapkan Alhamdulilah sebanyak mungkin.

Secondly, ucapan terima kasih gua ditujukan kepada Bonda & Abah yang telah membesarkan Abang. Terima kasih kepada bonda kerana telah melahirkan Abang pada 1 April 1986 walaupun Abang tak sempat nak tengok 1st match Manchester United pada tahun itu kendalian Sir Alex Ferguson selepas dilantik sebagai Manager baru Manchester United menggantikan Sir Matt Busby. Kepada Abah, terima kasih Abang nak ucapkan kerana telah mengazankan di telinga dan memberikan nama yang baik kepada Abang walaupun Abah tak namakan Abang dengan nama David De Gea atau Cristiano Ronaldo. Terima kasih juga kepada Bonda & Abah sebab telah memberikan kehidupan yang selesa selama 25 tahun kepada puteramu ini walaupun Puteramu ini kadang-kadang beperangai macam setan & lalai dengan kehidupan. Terima kasih kepada Abah juga sebab rajin rotan Abang mase kecik dulu sampai berbirat. (syok tu Bah). Terima kasih kepada bonda juga sebab setiap kali Abah rotan Abang, Bonda yang selalu sapukan minyak kat punggung atau kat badan untuk kurangkan kesakitan. Kalau dorang tau yang gua suka merepek dalam blog, mesti dorang terharu mendengar ucapan penghargaan gua ini. Tak penting, yang paling penting gua ikhlas dengan apa yang gua tulis di sini.

Thirdly, gua nak ucapkan terima kasih kepada adik beradik gua Mohd Azim, Nor Aziane & Nor Azila kerana menjadi peneman hidup abang selama 25 tahun. Walaupun abang selalu marah & tegas terhadap korang tetapi abang tetap sayangkan korangkan kerana menurut pepatah. air di cincang takkan putus. Terima kasih kepada Mohd Azim kerana menjadi peneman abang untuk berjoging, bershoping, menonton perlawanan bola Manchester United bersama. Terima kasih juga kepada Nor Aziane kerana menjadi peneman Abang di kala Abang putus cinta walaupun nasihat yang kau berikan langsung tak berguna untuk abang. Terima kasih kepada Nor Azila kerana merelakan diri selalu di buli oleh Abang kau yang perangai macam setan.

Sebenarnya banyak sangat list appreciation gua ini. Tapi gua lanjutkan jugak.

Fourthly, gua nak ucapkan terima kasih kepada Miss Sincerely sebab jujur dengan gua. Insyaallah saya akan jadi teman sebelah awak sampai bila-bila. Awak hanya perlu ingat, saya akan sentiasa ada dibelakang menyokong & jadi pertahanan terakhir awak. Mcm bola sepak kan.This is promise me. Gua petik bait-bait lagu dari kumpulan Backstreet Boys "I don't care who you are, Where you're from, What you did". Buat Miss Sincerely, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya sehingga ke hari ini. Setiap hari saya memikirkan kamu, bangun tidor saya sentiasa ada kamu. Walaupun jarak kita 500 kilometres jauhnya dari segi penampakannya, tetapi awak tetap di hati saya. Percayalah keikhlasan hati saya tak pernah bosan & menipu. Terima kasih juga kerana telah muncul dalam hidup saya untuk menjadi satu sumber inspirasi bagi saya. Terima kasih juga kerana telah melembutkan hati saya yang kering selama ini. Terima Kasih Miss Sincerely.
Lanjutkan lagi, sebab lepas ini lagi banyak ayat 'Terima Kasih' yang korang akan lihat. Tapi gua nak tampal iklan lagu dulu. lagu feveret gua jugak ini.


 Baiklah, sekarang boleh sambung.

Fifthly, sesi penghargaan gua dilanjutkan kepada coach & cikgu-cikgu sekolah gua terutamanya kepada Cikgu Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu Hamzah, Cikgu Salmah, Cikgu Fong, Cikgu Ramli, Miss Ong. Kepada Cikgu Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu Hamzah terima kasih sebab berikan saya training yang sangat hebat sampai saya termuntah hijau & injured yang hasilnya membawa saya mewakili negeri Johor dalam acara Olahraga. Sebenarnya gua lebih mengharapkan dapat mewakili Johor dlm acara Bola Sepak tapi coach gua ckp gua takde bakat dlm sukan Bola Sepak.Ceh, tak guna punya ayat. Kepada Cikgu Salmah, Cikgu Fong & Cikgu Ramli terima kasih sebab menjadikan saya meminati subjek Kimia, Add Math, Matematik & Bahasa Melayu sebagai subjek wajib saya dapat A1.Terima kasih Cikgu! Saya rasa tak berguna sebab saya tak jadi Engineer atau Ahli Kimia. Tetapi saya menjadi seorang penulis blog yang tak berguna, mesti Cikgu banggakan. 

Sixthly, Gua nak ucapkan terima kasih kepada Ex-Ex Girlfriend & skandal gua, gua rase tak perlulah nak mensyen siapa orangnya, terima kasih kerana telah menjadikan gua seorang manusia yang berguna di mata wanita. Gua nak mintak maaf selama ini perangai setan gua telah membuatkan ada pihak yang tak berpuas hati dengan gua termasuk korang semua. Terima kasih kerana pernah muncul dalam hidup gua buat sementara. Terima kasih kerana telah menjadikan gua seorang lelaki yang lebih matang dalam hal percintaan ini, terima kasih atas nasihat yang telah korang telah curahkan selama ini. Gua juga nak mintak maaf atas segala kelakuan buruk yang telah gua tunjukkan kepada Ex-Ex & skandal semua. Mana yang baik gua akan sentiasa ingat, mana yang buruk telah lama gua lupakan okay. Yang paling utama, sempena minggu penghargaan ini gua nak ucapkan terima kasih kepada Ex-Ex sebab tidak memusuhi gua sampai hari ini. Peace yo!

