Friday, December 31, 2010

Summary 2010

29 December 2010, Malaysia cipta sejarah baru dalam sukan bola sepak Negara & Asia Tenggara. dengan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Negara-negara jiran, maaf ye, kami sekarang yang terunggul di Asia Tenggara so rasa nak berbangga & berbongkak banyak.Tahniah Malaysia!Tiada kata secantik bahasa yang boleh diungkapkan selain Malaysia Hebat!.Tutup cerita bola sekarang.1 Malaysia dah tengok berita & paper, tak perlu ulas panjang-panjang.

Setahun itu adalah terlalu lama sebenarnya. Dalam setahun itu juga bermacam macam perkara yang terjadi even perkara itu menggembirakan atau menyedihkan. Daripada alam kekampusan hingga ke alam kekerjaan. Daripada menunggang kapcai beroda dua hingga menaiki kenderaan beroda empat. Daripada 'bersingle hingga 'berskandal'. Daripada baik hingga yang jahat. Daripada usia 24 menjangkau usia 25. Menurut seorang bestfrend semasa darjah 6 & form 1, Sekarang Umur Bukan Masa Utk Tarian Shuffle Lagi Dah (Ayan memang sempoi, Man Utd Forever). Mungkin ada benarnya kata beliau, itu zaman dulu-dulu remaja baru nak naik, tapi sekarang masa untuk serius dalam semua hal. Tahun ini juga boleh di anggap sebagai fasa utk menstabilkan diri untuk mencari keserasian dalam kehidupan. Status diri ini juga belum stabil, mungkin juga perlu ditukar pada tahun 2011 dan mungkin juga perlu menunggu the next gadis murtabak 8 pada  bazar Ramadhan tahun depan. Hati yang kosong ini perlu juga di isi suatu hari nanti.

Setahun ini juga rentak kehidupan agak menggembirakan cuma kadang-kadang rentak itu jadi sumbang kalau tersilap langkah. Maka nya, rentak sedemikian rupa harus di teruskan, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Tahun ini juga adalah tahun yang paling kurang bersukan, kalo 5 bulan sebelum nya boleh tahan aktifnya bersukan di kampus, tetapi 7 bulan selepasnya tersangat la kurang bersukan, lebih mementingkan 'bersukan' di depan PC & katil idaman dengan harapan tidak menjadi secomel Pierre Andre atau Wayne Rooney.

Kompang-kompang jugak banyak kedengaran di majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan seangkatan, entah kenapa tahun ni agak ramai yang teringin sangat nak berlaki, mungkin tak sabar nak dapat baby. Jika dah dapat baby maka nya cepat timang cucu & menantu. My sis turut ingin merasa kawen cepat maka nya juga pertunangan mereka telah berlangsung pada tahun ini. Mungkin kaum hawa memang dah ditakdirkan untuk kawen cepat. Takpe, bujang itu macho, steady & cool.

Pemilik Mitsubishi Lancer 2.0 GT  itu tidak pernah berada di atas jalanraya kerna itu adalah milik orang lain, maka nya jangan ada kekeliruan di situ walaupun itu kereta idaman. Pemilik itu hanya mempunyai kereta cap Malaysia. Sebagus mana kereta itu, tidak akan dilupa kepada kapcai yang banyak berjasa suatu ketika dulu. Tidak lupa juga kepada ikan yang banyak berjasa masa zmn kekampusan dulu, ikan itu adalah penyelamat ketika musim hujan dan kegunaan untuk berlibur. Kalau dulu ikan itu adalah ikan emas tetapi  sekarang ikan itu telah bertukar menjadi ikan merah. Tak kisah warna apa, jasa-jasa kamu akan dikenang.Pemilik ikan pasni mintak tolong pick up lagi kat Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harapan tahun depan nak perbanyakkan aktiviti pelancongan samada di dalam atau di luar negara. Nak merajinkan diri ke stadium utk sokong team bola sepak Malaysia dan Johor FC. Selain itu mencari gadis idaman yang minat bola, tempat-tempat mcm ni sahaja kepastian gadis minat bola itu dapat dibuktikan. Kalau dapat duit RM100milion dalam semak, nak buat gelanggang futsal kat belakang rumah untuk memudahkan aktiviti bersukan dengan harapan dapat menjadi sehebat Safee Sali atau Park Ji Sung.Balance duit nak buat rumah three storey bungalow lengkap dengan swimming pool, meja snuker, jamming studio,  bilik karaoke , ada parabola n ruangan khas  utk supporter Man Utd tgk bola. Impian sangat tinggi melangit. Sekadar impian bukan kelucahan.


