Tuesday, November 15, 2011

Terimalah 'Terima Kasih' Gua Ini Seadanya.

Sebelum gua memulakan sesi minggu penghargaan ini, gua nak beritahu yang gua sebenarnya tak berapa nak aktif & tak sihat. Badan gua memang tak sihat tapi akal gua tak injured. Gua gagahkan juga untuk menulis bagi melahirkan rasa menghargai itu penting dalam hidup gua sempena minggu penghargaan ini. Ayat 'Terima Kasih" itu cukup besar makna nya. Bagi gua, menjadikan diri kita dihargai itu lebih penting sebelum kita menghargai orang lain. Gua ulang, hargai diri sendiri dulu baru hargai orang lain. Dengan keadaan seperti ini kita akan saling hormat menghormati. Baik, cukup dengan mukadimah, gua dah boleh memulakan acara penghargaan ini.

Firstly, ucapan terima kasih gua boleh di simbolikkan dengan rasa bersyukur tak terhingga kepada Allah s.w..t kerana sampai saat dan ketika ini gua masih diberikan nyawa untuk terus menghirup oksigen yang di bekalkan dengan percuma ini. Celik-celik gua bangun tidor, gua sedar yang gua harus ucapkan Alhamdulilah sebanyak mungkin.

Secondly, ucapan terima kasih gua ditujukan kepada Bonda & Abah yang telah membesarkan Abang. Terima kasih kepada bonda kerana telah melahirkan Abang pada 1 April 1986 walaupun Abang tak sempat nak tengok 1st match Manchester United pada tahun itu kendalian Sir Alex Ferguson selepas dilantik sebagai Manager baru Manchester United menggantikan Sir Matt Busby. Kepada Abah, terima kasih Abang nak ucapkan kerana telah mengazankan di telinga dan memberikan nama yang baik kepada Abang walaupun Abah tak namakan Abang dengan nama David De Gea atau Cristiano Ronaldo. Terima kasih juga kepada Bonda & Abah sebab telah memberikan kehidupan yang selesa selama 25 tahun kepada puteramu ini walaupun Puteramu ini kadang-kadang beperangai macam setan & lalai dengan kehidupan. Terima kasih kepada Abah juga sebab rajin rotan Abang mase kecik dulu sampai berbirat. (syok tu Bah). Terima kasih kepada bonda juga sebab setiap kali Abah rotan Abang, Bonda yang selalu sapukan minyak kat punggung atau kat badan untuk kurangkan kesakitan. Kalau dorang tau yang gua suka merepek dalam blog, mesti dorang terharu mendengar ucapan penghargaan gua ini. Tak penting, yang paling penting gua ikhlas dengan apa yang gua tulis di sini.

Thirdly, gua nak ucapkan terima kasih kepada adik beradik gua Mohd Azim, Nor Aziane & Nor Azila kerana menjadi peneman hidup abang selama 25 tahun. Walaupun abang selalu marah & tegas terhadap korang tetapi abang tetap sayangkan korangkan kerana menurut pepatah. air di cincang takkan putus. Terima kasih kepada Mohd Azim kerana menjadi peneman abang untuk berjoging, bershoping, menonton perlawanan bola Manchester United bersama. Terima kasih juga kepada Nor Aziane kerana menjadi peneman Abang di kala Abang putus cinta walaupun nasihat yang kau berikan langsung tak berguna untuk abang. Terima kasih kepada Nor Azila kerana merelakan diri selalu di buli oleh Abang kau yang perangai macam setan.

Sebenarnya banyak sangat list appreciation gua ini. Tapi gua lanjutkan jugak.

Fourthly, gua nak ucapkan terima kasih kepada Miss Sincerely sebab jujur dengan gua. Insyaallah saya akan jadi teman sebelah awak sampai bila-bila. Awak hanya perlu ingat, saya akan sentiasa ada dibelakang menyokong & jadi pertahanan terakhir awak. Mcm bola sepak kan.This is promise me. Gua petik bait-bait lagu dari kumpulan Backstreet Boys "I don't care who you are, Where you're from, What you did". Buat Miss Sincerely, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya sehingga ke hari ini. Setiap hari saya memikirkan kamu, bangun tidor saya sentiasa ada kamu. Walaupun jarak kita 500 kilometres jauhnya dari segi penampakannya, tetapi awak tetap di hati saya. Percayalah keikhlasan hati saya tak pernah bosan & menipu. Terima kasih juga kerana telah muncul dalam hidup saya untuk menjadi satu sumber inspirasi bagi saya. Terima kasih juga kerana telah melembutkan hati saya yang kering selama ini. Terima Kasih Miss Sincerely.
Lanjutkan lagi, sebab lepas ini lagi banyak ayat 'Terima Kasih' yang korang akan lihat. Tapi gua nak tampal iklan lagu dulu. lagu feveret gua jugak ini.