Seventhly, To all geng Suzuran Housen, Apai, Yus, Nizam, Pak Tam, Baiman & Jai. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan gua selama 6 tahun zaman kekampusan, korang semua memang sempoi & lucu sepanjang masa. To Apai, terima kasih kerana banyak mengajar ilmu persetanan yang gua tak pernah jumpa selama ini & ikan lu banyak berjasa. Buat Yus, terima kasih sebab selalu pinjamkan gua sabun mandi di saat gua kehabisan sabun mandi masa di kolej dulu. Kepada Pak Tam, terima kasih kerana selalu menjadi bahan kekalahan untuk gua menang main PES 2010 dengan jumlah jaringan yang besar. Kepada Baiman & Jai terima kasih menjadi peneman gua makan malam, gua masih ingat, lepas makan je korang ajak karok. Walupun suara korang semua mcm badak sumbu, tetapi gua tetap layan. Buat Nizam a.k.a KN, terima kasih sebab sudi melengkapkan geng Suzuran ini. Terima kasih kepada semua geng kerana tanpa korang Suzuran Housen ini akan berkubur.

Eighthly, To young warlock, Merlin, Lady Morgana, Arthur Pendragon, Uther Pendragon, Gaius, Terima kasih sebab menjadikan drama Merlin season 1-4 sebagai drama siri wajib yang gua tak pernah miss sepanjang musim.

Ninethly, untuk kawan-kawan sekolah, to wan, terima kasih kerana menjadi rakan ponteng kelas bahasa inggeris, walaupun lu rase sangat bersalah bila buat macam itu. Sobri, terima kasih bersubahat cover line semasa gua dengan Wan, Ajib, Surabong, Hairi,  arwah Hanafiah ponteng kelas. Buat Faiz a.k.a Iteng, terima kasih sebab menjadikan gua lebih advance untuk menjadi lelaki maskulin, terima kasih juga atas nasihat maskulin lu itu, sebagai balasan gua doakan supaya lu berkahwen dengan orang asli kat Sarawak sana. Buat Paan, Calob, Idin, Ikhwan, Sawi, Len, Ikin, Yati terima kasih jadi peneman kawan sekolah gua yang paling berguna. Sebenarnya gua tak larat nak sebut semua sebab banyak sangat, gua tulis mane yang terlintas dalam akal gua, mana yang gua tertinggal jangan terasa pulak sebab pada dasarnya terima kasih kepada semua memenuhi sekeliling gua.


Tenthly, untuk kawan-kawan universiti terutama Kasem, terima kasih menjadi abang yang paling baik dan berguna buat gua. Terima kasih juga sebab menjadi abang yang banyak menolong adiknya. Walaupun ramai kawan-kawan sekeliling tidak bersetuju dengan tindakan lu untuk menjadikan gua adik lu. Tapi gua tak kisah sebab lu sangat baik. Itu gua tahu. Fenomena jeles sudah menjadi kebiasaan rasenye. Terima kasih Aza sebab menjadi kawan gua yang banyak mendengar gua mencarut & mengeluh sepanjang gua tempuhi alam pekerjaan ini. Walupun lu cakap gua ni jawa yang tak guna. gua tak kesah & amek hati okay. Terima kasih atas penghinaan lu itu.

Eleventhly, to all Manchester United lovers, Ayan, Rezam, Ad, Zamel & ramai lagi. Terima kasih kerana menyokong Manchester United selamanya.Terima kasih untuk Sir Alex Ferguson sebab menjadikan pasukan bola sepak feveret gua yang terhebat di abad ini.

Twelvethly, to Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo. Terima kasih pernah menjadi pemain pujaan gua. Buat band-band Nirvana, The Stroke, Franz Ferdinand, Radiohead,  Oasis, Coldplay, Sum 41, Muse, Maroon 5 terima kasih sebab menyediakan lagu lagu yang menyenangkan hawa telinga gua.

Finally, to all staff tempat gua cari makan, terima kasih gua nak ucapkan. Kepada Rusli, terima kasih sebab banyak mengajar gua yang degil ini. Terima kasih Siew Mei sebab selalu mendengar keluhan kerja gua semasa di office. Buat Kak Liha & Kasturi, terima kasih kerana memeriahkan opis dengan gosip-gosip panas korang yang mengurangkan stress gua. Terima kasih juga kepada semua staff  keran prihatin terhadap gua, andai internal transfer yang di offer gua terima kelak, pasti gua akan rase bersalah dengan korang semua. Ape pun, terima kasih kerana pernah menjadi opismate gua.

Rasenye gua dah boleh tutup acara minggu penghargaan ini. Gua syak juga, ini entry yang paling panjang gua taip. Tak kesah la, yang penting gua dapat semburkan ucapan Terima Kasih ini kepada korang semua. Ingatlah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ringan-ringakan la mulut kita untuk mengucapkan Terima Kasih.

"TERIMA KASIH, THANK YOU"

You might also like :

Related Posts with Thumbnails