Sumber inspirasi untuk di bawa ke tahun hadapan. Nak jadi sehebat beliau tidak kira dalam perkara apa yang cuba dilakukan. Serius kau kacak Safee Sali, tapi kalau kau botak sebijik macam Wayne Rooney.Jgn gelisah Man Utd tetap menjadi sumber inspirasi forever.


Bye Bye 2010, Welcome 2011..Happy New Year!

Saturday, December 25, 2010

Tiramisu


Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.

Sinopsis Tiramisu

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?

video

Serius!Gua minat lakonan Pierre Andre & Sharifah Amani. Thats why la gua nak tengok. Pasni balik kerja lincah la terus depan tv.Sedapnya kek tiramisu..nyum..nyum..

Thursday, December 9, 2010

Carutan Malam.

Kesinambungan dari Carutan Petang yg di sediakan Fahrin Ahmad versi The Fairuz. 

Parit Kaseh???

Mlm tak bercahaya, bunyi desiran enjin keta & moto takde, bunyi org menjerit stress study takde, bunyi org melalak lagu karam-zabarjad kat toilet takde, bunyi org bersorak tgk bola takde, bunyi org bersorak main PES 2011 lagi langsung takde. Tiba- tiba sunyi sepi pulak. Kat mana gua ni??Gua ingat berada di K-11 Kolej Tun Razak tadi rupanya gua kat kekampungan. Terhenti lamunan seketika.

Gua baru terfikir nak tengok bola sepak Suzuki Cup Kat Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia vs Vietnam semifinal tapi pesal korang main hari rabu, gua keje la...Kalau la Bukit Jalil tu sebelah kampung gua, conpem gua jalan kaki je.Kalau la...Frust jugak ni tak dpt tengok. Jiwa memberontak!

Selain dari itu gua sebenarnya sedang menghadapi masalah besar, serius, rumit yang teruk sgt & amat menakutkan. Pengalaman yang tak penah terlintas dalam kepala hotak ni boleh muncul dlm hidup gua. Gua nak cerita pon tak berani takut disalahertikan pulak.Amat kukuh alasan ni untuk gua berhijrah ke Kuala Lumpur. Cool jer..

Malam yang barai!

Sunday, December 5, 2010

Perjalanan Itu Masih Jauh.

Sangat jauh tak tau berapa tahun lamanya..Masih mau meneruskan budaya kebujangan &keremajaan ini sebaik mungkin.Masih banyak yang gua nak gapai, masih tak puas, masih bernafsu & akan terus begitu.

Sampai satu masa, detik & ketika gua akan berhenti, berhenti setelah menemui sesuatu yang pasti, bak kata orang muda sekarang dalam bahasa mulianya yang 'Terbaekkk'.

Gua perlu bergerak, gua perlu berhijrah ke tempat baru tapi bukan sekarang, tahun depan mungkin mencari tempat yang baru, tempat tinggal yang baru yang lebih heaven untuk gua menikmati zaman keremajaan & kebujangan ini. 

Kuala Lumpur ligat bermain dalam kepala gua. Tapi nanti gua pikirkan sedalam dalamnya.

Buat masa sekarang gua masih disini.masih disini. Gua petik sedikit lirik dari lagu kumpulan Estrella-Stay.
Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay


Stay or Move???..

Sunday, November 7, 2010

Aku Dan Air Mata.

Perasaan aku sekarang boleh digambarkan melalui lirik lagu ni..Thanks To Hijau Daun..

Jatuh air mataku iringi remuk redam hatiku
saat ku kehilanganmu
dan hanya rintik hujan yang menemani aku

Di saat aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua dalam dinginnya
aku pandangi hanyalah langkahmu

Wahai kau air mataku
hanya engkaulah tepi hidupku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

Tak bisa aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua dalam dinginnya
aku pandangi hanyalah langkahmu


Jatuhnya pun masih di pangkuku
tak perlu kau berpaling

Di setiap detak jantungku
hanya engkau yang menemaniku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

Thursday, November 4, 2010

Versi Baru Lagu Lagu P Ramlee. ( Muzik Sempoi)


Semua dah ada dalam file nih :) kualiti agak ok :) again Enjoy :) 

‘Tracklisting P. Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi

1. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
2. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
3. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
4. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
5. Altimet [feat Imran Ajmain] • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
6. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
7. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
9. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
10. Pesawat • Ai Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Amirah [of the band TILU] and Najwa Mahiaddin) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
12. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
13. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
14. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
15. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
16. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
17. Meet Uncle Hussain [feat Hazama] • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
18. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)

Lagu Yang Gua bold & highlight kat atas memamg sempoi rentak muziknya..Semua dah bertukar kepada  muzik indie band! Baru Chara!=)


Sunday, October 31, 2010

Sungai Lui By Aizat Amdan.

