Showing posts with label Kenangan Terindah.. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Terindah.. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Summary 2010

29 December 2010, Malaysia cipta sejarah baru dalam sukan bola sepak Negara & Asia Tenggara. dengan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Negara-negara jiran, maaf ye, kami sekarang yang terunggul di Asia Tenggara so rasa nak berbangga & berbongkak banyak.Tahniah Malaysia!Tiada kata secantik bahasa yang boleh diungkapkan selain Malaysia Hebat!.Tutup cerita bola sekarang.1 Malaysia dah tengok berita & paper, tak perlu ulas panjang-panjang.

Setahun itu adalah terlalu lama sebenarnya. Dalam setahun itu juga bermacam macam perkara yang terjadi even perkara itu menggembirakan atau menyedihkan. Daripada alam kekampusan hingga ke alam kekerjaan. Daripada menunggang kapcai beroda dua hingga menaiki kenderaan beroda empat. Daripada 'bersingle hingga 'berskandal'. Daripada baik hingga yang jahat. Daripada usia 24 menjangkau usia 25. Menurut seorang bestfrend semasa darjah 6 & form 1, Sekarang Umur Bukan Masa Utk Tarian Shuffle Lagi Dah (Ayan memang sempoi, Man Utd Forever). Mungkin ada benarnya kata beliau, itu zaman dulu-dulu remaja baru nak naik, tapi sekarang masa untuk serius dalam semua hal. Tahun ini juga boleh di anggap sebagai fasa utk menstabilkan diri untuk mencari keserasian dalam kehidupan. Status diri ini juga belum stabil, mungkin juga perlu ditukar pada tahun 2011 dan mungkin juga perlu menunggu the next gadis murtabak 8 pada  bazar Ramadhan tahun depan. Hati yang kosong ini perlu juga di isi suatu hari nanti.

Setahun ini juga rentak kehidupan agak menggembirakan cuma kadang-kadang rentak itu jadi sumbang kalau tersilap langkah. Maka nya, rentak sedemikian rupa harus di teruskan, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Tahun ini juga adalah tahun yang paling kurang bersukan, kalo 5 bulan sebelum nya boleh tahan aktifnya bersukan di kampus, tetapi 7 bulan selepasnya tersangat la kurang bersukan, lebih mementingkan 'bersukan' di depan PC & katil idaman dengan harapan tidak menjadi secomel Pierre Andre atau Wayne Rooney.

Kompang-kompang jugak banyak kedengaran di majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan seangkatan, entah kenapa tahun ni agak ramai yang teringin sangat nak berlaki, mungkin tak sabar nak dapat baby. Jika dah dapat baby maka nya cepat timang cucu & menantu. My sis turut ingin merasa kawen cepat maka nya juga pertunangan mereka telah berlangsung pada tahun ini. Mungkin kaum hawa memang dah ditakdirkan untuk kawen cepat. Takpe, bujang itu macho, steady & cool.

Pemilik Mitsubishi Lancer 2.0 GT  itu tidak pernah berada di atas jalanraya kerna itu adalah milik orang lain, maka nya jangan ada kekeliruan di situ walaupun itu kereta idaman. Pemilik itu hanya mempunyai kereta cap Malaysia. Sebagus mana kereta itu, tidak akan dilupa kepada kapcai yang banyak berjasa suatu ketika dulu. Tidak lupa juga kepada ikan yang banyak berjasa masa zmn kekampusan dulu, ikan itu adalah penyelamat ketika musim hujan dan kegunaan untuk berlibur. Kalau dulu ikan itu adalah ikan emas tetapi  sekarang ikan itu telah bertukar menjadi ikan merah. Tak kisah warna apa, jasa-jasa kamu akan dikenang.Pemilik ikan pasni mintak tolong pick up lagi kat Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harapan tahun depan nak perbanyakkan aktiviti pelancongan samada di dalam atau di luar negara. Nak merajinkan diri ke stadium utk sokong team bola sepak Malaysia dan Johor FC. Selain itu mencari gadis idaman yang minat bola, tempat-tempat mcm ni sahaja kepastian gadis minat bola itu dapat dibuktikan. Kalau dapat duit RM100milion dalam semak, nak buat gelanggang futsal kat belakang rumah untuk memudahkan aktiviti bersukan dengan harapan dapat menjadi sehebat Safee Sali atau Park Ji Sung.Balance duit nak buat rumah three storey bungalow lengkap dengan swimming pool, meja snuker, jamming studio,  bilik karaoke , ada parabola n ruangan khas  utk supporter Man Utd tgk bola. Impian sangat tinggi melangit. Sekadar impian bukan kelucahan.


Sumber inspirasi untuk di bawa ke tahun hadapan. Nak jadi sehebat beliau tidak kira dalam perkara apa yang cuba dilakukan. Serius kau kacak Safee Sali, tapi kalau kau botak sebijik macam Wayne Rooney.Jgn gelisah Man Utd tetap menjadi sumber inspirasi forever.


Bye Bye 2010, Welcome 2011..Happy New Year!

Saturday, October 2, 2010

Konvokesyen Kali Kedua.

Suatu ketika dulu sekitar tahun 2007 aku naik stage ambil Diploma dari tangan Naib Canselor UTM, Isnin lepas sekitar bulan 9 aku naik stage untuk ambil Ijazah dari tangan Pro Canselor UTM..Masa hadapan aku naik stage untuk ambil Master or PHD pulak (yang ini mustahil aku rase sebab aku dah malas nak belajar sebab 'Kecintaan Ilmu' tidak sehebat seperti dulu)..Actually, aku hepi sebenarnya jadi graduan UTM.Apa pun jom layan lensa2 yang sempat aku & kwn snap ketika sebelum & selepas konvokesyen berlangsung.
 Gambar ini di ambil selepas pendaftaran untuk majlis konvo pada petang itu..Apai memang betul2 buat perubahan pada rambut versi yang ajaib. Selama 6 tahun kitorang study sama tak penah pulak aku nampak dia buat rambut ala-ala Paulo Ferreira.Zmn Skin Head apai dah berakhir kot.Tau la kau peminat setia Chelsea..Wakakka..Baiman pulak tak berubah bentuk badan, still keding macam dulu..Apa rahsia En Baim agaknya..Hanya dia yang tau..
Mencari keselesaan & menyesuaikan diri dgn beban yg lekat di bdn dan di atas kepala. Naseb baik la hujan time tu, kalo tak mau rentung gua kat situ..Apai di kalungkan dgn medal juara bina badan antara universiti.hahahahaa..
Ketika ni tengah beratur nak masuk Dewan Sultan Iskandar.Pehh..member2 gua yang kacak berpakaian jubah..Ni je la masa dapat bergambar dgn mereka2 ni, lepas istiadat konvo terus hilang ntah ke mana..masing2 dah bubar.Takde peluang nak bergambar gaya bebas..

Sekarang di dalam dewan pulak..penat ni menunggu untuk naik ke stage, naik bosan sudah....Asik gelakkan orang yang naik stage jer..Yus & Baim perangai tak berubah jugak. Still same mcm dulu2..
Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai yang tersergam indah..
Photoshot dgn family aku dalam suasana hujan renyai2..Hujan rahmat kot..Aku tak marah kamu hujan..
Ni adalah di antara bunga dan cenderemata yang aku dapat semasa konvo degree aku aku. Laki2 pon dpt bunga jugak ker..bunga2 tu dari adik pompuan & mak aku.Cenderahati tu pulak aku terima dari seorang junior aku Azlin namenye..Tima kaseh utk korg semua..Aku betul2 hargainya..
Dan akhirnya....akhirnya aku jadi graduan UTM versi ijazah pulak pada tahun ini.Thanks UTM & Pensyarah2 Fakulti Kejuruteraan Sains & Geoinformasi yang banyak memberi peluang kepada aku untuk  mnelanjutkan pelajaran di sini. Tahniah baru2 ini UTM telah di iktiraf sebagai Universiti Penyelidikan.Tidak akan aku lupakan kenangan manis & pahit sepanjang 6 tahun di UTM.Akan aku jadikan kenangan abadi untuk aku sharing dengan anak2 suatu masa kelak.

Wednesday, April 28, 2010

Sayonara UTM...

Selepas 6 tahun bergelumang di dlm dunia 'kecintaan kpd ilmu level 1 & 2'. 3 tahun diploma & 3 tahun ijazah..Akhirnya...kini pasti aku akan meninggalkan UTM sanjungan bangsa ni dengan perasaan bangga dan hormat. 'kecintaan ilmu level 3' (master) aku rase lepak dulu..Buat mase sekarang aku sudah penat belajar dan perasaan ingin belajar itu semakin menipis..Kalo tgk graf akademik aku, ia umpama Graf Binomial mcm rajah kat bwh ni.
Kalo tgk pada graf ni, aku pada mulanya agak lembab dalam bab2 blaja ni.Then pada satu tahap tu yg kat tengah aku berada di puncak rajin gler nak blaja n result pun blh thn la.Then skrg prestasi utk blaja dh semakin menjunam dan merudum sebab aku semakin mls. Biasa la tu kan kalo apa2 yg jadi tu positif or negatif mesti ade punca & bagaimana kte mulakan. Agknya manusia ni makin dewasa makin mls kot. Andaian aku jer..tak tau teori aku ni betul ke tak..Yang ni sekadar mengukur tahap pembelajaran aku. Baik kte truskan kepada chapter seterusnya.

 Makanye juga apabila tesis aku ni terhasil, aku juga harussss la meninggalkan UTM ini...Pehhh!...Akhirnya wa dpt juga nama dlm UTM ni  di mana tesis wa akan digunakan sebagai rujukan oleh junior2 yang lain pada masa akan dtg...harusss la..hahahaha. Separuh jiwa aku serahkan utk mengadap tesis yang menjadi beban sepanjang sem semata mata hanya mahu menyiapkan tesis ini..Separuh jiwa lagi jiwa aku ntah kemana ilang pun aku tak tau, rase mcm berada di awang awangan, rase mcm tertinggal kat belakang, rase mcm nak gler pun ada.hahaha. Berhempas pulas dengan sifat kemalasan yg semakin tebal akhrinya dpt jugak aku siapkan juadah ilmu ini. Tahap kualiti tu aku serahkan kepada supervisor utk menilainya..Yg pnting aku sudah selesai menjalankan kewajipan sebagai seorg graduan UTM.

Logo kat atas ni pulak, company yang aku akan keje dlm mase kurang dari 2 minggu..tak sempat nak enjoy puas2..10 May ni aku stat keje. Dah kena keje plak...Aku tak tau la samada aku dah bersedia atau belum utk aku menempuhi alam koprat yang begitu byk konflik, cabaran, dugaan ini..But i have to take this challenge to improve myself better n more better.. Bak kata mak aku, mana yang baik ikut, mana yang jahat jgn ikut..pesan org2 tua. Pesanan dari supervisor aku plak, dah keje tu, kalo saya nak mintak data jgn kedekut & bila jmpa kat luar tu bila langgar tapi jgn wat tak tau plak..itu la kata2 terakhir beliau & also he wish me gud luck in my life..Tima kaseh atas bimbingan beliau, jasamu akn ku kenang sampai bila2..

Akhir sekali, aku juga akan meninggalkan kwn2 laki yang bpe kerat ni jer kerna jejaka2 ini sje penyeri kelas 4 SGP yang ada. Mereka smue ini juga seperti aku, telah mendapat kerje & sedg mencari kerje. Ada yg akan keje di KL, Seremban, JB, Terengganu & Melaka. Tapi kitorg tetap akan berkwn sampai bila2 kerna everyone is connected. Tak kan lost contact..So korg kalo dah kawen jgn lupe halo halo sama wa yer...roger2 la kalo free jgn 24 jam kepit dgn gurlfrenz jer. Tak kan lupa saat bermain PES yg menjadi agenda kita hampir setiap mlm & kenangan2 yang lain. Mamat sorg tu yg tgh sambung master teruskan perjuangan mu kerna kau sorg je penyambung tradisi lelaki utk fakulti kita. Jgn manjekan diri & ngada2 sgt.hahaha.

Sayonara UTM & The GENG....Jumpa di Konvokesyen kali ke 45 bulan September nanti.. Cau Cin Cee..Harussss la....Selamat Bekerjaya Semua!!..

Monday, April 19, 2010

DINNER cum GATHERING RETRO 4 SGP 2010.

Mari kte mulakan entri ni dgn acara karpet merah oleh sahabat2 sejati aku slame 3 thn diploma & 3 thn ijazah.Bagi Penghormatan utk mereka2 yg sempoi ni dgn gaya & citarasa tersendiri.Tema Retro 60an-80an.




Laluan karpet merah di mulakan dgn Tuan Sukri dgn gaya ala-ala  kumpulan A.C.A.B..hahaha.




Seterusnya majlis diteruskan dgn artis yg baru naik iaitu Tuan Kyril Azley Lahom@Jefril..Ni fesyen retro ape pun aku x tau. Tapi dah mcm geng2 Azroy dlm Cte Gila-Gila Remaja.



 Yang ni pulak adalah ketua Geng Gagak Itam.Tuan Nizam namenye..Ntah ape yg ada dgn geng gagak itam pun aku xtau.Ape2 je la.Janji ko bahagia yer..










Yang ni pulak Tuan Yusnizam..Fesyen nye ala-ala cowboy mcm dlm cte desperado..hahahaha..Tp nye die x sempat nak beli topi cowboy..kalo ade topi conpem dh perfect 100% cowboy..hahahaha.Kire jd jugk la ni..








Yg ni pulak Tuan Fairuz..Time ni die x smpt nak lalu karpet merah sebab die busy membuat pengurusan fasiliti & kualiti utk majlis mlm tu.hahaha.Fesyen ala-ala agogo..Hmm..gaya dh ade tp remos rambut tu kurg naik la..patutnye bg tggi lg...tp ok la...











