Monday, November 30, 2009

'Track & Field' Memanggil Semula Untuk Beraksi.

Hari ini setelah 6 tahun aku meninggalkan dunia olahraga aku terpanggil semula utk beraksi di track bkn untuk tournament tapi utk kesihatan aku di masa hadapan.Aku harus menjaga kesihatan utk kelihatan macho dan sensasi selalu.hahahaa.

Jam 4.30 ptg aku sudah berada di padang SMK Sri Gading dgn coach aku iaitu cikgu aku sendiri. Cikgu Abd Rashid.Cikgu ada buat training olahraga utk bdk2 sekolah. Ada la berapa kerat pelajar sekolah tersebut dtg utk training. Yg menghairankan aku semuanya perempuan belaka. Aku bertanya pada cikgu. Mana kaum2 lelaki, die ckp kaum laki sibuk dgn aktiviti merempit.hahahaa. Gelak besar aku.Mujur la aku tak tergolong dlm golongan tu.Alhamdulilah..

Aku suke bekerja dgn cikgu ni kerana die sorg yg profesional dlm sukan, tak kira la sukan apa pun especially olahraga dan hoki. Aku tak ambil tau sgt peribadinya tetapi aku perlukan bimbingan dan tunjuk ajar die selaku sorg coach yg profesional.Hasil tunjuk ajar beliau pada zaman 2001 aku telah berjaya ke MSSM utk acara hurdle iaitu lari berpagar 400m n 200m.Aku menang pingat emas daerah dan negeri dgn rekod baru kejohanan. Betapa bangganya aku time tu kerana aku la yg terunggul di seluruh Johor ni.Hahaha. Tapi betapa kecewanya aku bila aku kalah pada peringkat MSSM sewaktu aku mewakili Johor, mana tak nya lepas kena lanyak dgn training yg berat aku kena demam. Out of form la time tu. Kecewa giler.Huhuhuhu..Masa zaman 2001 MSSM olahraga diadakan di Stadium MPPJ di Selangor.Syok giler time tu.Bangga dpt mewakili negari kelahiran aku.hahahah

Naik je form 4 aku nekad taknak join olaharaga kerana aku begitu kecewa pencapaian PMR aku dan kekalahan di MSSM.Time tu jugak Cikgu Rashid pegi sambung belajar kat UPSI. Aku pun tak bersemangat utk teruskan karier aku selaku atlet sekolah. aku beralih kepada dunia bola sepak dan bola tampar. Olahraga aku tolak tepi. Kedengaran juga suara sumbang dari cikgu2 yg mengatakan aku jual mahal dan tak professional. Aku buat tak tau jer. Pandai2 la aku tutup cerita2 tu semua.Masa ni juga aku telah berkenalan dgn Laura ku.hehehehe

Hari ini, aku berbangga dpt turun ke padang semula bersama coach aku utk buat tarining yg telah lame aku tinggalkan. Sampai je padang die suruh aku lari 2 pusingan padang tapi aku buat 3 pusingan 1/2 kerana aku sudah pancit. Aku termuntah muntah dgn tkuar air mata ni menahan penat yg teramat sgt. Bdn aku mula mengeluarkan peluh yg banyak. Lepas tu die suh aku buat larian di curve 200m 2 set 10 kali. Fuh!!.Betapa penatnya aku time tu. bdn n kaki aku rase mcm nak tercabut. Katanya utk stamina.Bdk2 sek ni ok je aku tgk tak penat pun.Aku je yg mcm org hilang nyawa.Oksigen..oksigen..oksigen..dlm hati aku berkata.

Jam menunjukkan 6.30ptg selesai set yg aku buat. Aku tamatkan sesi latihan dgn membuat regangan atau cooling down. Tamat sesi latihan cikgu ajak aku pegi minum di warung. so aku pun layankan jer.Leka bersembang dgn cikgu sampai jam 9 mlm. Aku terus pulang ke rumah.Skrg aku dah penat dan mau tido...Cau cin cee...

Friday, November 27, 2009

Kesimbangan Iklim Di Artik Mula Terhakis.




LEGENDA Titanic, sebuah kapal British paling gah rekaan Thomas Andrew akhirnya karam pada tahun 1912 akibat terlanggar bongkah ais.Pasti ramai yang mengetahui sejarah sedih di lautan Atlantik ini yang meragut beribu-ribu nyawa. Malah cerita itu yang difilemkan semula beberapa kali dan mencapai kejayaan 'box office' dalam setiap tayangannya satu masa dulu.

Melihat kepada bongkah ais yang menjadi medium 'pemangsa', tiada siapa terfikir bahawa kehebatannya itu akan lenyap suatu hari nanti.Faktor utama tentunya isu pemanasan global yang menjadi ancaman kepada pencairan bongkah ais itu yang tidak dinafikan mampu lenyap hanya dalam tempoh antara 20 hingga 30 tahun akan datang.Jika senario 'bongkah ais lenyap' itu terjadi, pasti ia akan mencetuskan fenomena baru apabila Artik bertukar menjadi lautan terbuka, tanpa susunan bongkah-bongkah ais yang mencipta satu pemandangan unik di muka bumi ini.

Namun apabila ia berpadu dengan bahagian ais mampat puratanya boleh mencecah 4 atau lima meter. Jumlah ini berbeza dengan purata ketebalan ais di Antartika di mana ais hanya boleh 'bertahan' sehingga satu atau dua meter sahaja.

Kini, sudah tiba masanya untuk kita membuka mata dan telinga bagi mendengar signal kecemasan yang disampaikan oleh Artik dan berbuat sesuatu kerana tentunya kita tidak mahu 'dunia putih' ini terus lenyap dan menjadi salah satu mimpi ngeri buat setiap hidupan di planet biru ini.

Persoalannya, bersediakah kita?

Tuesday, November 24, 2009

Fever Come Again..

Aku mahu berehat.
Aku mahu mkn ubat.
Aku mahu tido.
Aku mahu berdoa pd Allah S.W.T
Supaya aku cpt sembuh.

Thursday, November 19, 2009

Back To School.

Kembali ke sekolah.hahahaha. Sesuatu yg di luar kebiasaan utk aku sebagai mahasiswa universiti utk kembali ke sekolah.Bkn utk belajar tetapi utk mengambil SPM. Alangkah indah zmn persekolahan. Memang hari ini dalam sejarah la aku muncul kembali di sekolah utk mengambil paper bi.Tapi bkn sekolah lama aku tapi di SMK Tun Mahmood Iskandar di Parit Saidi, Batu Pahat.

Kwn2 seangkatan aku di universti jugak mengambil SPM hari ni utk paper bi. En Jai mengambil exam di Sabah, En Nizam ambil exam di Jb.Dorg pun ikut jejak langkah aku utk menampal result bi . 3 sekawan ni je la yg beranikan diri utk ambil paper ni. Tak luak apa pun sekadar mengisi masa lapang kami semua yg dulu begitu daif dgn bahasa inggeris ni.hahahhaa

Paper 1 bi aku bajet kuar surat kiriman rasmi utk bahagian A tapi kuar report pulak. aku pun tgk seimbas lalu je mase study. Tup2 tu yg kuar. Aku pun jd conpius bagaimana format report sebenarnya?Time belajar kat sekolah lain, kat u pun lain .dah terpecah kepada 2 mazhab. Aku dgn yakinnya bedal je apa yg aku tau.  Utk bahagian B aku pilih tajuk 'My favourite Day of The Week'. Time ni la aku gune kepakaran menggoreng aku utk menghasilkan karangan yg rasenye dpt memenuhi kriteria pemeriksa.Syok aku menulis sampai tak sedar masa pun tamat.

Tamat je paper 1. En Jai yg dari Sabah tu msg aku tanya report tu formatnya mcm mane. Dari situ aku tau yg die pun hadapi masalah yg sama mcm aku.hahahha.En Nizam tak tau kabar berita, mungkin die tgh bertaranum kot dgn poem2 dan short stories serta The Pearl tu.hahahaaha.Aku nekad utk paper 2 aku nak kuar awal, aku taknak duk lama2 dlm kelas tu. naik bosan jadinya.Lagi2 bdk2 perempuan yg tak habis2 mengarahkan mata kat aku.Bdk2 perempuan sek skrg ni sungguh gatal. Tak mcm zmn aku dulu.apa nk jadi ni...aku beristifar.hahahaha..

Mula je paper 2 aku buat dgn sepantas kilat. tak toleh kiri kanan. Buat secepat mungkin.Ada la berapa soklan yg aku conpius jwpnnya tapi aku yakin kan jer. Selesai smue aku jwp tgk jam baru 12.15. Ada setengah jam lagi utk masa sebenar tamat. So aku mintk nak kuar awal dari pengawas peperiksaan tu so die pun membenarkan.Bdk2 lain smue terkejut tgk tindakan aku. Aku hanya melemparkan senyuman je pada mereka2 tu smue.hahahaha.Kuar kelas je aku msg En Jai dari Sabah, aku ckp apa barang duk lama2 dlm dewan. Rupanya die pun kuar awal die ckp senang sgt. Syukur die pun berkata begitu.Aku pun dgn bongkaknya menambah, Bg masa sejam pun takpe.hahahaaha. Tamat exam aku pergi rumah cikgu lama aku. Cikgu sukan aku iaitu Cikgu Abdul Rashid. Sampai sana cikgu takde di rumah. Aku pun memendekkan langkah utk pulang ke rumah utk tdo n berehat....

Tu la kisah 'Back to School'....Hope dpt result terbaik daripada 7D...

Wednesday, November 18, 2009

Mungkin Kerana Hati Wanita Itu Sendiri.

Allah S.W.T telah memberikan satu anugerah yg bernilai utk umatnya iaitu hati. Tujuannya adalah supaya manusia itu dapat menilai perkara baik dan buruk. Selain itu, hati juga digunakan utk manusia membuat keputusan dan menjaga hati sesama manusia. Di sini aku telah dapat kategorikan beberapa hati wanita iaitu, hati seorang ibu, hati seorang adik, hati seorang kekasih, yg akhir sekali hati seorang isteri. Tapi utk hati seorang isteri aku tak dpt nk huraikan sebab aku belum menyelami atau mengalaminya la.hahahaha.

Ibuku seorang yg tegas tapi hati nya sungguh baik, lembut dan suci. Ibuku sentiasa mahukan yg terbaik utk anak-anaknya. Ibu tidak akan membenci anaknya sendiri,cuma tidak pandai menyatakan dan meluahkan perasaan sayangnya kepada anaknya. Cuma kdg2 aku blur dgn perangai ibu yg sering suke membebel dgn perkara yg remeh.hahahaha.Ini biasa berlaku kerana ibu sudah berumur kerana mereka juga dilayan sedemikian oleh ibu dan bapa mereka sebelum ini. Ibu dapat menyelami isi hati seorang anak, walaupun kita cuba menipu tapi ibu dpt merasakan yg anak2 nya sedang menyembunyikan sesuatu. Utk aku, ibu ku bagi kebebasan utk menjalani kehidupan skrg dan masa akan datang mungkin kerna aku ank sulung kot. Aku tinggal mencorak kan nya. Setakat kata2 yg remeh dari ibu , aku tadah je penghabisannya aku tolak ketepi jugk. Aku always right.hahahaa.Utk adik aku yg perempuan, kebebasan, memlilih pasangan hidup, membuat keputusan, ibu ku akan masuk campur dan memberikan yg terbaik utk adik ku.Itulah hati dan naluri seorg ibu yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anak2 nya.

Adik perempuan aku ader 2. Namun 2-2 mereka ni berbeza.Si noi tu hati dia sentiasa terbuka utk semua lelaki. Tak tau nk ckp hati ape, hati lalang kot.hahahaa. Die tu ramai kwn lelaki sbnrnye. Tp sampai skrg aku tak dpt kesan yg mane sebenarnya buah hati die. aku tak masuk cmpur la hal die cuma aku kdg2 ingatkan je la jgn buat sesuatu yg menjatuhkan maruah keluarga dan jgn mainkan pasaan lelaki sebab aku sendiri pun lelaki.hahaha. Takde effect kat aku pun sbnrnye.hahahaha. Noi ni hati die pun giler2 sikit. Tak pikir perasaan org lain.Kalo ckp tu main lepas je, tak pikir kesan lgsung. aku pun xphm kenapa la aku ader adik yg happening mcm ni je memanjang. Tapi kalo dah dtg 'cuti' die time tu la aku suke, memang terlantar je la 24 jam.baru aman rumah ni.hahahaha.Si bongsu pula, yg ni manje lebih, tak blh blah. Aku naik mual kdg2 tgk perangai die. Manje dgn abahnya je. Hati die sukar nak di ramal. Kdg2 muram kdg2 gembira.Die lebih suke pd dunia persolekan, fesyen dan suke bergaya. kecik2 dh pndai tu smue.Mak Abah pun lynkan je.memg jadi la bdk tu. Die nk jadi model kot besar nanti. Hati dia pun hati batu ni. kalo merajuk susah jugk nak pujuk.Nasib baik la ader akak die.aku nk pujuk sori la.hahahaa

Hati seorang kekasih pula terlalu luas utk aku terjemahkan. Dari perspektif negatifnye die berhati kering, kontang, gurun padang pasir. tp dari perspektif positifnye die berhati lembut, suci dan murni.Cume aku masih tak dpt memahami nye secara lebih mendalam. Mungkin kerana family dan kwn2 nya byk mencurahkan kasih sayang terhadap dirinya itu sudah cukup bagi dia. Aku pun phm hati anak bongsu ni.Oleh itu kasih sayang dari seorang kekasih secara auto nye akan jth di tempat terakhir.Mungkin die tak pandai nak tunjukkan atau ader penghalang yang die jadi mcm tu. aku pun tak tau kan. Oleh itu aku ambil pendekatan  nilai kesabaran dan prihatin utk aku melalui smue ini.Tp overall ok la, aku pun dah lali dgn smue tu. Persoalannya ,smpai bile die nk berhati kering?jwpn ader kat die je la.

