Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Hebat & Watak Penting.

Tahniah kepada Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea yang telah dimenangi 2 tahun yang lalu di Laos. Di sebalik kejayaan itu gua dapat rumuskan ada beberapa muka yang mencuri perhatian gua sepanjang kejohanan berlangsung. Pada pemerhatian gua, yang paling femes di kutuk sepanjang kejohanan adalah mamat kepala banana, Ahmad Fakri Saarani.

In Fakri We Trust. Fakri In My Blood. Fakri Is My Life. Gua rase Azrai Khor orang yang paling tak senang duduk tengok aksi Fakri.

 Yang jersey no.21 power, Muhammad Nazmi Faiz baru 17 tahun tak ambil SPM tahun ni. Umur baru 17 tahun tapi corak permainan macam player umur 27 tahun. Gua salute budak power ni sebab gaya dia kawal bola mcm Jack Wilshere & David Silva. No. 18, Syahrul Azwari pon power jugak.
 "Nazmi, lepas ni kalau Manchester United offer lu main kat sane, lu jangan lupa mensyen nama gua kat Atuk Fergie okay". 

 Asrararuddin Putra Omar, gua ada jugak dapat beberapa sms yang mengatakan Asra ni kembar gua, gua peduli apanya korang nak ckp macam tu. 
"Bang, lepas ni kalau ada orang panggil kau Azuan, kau iyakan je okay, aku tak kesah". 
Statement lama Asra, " Saya dan Rozita Che Wan hanya kawan sahaja".

"Saya tak tahu adakah saya akan dikurniakan gelaran 'Datuk' apabila pulang ke tanah air nanti sebab saya lebih berharap akan di anugerahkan gelaran 'Tan Sri'.

 Ferdinand Sinaga, nama pun dah ganas, tengok muka mcm lejen tapi main macam sampah. Lagi hebat & ganas Rio Ferdinand gua yang beraksi utk Manchester United.
"waduh, gawat ini, time gini gue rase mau pipis, nahan dulu kok".


'Nak Mempertahankan Lagi Susah Untuk Memenanginya'

SYABAS & TAHNIAH HARIMAU MUDA !


 Mula-mula ingat nak tempek gambar Dahlia Teck, skandal KFCM, tapi bila gua google Dahlia Teck, gua tengok Rozita Che Wan lagi gojes daripada Dahlia Teck, maka nya ini Free gift untuk semua.

No comments:

Post a Comment

You might also like :

Related Posts with Thumbnails