Lagu ni betul2 peace apabila gua dengar. Lirik yang simple & indah di sertakan dengan bunyi angklung  serta gabungan band membuatkan melodi lagu ini begitu puitis dan indah sekali. Setelah gua hayati banyak2 kali lirik lagu ni takde unsur2 cinta cintun sesame manusia, tapi lagu adalah bertemakan nasihat diselangi dengan cinta kepada terhadap tempat asal kita. Ia mengajar kita suapaya tidak melupakan daratan dan tidak terlalu mengejar dunia semata mata selain itu ,kita juga jangan lupa asal usul kita khususnya kepada anak muda yang sedang merantau di tempat orang. Ada pepatah melayu mengatakan di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung, demikian la nasihat yang cuba di sampaikan oleh Aizat Amdan.

Lirik Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Sunday, October 24, 2010

Johor FC vs Nogori Sombilan.

Gua takde la keciwa sangat tgk kekalahan kat tempat sendiri. tapi gua keciwa sebab datang dlm suasana yang hujan. Akibatnya pagi ni gua dapat demam free.Tapi takpe la minat bola punya pasal. If Man Utd yang main gua lagi sanggup terpacak lebih awal kat stadium tu.Punya la semangat penyokong Johor FC. Gua rase Stadium J Corp kat Pasir Gudang sebelum ni tak pernah penuh pun. Tapi angkara masuk semifinal je stadium tu tiba-tiba penuh.Tapi lepas 45 minit gua berada dalam stadium, gua rase penyokong Johor FC ni takde la fanatik sangat macam penyokong Nogori Sombilan. Gua rase penyokong Johor FC ni segan-segan nak bersorak then tak tau nak bakar-bakar semangat player. Yang dorang tau buat mexican wave & kutuk-kutuk player Nogori serta pengadil.Mula la ayat-ayat yang tak senonoh keluar. Adegan baling-baling botol & sampah pun terjadi jugak, FRU plak goyang kaki kat atas stadium. Gua tak tau la fenomena apa yang merasuk bola sepak malaysia ni . Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Bila la mentaliti orang malaysia ni nak berubah..Gua perhatikan je gelagat-gelagat manusia ni.Musnah harapan gua nak panjat Stadium Nasional Bukit Jalil..Berkurun menunggu ni..Tapi takpe la..so far so good la untuk Johor FC boleh pegi sejauh ni..Jom tgk lensa lensa yang sempat gua snap dari dalam & luar stadium.

Tiket masuk stadium..masuk free pon blh sebenarnya sebab member gua lagi 2 orang dpt cilok masuk macam tu jer.
Sebelah kiri penyokong Nogori, sebelah kanan penyokong Johor FC.
Semangat Sang Lebah, Tapi lebah sengat tak mengancam lor.
2nd half On The Way.
Penalti la pulok.
Budak milo jadi mangsa keadaan sebab malas nak kutib bola. Mlm tu terpaksa la dia di labelkan sebagai sampah masyarakat. Gua tak tahan nak gelak tengok aksi ni.kesian budak milo ni.hahahaha.
Injury time..time ni gua sedang melangkah keluar stadium.musnah harapan gua nak panjat Bukit Jalil.
Ya Kassim..selalu ada di mana gua berada.die lagi kesian Melaka tak penah pegi sejauh ni pon.hahaha
Gua dah siap2 nak balik ni, tapi gua tunggu si apex, panda n daus. mentang2 nogori die menang.
Dari kiri. gua, panda, apex (anak jati nogori), kassem & cameran daus ..Dah jom balik, naseb baik lu tak poyo dengan gua apex, kalo tak gua tinggal lu balik naik bus.hahaha.
Dah jom balik..cukup2 la tu berpoya poya..

Sunday, October 17, 2010

Biarkan Begini...


Puas sudah aku cuba melupakan Put3areu namun tidak semudah yang di jangka..Hampir setahun lebih aku memendam perasaan ini tiada siapa yang mengerti  lubuk isi hati ini. Memang di luar nampak happy selalu tetapi jiwa yang ada di dalam ini kadang-kadang tersentuh di buai oleh cinta tak berpenghujung..

Aku tidak rela manghambakan diri ini untuk jatuh cinta kepada sesiapa melainkan seorang wanita yg aku kenali sebagai Put3areu.Bukan bongkak tetapi memang pahit hakikat yang harus aku telan. Tiada apa yang aku harapkan selain mendapatkan cinta sejati yang akan dikurniakan oleh Allah swt, aku menunggu kurniaan yang akan di anugerahkan oleh Allah swt  dengan sabar dan tidak taksub untuk bercinta semula. Biarlah ia hadir pada satu saat nanti yang aku sendiri tidak tahu bila, dimana, dengan siapa, bagaimana ia terjadi. Semua itu ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. 

Biarkan aku melalui hari hari dengan tenang tanpa perlu ada komitmen kepada insan yang bernama wanita, bukan aku membenci tetapi aku sudah terbiasa sejak setahun yang lepas. Sukar untuk aku membina komitmen itu semula dan komitmen itu mungkin hanya pada gadis yang bernama Put3areu.

Mujurlah aku tidak terpesong jauh di kala aku terpikirkan beliau. Aku masih berfikiran waras, dengan akal yang dikurniakan oleh-Nya aku harus bijak menguasai keadaan di sekeliling aku.

Kepada orang-orang yang telah aku lukai, aku mintak maaf, biarkan aku begini..aku rela terus begini dan begini. Biar cinta itu hadir tanpa perlu dipaksa..Biar masa sahaja yang menentukannya..Insyaallah, kita akan temui bahagia itu walau dengan sesiapa pun kita akhirnya nanti..Berdoalah supaya kita tidak dipertemukan dengan orang yang salah.

Cinta itu indah belaka
Tiada mudah untuk memilikinya
Cinta itu tercipta bukan untuk direka
Jika harta dan rupa jadi peranan
Bersedia hati untuk dipermainkan.

Selagi boleh bertahan diri
Teruskanlah bermimpi
Jika setia dan jujur jadikan pilihan
Itulah bahagia tiada tandingan.

Saturday, October 9, 2010

Kalau Berpacaran.

Ni tajuk lagu sebenarnya..Gua pon tak penah dengar sebelum ni & tak update pon lagu baru2 ni..Mana yang singgah kat telinga je gua layan..Sedang tiba2 gua drive keta sorg2 dari Segamat ke Batu Pahat, gua lyn Sinar Fm, lagu ni muncul plak menarik perhatian telinga gua untuk dengar..Mana tak nya, gua kan peminat setia Ana Raffali...Cikaro ni berduet dgn Suhaimi Mior Hassan rupanya...Boleh lyn jugk rentak dia..then gua tukar channel Era Fm...Muncul lagi lagu ni...Ana Raffali, u memang sempoi la...gua respect lu...Jom layan lagu ni...Gua suke Chorus ni "Boleh Pandang Pandang, Jangan Pegang Pegang, Duduk Renggang Renggang, Bertambah Sayang".Wakakakaka...

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x


Saturday, October 2, 2010

Konvokesyen Kali Kedua.

Suatu ketika dulu sekitar tahun 2007 aku naik stage ambil Diploma dari tangan Naib Canselor UTM, Isnin lepas sekitar bulan 9 aku naik stage untuk ambil Ijazah dari tangan Pro Canselor UTM..Masa hadapan aku naik stage untuk ambil Master or PHD pulak (yang ini mustahil aku rase sebab aku dah malas nak belajar sebab 'Kecintaan Ilmu' tidak sehebat seperti dulu)..Actually, aku hepi sebenarnya jadi graduan UTM.Apa pun jom layan lensa2 yang sempat aku & kwn snap ketika sebelum & selepas konvokesyen berlangsung.
 Gambar ini di ambil selepas pendaftaran untuk majlis konvo pada petang itu..Apai memang betul2 buat perubahan pada rambut versi yang ajaib. Selama 6 tahun kitorang study sama tak penah pulak aku nampak dia buat rambut ala-ala Paulo Ferreira.Zmn Skin Head apai dah berakhir kot.Tau la kau peminat setia Chelsea..Wakakka..Baiman pulak tak berubah bentuk badan, still keding macam dulu..Apa rahsia En Baim agaknya..Hanya dia yang tau..
Mencari keselesaan & menyesuaikan diri dgn beban yg lekat di bdn dan di atas kepala. Naseb baik la hujan time tu, kalo tak mau rentung gua kat situ..Apai di kalungkan dgn medal juara bina badan antara universiti.hahahahaa..
Ketika ni tengah beratur nak masuk Dewan Sultan Iskandar.Pehh..member2 gua yang kacak berpakaian jubah..Ni je la masa dapat bergambar dgn mereka2 ni, lepas istiadat konvo terus hilang ntah ke mana..masing2 dah bubar.Takde peluang nak bergambar gaya bebas..