 Baiklah, sekarang boleh sambung.

Fifthly, sesi penghargaan gua dilanjutkan kepada coach & cikgu-cikgu sekolah gua terutamanya kepada Cikgu Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu Hamzah, Cikgu Salmah, Cikgu Fong, Cikgu Ramli, Miss Ong. Kepada Cikgu Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu Hamzah terima kasih sebab berikan saya training yang sangat hebat sampai saya termuntah hijau & injured yang hasilnya membawa saya mewakili negeri Johor dalam acara Olahraga. Sebenarnya gua lebih mengharapkan dapat mewakili Johor dlm acara Bola Sepak tapi coach gua ckp gua takde bakat dlm sukan Bola Sepak.Ceh, tak guna punya ayat. Kepada Cikgu Salmah, Cikgu Fong & Cikgu Ramli terima kasih sebab menjadikan saya meminati subjek Kimia, Add Math, Matematik & Bahasa Melayu sebagai subjek wajib saya dapat A1.Terima kasih Cikgu! Saya rasa tak berguna sebab saya tak jadi Engineer atau Ahli Kimia. Tetapi saya menjadi seorang penulis blog yang tak berguna, mesti Cikgu banggakan. 

Sixthly, Gua nak ucapkan terima kasih kepada Ex-Ex Girlfriend & skandal gua, gua rase tak perlulah nak mensyen siapa orangnya, terima kasih kerana telah menjadikan gua seorang manusia yang berguna di mata wanita. Gua nak mintak maaf selama ini perangai setan gua telah membuatkan ada pihak yang tak berpuas hati dengan gua termasuk korang semua. Terima kasih kerana pernah muncul dalam hidup gua buat sementara. Terima kasih kerana telah menjadikan gua seorang lelaki yang lebih matang dalam hal percintaan ini, terima kasih atas nasihat yang telah korang telah curahkan selama ini. Gua juga nak mintak maaf atas segala kelakuan buruk yang telah gua tunjukkan kepada Ex-Ex & skandal semua. Mana yang baik gua akan sentiasa ingat, mana yang buruk telah lama gua lupakan okay. Yang paling utama, sempena minggu penghargaan ini gua nak ucapkan terima kasih kepada Ex-Ex sebab tidak memusuhi gua sampai hari ini. Peace yo!

Seventhly, To all geng Suzuran Housen, Apai, Yus, Nizam, Pak Tam, Baiman & Jai. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan gua selama 6 tahun zaman kekampusan, korang semua memang sempoi & lucu sepanjang masa. To Apai, terima kasih kerana banyak mengajar ilmu persetanan yang gua tak pernah jumpa selama ini & ikan lu banyak berjasa. Buat Yus, terima kasih sebab selalu pinjamkan gua sabun mandi di saat gua kehabisan sabun mandi masa di kolej dulu. Kepada Pak Tam, terima kasih kerana selalu menjadi bahan kekalahan untuk gua menang main PES 2010 dengan jumlah jaringan yang besar. Kepada Baiman & Jai terima kasih menjadi peneman gua makan malam, gua masih ingat, lepas makan je korang ajak karok. Walupun suara korang semua mcm badak sumbu, tetapi gua tetap layan. Buat Nizam a.k.a KN, terima kasih sebab sudi melengkapkan geng Suzuran ini. Terima kasih kepada semua geng kerana tanpa korang Suzuran Housen ini akan berkubur.

Eighthly, To young warlock, Merlin, Lady Morgana, Arthur Pendragon, Uther Pendragon, Gaius, Terima kasih sebab menjadikan drama Merlin season 1-4 sebagai drama siri wajib yang gua tak pernah miss sepanjang musim.

