Friday, January 14, 2011

Malas Itu Normal

Bak kata si Ariel Peter Pan, ‘Di Atas Normal’ itu adalah adalah sebuah tajuk lagu. Ariel top hasil ‘lakonan hebat’ beliau juga satu kenormalan. Dari sudut pandang yang lain, Malas itu normal dan perkara senormal itu berlaku kepada semua orang, begitu juga semua orang akan cakap perkara itu normal maka nya juga apa yang Azuan Shahri sedang alami juga adalah perkara normal. Nak menekan keyboard untuk menaip sebuah entry untuk blog sendiri pun malas, itu juga normal sebab gua malas nak pikir. Keadaan yang sama di ofis, nak angkat sebatang pen pun malas,kena sergah baru jalan. Nak bercakap pun malas, makan pun malas, nak kuar berlibur pun malas, nak berjoging pun malas, nak tengok wayang pun malas, nak main game pun malas, nak mandi pun malas. Semua nya macam nak taknak je buat. Kalau disuruh baru gerak, kalau tak keras semacam. Entah virus apa yang melekat kat badan gua ni mungkin akibat terlebih tidor dengan maksud lain, factor cuaca yg lembab, sejuk & dingin sepanjang January juga pendorong kepada berlakunye aktiviti ketidoran secara melampau. Kesan dari itu kitaran otak untuk berfungsi juga semakin lembab lalu membawa kepada perlakuan yang menjengkelkan di mata orang lain. Itu juga normal. Gua tak heran, lepas abes musim ni gua aktif la semula.

Maka nya entri ini juga normal kerana penulis nya yang normal. Kejab-kejab masuk toilet time sejuk ini juga normal. Takde awek pun sangat normal. =)

You might also like :

Related Posts with Thumbnails