Haaaa..Yg ni aku pulak Tuan Azuan, gaya retro ala-ala S.Kadarisman & Hussien Abu Hassan..Dgn topi labretta yang aku pakai sesuai benar jika ade vespa di sebelah aku.hahahaha..Tp ok la.Yg pnting sempoi..




Ni yg terakhir Tuan Hafiz dgn Gf nye..Ni sorg lg x smpt nk lalu karpet merah sebab al maklum la pengarah program..Busy bebenor smpai x sempat nk lalu karpet merah.Kawen cpt2.hihihihi..

Selepas majlis red karpet berlangsung..Majlis diteruskan dgn beberapa ucapan oleh wakil Ketua Kelas 4 SGP & Ketua Jabatan Fakulti & Penasihat Akademik kami semua. Sekarang mari kita lihat wajah2 pensyarah yg telah mengajar kte selama 3 tahun di UTM Skudai ini.
 Dr Maimunah Bt Sapri
 Puan Rosadah Bt Mahmod (Penasihat Akdemik Bdk2 Direct Entry)
Puan Hasmah Bt Abu Zarin
 Prof.Dr. Norhaya Bt Kamaruddin
Dr. Suriatini Bt Ismail
 Prof.Dr. Hishammudin Bin Ali
Dr. Nazri Bin Jaafar
Prof. Dr. Abdul Hamid Bin Mar Iman (Supervisor PSM aku)
En Shahabuddin Bin Abdullah
Prof.Madya.Dr.Mejar Ariffian Bin Bujang
Prof.Madya Maizan Bin Baba

Selesai sudah pemberian cenderahati kepada pensyarah2 yang telah byk memberi tunjuk ajar kepada kami semua sehingga kami dpt grade dgn jayanye..Tima Kaseh yg x terhingga kpd pensyarah2 semua..Sekrg kte teruskan lensa gambar dgn gambar2 yg disempat dirakam semasa majlis mkn mlm tersebut berlangsung.


Ini adalah gambar kenangan 1 kelas 4 SGP 2010.Semoga persahabatan ini akan berkekalan smpai bile2..Walaupun perpisahan ini akan menjarakkan kami antara 1 sama yg lain tetapi persahabatan ini tidak akan dilupakan smpai bile2..

Thursday, January 21, 2010

Untungnya Menjadi Seorang Bestday Boy (BOBOY).

Sekadar suke2 utk penyeri entri kali ini.hahahaa.Lyn la gambar2 yg ada ini supaya kamu2 di luar sana akan dpt pengalaman yg happening bila menyambut bestday boy or bestday gurl yg akan2 dtg.Biarkan diri kamu rasa di hargai tidak kira bersama sesape pun.Anda perlu berase bangga dan terharu dgn apa yg telah di sediakan, diberikan or dihadiahkan org lain seperti BOBOY di bwh ini.hahahahhaa.

BOBOY PART 1.



Kek yg telah di beli oleh Apis utk surprise BOBOY .

 Yus & Kyril yg tidak sbr utk membedil kek tersebut.Apis hanye menjadi tiang di situ.
  
BOBOY mendpt panggilan 1st pada mlm tersebut.Tak tau la sape yg kol, die sendiri je la yg tau.Maybe 'Jodoh' kot.

 
Memotong kek dgn menggunakan sudu,kan lebih sempurna kalo gunakan garpu.hahahhaa


Aku & rakan2 puas menikmati kek di Cafe FKE.Kasem pun ader.Mesti BOBOY terharu gler..hahahaa

BOBOY PART 2.


 Kek yg di beli oleh Wanda & The Geng utk surprise BOBOY part 2.Kali ni kat Loudspeaker Sutera Utama.
 
 2nd time BOBOY memotong kek.Untungnya ko BOBOY.hahahaa
 
Menanti penuh sbr utk berkarok...
 
 BOBOY di kelilingi gadis2.
 
 Yg ni..Merpati dua sejoli..Cik Puteri & En Nizam.Sibuk nk bergambo jugak.Lynkan jer.....
 
Jai pun xnk ketinggln bergambo bersama insan yg beruntung.

Yg paling penting.Ini kenangan terakhir utk kami semua menyambut bestday rakan2 di UTM dimana selepas ini kami akan membawa haluan masing2 setelah grade nanti.Semua kenangan ini akan menjadi ingatan utk kami semua yg telah menempuhi keenjoyan & keseronokan di sisa2 tahun akhir bersama.Maka nya, jadikan sisa2 tahun akhir ini sesuatu pengalaman yg  happening supaye dpt kite ingati pabila tibe masenye kita berpisah & membawa haluan masing2.Agak sedih nadanye..huhuhuhuhu...

You might also like :

Related Posts with Thumbnails