Sekarang di dalam dewan pulak..penat ni menunggu untuk naik ke stage, naik bosan sudah....Asik gelakkan orang yang naik stage jer..Yus & Baim perangai tak berubah jugak. Still same mcm dulu2..
Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai yang tersergam indah..
Photoshot dgn family aku dalam suasana hujan renyai2..Hujan rahmat kot..Aku tak marah kamu hujan..
Ni adalah di antara bunga dan cenderemata yang aku dapat semasa konvo degree aku aku. Laki2 pon dpt bunga jugak ker..bunga2 tu dari adik pompuan & mak aku.Cenderahati tu pulak aku terima dari seorang junior aku Azlin namenye..Tima kaseh utk korg semua..Aku betul2 hargainya..
Dan akhirnya....akhirnya aku jadi graduan UTM versi ijazah pulak pada tahun ini.Thanks UTM & Pensyarah2 Fakulti Kejuruteraan Sains & Geoinformasi yang banyak memberi peluang kepada aku untuk  mnelanjutkan pelajaran di sini. Tahniah baru2 ini UTM telah di iktiraf sebagai Universiti Penyelidikan.Tidak akan aku lupakan kenangan manis & pahit sepanjang 6 tahun di UTM.Akan aku jadikan kenangan abadi untuk aku sharing dengan anak2 suatu masa kelak.

Tuesday, September 21, 2010

Hari Terakhir Kamek Berlibur.

Member gua merangkap adviser pakaian gua.. Faiz a.ka Iteng
Kaki Pancing Yang Berjiwa Tabah. Ikan kecik2 je dpt..wakakaka
 
 Merenung masa depan der...Cpt2 la pulang ke semenanjung der..
Gua dh rase aura Old Trafford..Sejuk Banget duk tepi Pantai.Glory..Glory Man Utd..

Location = Pantai Sungai Lurus.
Times = 9 mlm - 12 mlm
Purpose = Berlibur, Lyn Kaki Pancing, Ngeteh, Tukar Opinion, Berkongsi Masalah, Cari Solution..
Prospects Iteng & Toyek= Dpt Beli Rumah, Dpt Calon isteri, Dpt Kesempurnaan Hidup di Dunia & Akhirat.

Ucapan Khas Utk Iteng---> Berhentilah Merokok Dengan Kadar Segera..
Nyawa Di Tangan Kitak (awak)..

Tuesday, August 24, 2010

Bdk Kecik & Si Bapak.

Ini pengalaman pertama aku sambut bulan puasa sepenuh masa di rumah sebab sebelum ni waktu zmn belajar separuh masa di rumah dan di universiti. Maklum la dah bekerja duduk rumah sendiri so ape2 pun kena buat sendiri la. Pengalaman mengunjung ke bazar jugak tidak seperti dulu yg dulu kala nya begitu sehidup semati pergi ke bazar dgn kwn2 dan berani gagahi juga mengejutkan kwn2 suruh bersahur pagi2.Sekarang ke bazar sorg2 tanpa malu2 dan segan.

Di mulakan cerita dgn tiap2 hari aku tak pernah miss utk singgah ke bazar di Parit Raja.Hari2 muka aku je yg ada di situ maklum la pelanggan setia kununnyaSaban hari melihat jam di opis supaya tepat pukul 5 ptg utk aku laju memecut utk ke bazar di PR. Aku biasa bajet tepat pukul 5.30 ptg aku mesti terpacak di bazar tu, bkn apa tetapi takut bazar sesak jika aku lambat.Sesak dipenuhi dgn studen2 UTHM, bdk2 jururawat , bdk2 kolej kemahiran lagi di tambah lagi dgn org2 tua dan makcik2 yg menyesakkan bazar tersebut, makcik2 ni tak reti nak msk sendiri kat rumah dorg atau memg tak reti msk atau memg pemalas.Sumpah seranah di dlm hati aku ni membebel yg bukan2. Yg tak boleh tahan tu blh plak berbual kat tgh jalan di kesempitan laluan, yg aku ni nak cpt pulang ke rumah sebab nk kejar Cinta Kirana jam 6.30 ptg.hahahaha..

Kebiasaannya aku amek mase 30 minit utk ronda2 bazar beli itu ini.Punya la ronda2 jln2 cri mkn aku nampak la satu gerai murtabak yg dikelilingi ramai org.Aku pon tertarik nak ke situ, so aku jengah2 la nak tau nape ramai sgt org kat situ, bila aku tgk takde plak cewek menebar murtabak tu tapi pakcik n makcik ade la.Bila aku pasang tinga org2 sekeliling ngobrol rupa rupanya tau la aku murtabak pakcik tu sedap sebab kuah nya pastu di tambah dgn harga nya murah.Strategi marketing yg menarik. Tiba aku terdgr riuh2 kecik si anak & ayah sedang berbicara.Ada la bdk kecik ni menemu ramah bapaknya.Petah berkata kata bdk ni.

 
Bdk Kecik : Ayah, pakcik tu buat roti canai ape?.
Si Bapak    : Bkn roti canai la Aiman, tapi murtabak(name
                     bdk kecik tu aiman bapak die panggil)
Bdk Kecik : Ayah, pakcik tu letak kacang dlm roti canai
                    (time ni aku dah tgelak)
Si Bapak    : Bkn la aiman, pakcik tu letak daging campur
                    dgn bawang la..
Bdk Kecik : Yeke ayah..(bdk tu musykil)
Bdk Kecik : Tapi nanti jadi roti canai kacang la ayah
                    Ayah..pakcik tu letak telur la...Kang jadi roti
                    telur kacang..Geli la Aiman nak mkn ayah...(aku
                    rase mcm nk guling2 gelak, makcik kat sebelah
                    aku ni dh senyum2)
Si Bapak :   Ish mcm2 la aiman, duk diam2 la (bdk kecik tu
                   tepuk2 muka bapaknye tanda protest)

 
 
Sebelum babak tu berlaku aku dh menempah "roti telur kacang" yg diperkatakan bdk kecik itu, lame btl tunggu hampir 15 minit, aku siap blh tgk aksi2 yg blh buat aku ketawa yg ade di sekeliling. Sempat jugak aku usha2 cewek di sekeliling yg kebanyakan nye bdk2 UTHM, tercari cari juga kwn2 aku kat UTHM kalo teserempak. Kalo blh nak mengelak takut kena pau dgn dorg.hahahaha.

Selesai adegan murtabak, aku beli air, ikan pari bakar dan beberapa kueh mueh utk di bawa ke rumah. Rutin harian aku memg mcm tu spjg Ramadhan ini wajib singgah bazar utk beli juadah berbuka sebab dah terbiasa dari zmn belajar. Bak kata aku, kalo tak pegi bazar tak meriah bulan Ramadhan ni.hahahaha..Setiap kali pergi bazar juadah yg wajib aku beli adalah murtabak & kueh mueh, yg lain2 kalo teringin baru aku beli.

Thursday, August 19, 2010

Seindah Biasa.

Tiada apa yg menarik utk dikongsi.sekadar mencoret utk menghilangkan kebosanan di pagi Ramadhan yg mulia ini sementara menanti hidangan sahur yg disediakan oleh bonda.Menjalani kehidupan as usual yg merelakan diri melayan karenah birokrasi samada di office mahupun di rumah.Hidup dgn sentiasa merendahkan diri kpd Allah swt.Sentiasa menghambakan diri kpd Allah swt dan tidak pernah lalai utk menunaikan kewajipan Nya.

Cuaca yg tidak menentu di Johor sejak kebelakangan ini juga seolah olah cuba mempengaruhi perwatakan utk beremosi dari kebiasaan. Seribu kesabaran juga harus ditempuhi utk mengawal emosi yg selalu membelengu. Tidak hairan la setiap kali stress maka pimple juga akan turut main peranan utk menonjolkan dirinya.

Masih lagi sendiri menghadapi liku liku kehidupan yg telah di aturkan oleh Allah swt..Lebih adil tanpa perlu menyakitkan hati mana2 pihak utk menjalinkan hubungan yg serius. Tiada masa diperuntukan utk mencari atau menuju ke arah itu buat masa ini.Cukup dgn teman2 yg blh membuatkan diri ini ketawa dan bertukar cerita di saat kebosanan dtg melanda.

Akal diberikan kepada kita bukan untuk mencintai kesenangan dan terus lalai dan menjadi bebal kerana kesenangan, akal diberikan untuk kita memikirkan hikmah-hikmah dan nilai-nilai serta pengajaran tentang kebenaran hidup. Maka nya gunakan akal utk kebaikan bukan sebagai pemutar belit keadaan yg akan menyebabkan hidup ini huru hara. 
 
 Rutin rutin harian juga seperti biasa, tiada kurang atau lebih.Hanya berpaksikan kpd syarak supaya apa yg di lakukan itu haruslah di terjemahkan sebaik mungkin. Jauh daripada perkara maksiat serta perkara yg tidak bermoral yg boleh meruntuhkan akhlak remaja selain mengamalkan  cara hidup yg sihat, walaupun telah lama dulu dipraktikkan namun tetap tidak byk perbezaan.
 
Kuatkan naluri & jiwa ini supaya aku dpt merasai hari hari yg mendatang seindah biasa seperti hari ini..
 
Not Arrogant, Just Better..

Wednesday, August 11, 2010

Rapuh.

BERILAH RUANG KEMAAFAN KEPADA HAMBAMU INI YA ALLAH DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI. AMIN YA ROBBAL ALAMIN.

Monday, August 2, 2010

Bulan 8.

Baik!Gua bukan nak bercerita tentang mamat ni..Mostly 1 dunia dah knl dgn mamat ni kan..So tak pyh la gua bercerita lagi..Apa yang gua nak kongsi adalah nombor yang tertera pada jersi tersebut iaitu 8. Gua nak kongsi pengisian yg terdapat pada bulan 8.Ada Paham..Kah.Kah.Kah..

Bulan 8 adalah lebih sinonim dgn bulan kemerdekaan tapi tahun ni agak bermakna kerana bulan 8 akan di isi dgn :
1) English Premier League & Liga2 Eropah yg lain..(Glory2 Man Utd)
2) Cuti awal Ramadhan &  Cuti 31 Ogos (2x cuti umum bulan ni..hahaha)
3) Umat islam mula berpuasa (Yg paling aku tunggu2)
4) Rakyat Malaysia sambut kemerdekaan..
5) Kes semakin byk dan rumit (Menyerabutkan minda)
6) Pertambahan staff baru (Selamat dtg bertugas)
7) Kena inspect sebelah pagi dlm bulan puasa
8) 4888 akan menjelma similar type no dgn my sis..hahaha
9) Bestday my sis..
10) Dan lain lain lagi...wakakakaa..

Ok cukup 10!..tak pyh byk2..

Wah cantik pemandangan ini...Nombor 8 ni kalo diterbalikkan pon tetap akan jadi no 8.hahaha..Lagi beberapa hari nak puasa tapi sudah kedengaran bunyi mercun  di kampung gua ni..Itu tak penting, yg paling penting solat terawih tahun aku nak cri sebanyak mungkin pahala kerana dulu mase zmn belajar di  kampus aku selalu jarang pergi terawih, seminggu 3x je pegi..lagi 4 hari terbongkang atas katil akibat kekenyangan..hahahaha..Saat paling yg tak dpt dilupakan adalah berbuka puasa dgn teman sekelas aku...memang heaven kalo beli makanan utk berbuka puasa dgn murtabak harimau, nasi dan lauk setinggi gunung, ayam percik, roti john, kueh muih, kebab & lain2 lagi.Pehh!..gua tak boleh lupa btl dorg2 ni mkn umpama tak pyh sahur keesokan harinya..Lepas mkn je solat magrib then tutup lampu trus tido...Kalo mata masih mampu utk bertahan maka nya ke masjid la gua..Memg tak blh Blah....

Ok cukup!..Gua nak berehat...SeLamat Menyambut Ramadhan!

Wednesday, July 21, 2010

Ketensionan.

Ku pandang sekeliling
Mencari ketenangan sebentar
Namun tidak ku temui
Bersandar kebuntuan

Sesekali rimas dgn kelincahan
Pergerakan umpama robot
Naluri hati ingin saja memberontak
Menegakkan benang yang basah

 Helaian kerja yang jarang surut
Dunia alam maya turut main peranan
Minda mula berputar ligat
Bersedia untuk di terjemahkan
Terlebih atau terkurang 
Selalu tidak pasti
Hanya menyalahkan akal yang berjasa

Bungalow, kilang pembuka selera
Jari jemari lali menekan kalkulator
Paparan yang menggusarkan
Kesal tidak yakin pada diri

Cabaran jiwa dan akal
Patuh pada peranan
Kelucahan mulut di kunci
Tiada istilah mengalah
Mencuba selagi akal masih bekerja

Tidak lupa pada yg 'Esa'
5 waktu wajib di jaga
Wudhuk pengubat amarah
Jalan penyembuh segala keduniaan

Karya: Mohd Azuan Shahri (M.A.S)

Sunday, July 18, 2010

Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)

di sini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi

aku tanpamu, masih tanpamu
bila esok hari datang lagi

ku coba hadapi semua ini

meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar

mentari yang tenang bersamaku disini

ku dapat tertawa menangis merenung

di tempat ini aku bertahan
reff:

suara dengarkanlah aku

apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku

apakah aku slalu dihatinya

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini

ku lewati semua yang terjadi

aku menunggumu, aku menunggu
reff2:

suara dengarkanlah aku

apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku

apakah aku ada dihatinya

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya
repeat reff
suara dengarkanlah aku

 Dedicated Dis Song For Put3areU..