Ninethly, untuk kawan-kawan sekolah, to wan, terima kasih kerana menjadi rakan ponteng kelas bahasa inggeris, walaupun lu rase sangat bersalah bila buat macam itu. Sobri, terima kasih bersubahat cover line semasa gua dengan Wan, Ajib, Surabong, Hairi,  arwah Hanafiah ponteng kelas. Buat Faiz a.k.a Iteng, terima kasih sebab menjadikan gua lebih advance untuk menjadi lelaki maskulin, terima kasih juga atas nasihat maskulin lu itu, sebagai balasan gua doakan supaya lu berkahwen dengan orang asli kat Sarawak sana. Buat Paan, Calob, Idin, Ikhwan, Sawi, Len, Ikin, Yati terima kasih jadi peneman kawan sekolah gua yang paling berguna. Sebenarnya gua tak larat nak sebut semua sebab banyak sangat, gua tulis mane yang terlintas dalam akal gua, mana yang gua tertinggal jangan terasa pulak sebab pada dasarnya terima kasih kepada semua memenuhi sekeliling gua.


Tenthly, untuk kawan-kawan universiti terutama Kasem, terima kasih menjadi abang yang paling baik dan berguna buat gua. Terima kasih juga sebab menjadi abang yang banyak menolong adiknya. Walaupun ramai kawan-kawan sekeliling tidak bersetuju dengan tindakan lu untuk menjadikan gua adik lu. Tapi gua tak kisah sebab lu sangat baik. Itu gua tahu. Fenomena jeles sudah menjadi kebiasaan rasenye. Terima kasih Aza sebab menjadi kawan gua yang banyak mendengar gua mencarut & mengeluh sepanjang gua tempuhi alam pekerjaan ini. Walupun lu cakap gua ni jawa yang tak guna. gua tak kesah & amek hati okay. Terima kasih atas penghinaan lu itu.

Eleventhly, to all Manchester United lovers, Ayan, Rezam, Ad, Zamel & ramai lagi. Terima kasih kerana menyokong Manchester United selamanya.Terima kasih untuk Sir Alex Ferguson sebab menjadikan pasukan bola sepak feveret gua yang terhebat di abad ini.

Twelvethly, to Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo. Terima kasih pernah menjadi pemain pujaan gua. Buat band-band Nirvana, The Stroke, Franz Ferdinand, Radiohead,  Oasis, Coldplay, Sum 41, Muse, Maroon 5 terima kasih sebab menyediakan lagu lagu yang menyenangkan hawa telinga gua.

Finally, to all staff tempat gua cari makan, terima kasih gua nak ucapkan. Kepada Rusli, terima kasih sebab banyak mengajar gua yang degil ini. Terima kasih Siew Mei sebab selalu mendengar keluhan kerja gua semasa di office. Buat Kak Liha & Kasturi, terima kasih kerana memeriahkan opis dengan gosip-gosip panas korang yang mengurangkan stress gua. Terima kasih juga kepada semua staff  keran prihatin terhadap gua, andai internal transfer yang di offer gua terima kelak, pasti gua akan rase bersalah dengan korang semua. Ape pun, terima kasih kerana pernah menjadi opismate gua.

Rasenye gua dah boleh tutup acara minggu penghargaan ini. Gua syak juga, ini entry yang paling panjang gua taip. Tak kesah la, yang penting gua dapat semburkan ucapan Terima Kasih ini kepada korang semua. Ingatlah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ringan-ringakan la mulut kita untuk mengucapkan Terima Kasih.

"TERIMA KASIH, THANK YOU"

6 comments:

  1. mest lu nangis kan bila tulis ayat2 camni.. gua ske je sebab name gua de jgk.. bab laki lu sebut name tapi bab aweks lu xsebut.. pandai lu..

    ReplyDelete
  2. Yus, gua tak nangis dan gua okay jer..hahahak

    ReplyDelete
  3. Dol, lu kena kanser ke atau sakit pangkal rahim? Gua harap lu tabah menghadapi hari-hari terakhir...

    Gua setan baik bhai...

    Nasib baik lu letak Kasim punya ranking bawah kiteorang. Kalau tak, lu kawen dengan Elly nanti gua tak datang..hahaha...

    Eh, hai Elly.

    Welcome to Hell my friend... Yeaahhh...

    Yus, lu bila lagi nak ke Neraka bersama kami..? Hahaha...

    ReplyDelete
  4. hari-hari terakhir ape jadahnya..lain mcm je maksudnya.cilaka betul.

    takutnya gua nak ke hell..pancaroba giler.

    Yus, hell dia kat Pantai Teluk Cempedak.lagi dasyat.hahahak

    ReplyDelete
  5. owh.. der, lu da cnfm pegi KL?? wa de anta resume tp xde brita lg.. Klu de offer bgs wa accept je..

    ReplyDelete
  6. confirm 80% yg gua akn ke hell.lu cpt la turun hell.

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails