Monday, December 5, 2011

Majalah 3- Istimewa Harimau Malaya.

Sabtu lepas, 3 December 2011, Jam 9 malam. Gua bukan saja-saje nak tengok Majalah 3 sambil makan kuaci sebab rasenye memang tak berbaloi. Dulu gua layan jugak Majalah 3 sebab gua suke tatap wajah kesayangan iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain. Lenggok gaya & bercakap memang memukau gua. Tapi sejak dia dah berkahwin, gua jadi kurang minat nak tengok sangat (kecewa). Siyes, lepas ni kalau Majalah 3 tak di acarakan oleh Nurul Syuhada, memang gua akan pulaukan rancangan Majalah 3 seumur hidup. 'Kami Mahukan Nurul Syuhada Sahaja.Titik!'. Okay, Gua tengok Majalah 3 disebabkan ada cerita pasal Harimau Malaya. Buat julung kalinya sukan bola sepak negara mendapat tempat di Majalah 3. Malas nak cerita banyak, gua ada selitkan rancangan tersebut kat bawah ini untuk tatapan lu orang.

 
"Bukan saya sengaja taknak masukkan bola tu, tetapi memang bola tu tak masuk, saya nak buat caner kan"-Fakri

"Saya akan menyokong bangun jatuh bola sepak negara kerana saya percayakan Fakri & rakan-rakan akan sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan, I Love Manchester United Forever"-Azuan Shahri

Dalam rancangan ini jugak Majalah 3 telah merungkai isu sepakan penalti Fakri Saarani, tak pecaya lu orang boleh scroll mouse ke minit 29.00.Lu orang akan  dengar statement yang dikeluarkan Fakri. Gua tak marah & tak benci Fakri. Gua dah anggap Fakri sebagai wira negara sebenarnya. (sebab dia score lawan Mynmar mase semifinal).

Free Gift

P/s- Gua hanya seorang Ultras Makan Kuaci duduk depan TV sambil tengok bola.

No comments:

Post a Comment

You might also like :

Related Posts with Thumbnails