Lirik lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap) ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Hijau Daun – Suara (Ku Berharap).

Friday, July 16, 2010

The Sorcerer Apprentice.

Wohhhh..Gua memang tunggu cerita ni kuar 22 July 2010..Movie Magic adalah movie kesukaan gua..Kalau nak tau lebih lanjut pasal movie ni klik kat bawah ni.Jom ke Panggung 22 July ni...




 Wow..Nicholas Cage...Gua Minat lakonan beliau...

Wah..Dah Mcm Kame Hame Ha Lor...

Mcm ada iras2 Harry Potter jer..Jom Lyn...

Thursday, July 15, 2010

Fall For You.

Walaupun lagu lama, tiba-tiba aku rase nak post lagu ni...Jom Lyn...

Secondhand Serenade-Fall For You

The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breathe
Because tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed but I have loved you from the start

Oh, But hold your breathe
Because tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold on to your words
Cause talk is cheap
And remember me tonight
When you're asleep

Because tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find

Tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
 

Wednesday, July 7, 2010

Aku Percaya Pada Hukum Karma.



Aku dah lama sebenarnya nak tulis entry pasal hukum karma ni tetapi selalu ada jer perkara yg menghalang utk aku meringankan jari jemari aku utk menaip keyboard ni..Awal-awal aku nak beritahu bahawa hukum karma yang aku percaya ini bukan seperti yang dianuti oleh pengikut Buddha atau Hindu tetapi aku mempercayainya berdasarkan pengalaman aku & kehidupan seharian yg aku lalui.

Umumnya kita tahu dalam nas – nas Al – Quran tidak menyatakan tentang “karma” tetapi ada menerangkan setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan. Jika kita berbuat silap sesama manusia, kita wajib meminta maaf kepada individu yang kita lakukan sedemikian dan Allah tidak akan dapat mengampunkan dosa tersebut.
 
Bila aku kenangkan & fikirkan dalam kehidupan aku sebelum ini dan kehidupan sekarang, aku telitikan yg pembalasan yg Allah telah takdirkan utk aku itu telah berlaku & telah aku alaminya..Bila aku senang dan merasakan diri aku memuaskan dgn ape yg telah aku gapai, aku lupa dengan org yg merasakan tersisih dan kecewa dgn apa yg aku telah lakukan. Pada masa itu aku tak perlu memikirkan & tak penting sehingga mengabaikan orang berkenaan.

Kemudian, apabila kebahagian yg aku kecapi hanya utk sementara itu ilang...Aku pula merasa aku pula berada di tempat org yg telah aku sisihkan & lupakan..Aku mengeluh dan memikirkan keadaan aku yg mengandungi 1001 rasa. Pada masa itulah terdetik kekesalan atas perbuatan yg telah aku lakukan.namun...
 
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna Lagi..

Apabila aku dah menyesal dan berjanji tidak lagi akan melakukan & mengulang segala perbuatan aku dahulu..Aku menganggap ia sebagai salah satu dugaan dan cabaran dlm hidup aku yg penuh pancaroba ini..Bukan mau egois tetapi itu dtg sendiri dari lubuk hati aku ini utk menjadi seorg yg lebih matang ,sebagai pembakar semangat juga utk aku menempuhi kehidupan akan dtg..Iktibar yg akan aku jadikan sebagai panduan utk percintaan aku masa akan dtg..

Aku tak pikir pun selepas ini, apa yang terjadi merupakan “karma” yang ditimpa kepada diri aku, tetapi aku yakin takdir dan dugaan serta cabaran daripada Allah untuk menguji tahap keimanan aku kepadaNya yang maha Esa.

Kalau kalian nak dptkan kisah Hukum Karma yg lagi dasyat yg bertajuk sama seperti aku sila click  Aku Percaya Hukum Karma Part 1Aku Percaya Hukum Karma Part 2 . Mungkin ada di antara kalian yg mempunyai pengalaman seperti beliau.Telitilah sebaik mungkin...

Cukup sampai sini..Gue mau ke kamar dulu utk merehat rehatkan minda & jiwa gue ini... Daaaa...

You might also like :

Related Posts with Thumbnails