Keseluruhannya, hati wanita tu mencerminkan peribadi dan sikap wanita itu sendiri Aku tak dpt mengubah hati tu melainkan wanita itu sendiri yg mencari perubahan utk dirinya. Aku hanya dapat berdoa agar smue wanita yg aku sayang di atas dapat keberkatan dan kebahagiaan dlm hidup di dunia dan akhirat setelah wanita itu sendiri membentuk dan menyemai sifat2 tersebut sejak azali. Ape pun aku ader lagu utk wanita2 di atas dan sape2 je blh dgr utk muhasabah diri sendiri termasukalh aku.hahhaaa.

Mata Hati

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Monday, November 16, 2009

Seribu Warna Dato' Siti Nurhaliza.

Semalam, aku dgn beberapa org kwn masa sek menengah dulu telah pergi ke Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza anjuran Hai-O Marketing Sdn Bhd. Nak di jadikan cite, member aku ni ada tiket lebih konsert Siti ni. Oleh kerana peluang mcm ni tak selalu muncul aku pun dgn relanya menawarkan diri utk ke Stadium Malawati Shah Alam di mana tempat berlangsungnya konsert tersebut.


                                    Tiket Konsert.
Sampai sana aku lihat ribuan manusia dah tercongok dpn pintu masuk stadium tu, aku memang kurang gemar dgn suasana yg berhimpit n sesak mcm ni sebab bercampur laki dgn perempuan tak kira tua atau muda, bila 2 spesis ni bertembung maka akan melahirkan 1 aroma yang berbeza.hahahahahaha.Kalo tgk bola takpe, majoritinya lelaki yang ke sana so aku tak la kisah sgt. Teringat aku masa F1 dulu, aku dgn kwn2 sek menengah ku dulu memang minat team Selangor. Kami ramai2 biasa ke Stadium Shah Alam utk melihat team Selangor beraksi, time tu zmn Azman Adnan, Rusdi Suparman, Tony Cottee, B Sanbagamaran, Shahrin Majid.memang best tgk dorg beraksi.Selangor memang champion je la.Time tu jugak aku duk kat Selangor lagi. Time tu jugak stadium penuh giler, tak mcm sekarang ni, stadium kosong, orang ramai tak suka tgk liga malaysia, tapi bila penuh ada pulak rakyat malaysia yang tak bertamadun buat huru hara kat stadium bakar2 kerusi semua. apa kejadahnya semua ni??Di mana silapnya???. Alamak, dah masuk cite bola pulak. sori2..mengimbau kenangan masa kecil tempat2 aku dan kwn ku bermain.hahahahaha.


                                Berpusu pusu manusia.


                         Bersebelahan Stadium Shah Alam

 Berbalik pada cite konsert Dato' Siti Nurhaliza. Aku betul2 rase teruja bile Siti muncul di atas stage. Tapi yg tak bestnye, posisi aku utk melihat Siti dgn lebih jelas agk mengecewakan. dpt seat wing kiri kat aras 2 pulak  dari sebelah stage. Bahagian dpn dah penuh giler, mampat dgn manusia. Tak blh blah. Nak amek gambar Siti pun kena zoom jauh.aduh..aku jadi bingung time tu. Masing2 menanti kemunculan Siti, slot penyampaian hadiah yg x selesai2 mengundang rase bosan aku utk menunggu.Tiba2, stadium jd gemuruh, rupanya Siti akan muncul tidak lame lagi.aku dapat melihat Siti sudah berada di belakang stage utk memulakan persembahan di iringi dgn security guard yg sentiasa ader. Aku tidak nampak kelibat Dato' K mase tu.Siti berpakaian baju merah dan blouse kaler hitam serta yang paling penting gelang hitam yg dipakai di lengan tu.Siti cukup ayu dan mengagumkan.Kepetahan dan pertuturan beliau berkata kata begitu memukau penonton termasuklah aku. Ayat yg paling aku ingat Siti ckp mcm ni "Lelaki bermisai tebal je Siti akn jemput naik ke ats stage". Semua peminat ketawa besar.hahahahaa.Ketika tu slot menyanyi bersama peminat di ats stage. Siti pun pandai menari jugak bersama peminat.Kelaka pun ada. Yg kelaka time peminat menari dgn Siti tu. Tak blh blah.hahaha.Sesekali die melawak, bermanja dgn peminat kecil dan kelembutan Siti membuatkan aku tersenyum sendiri mengingatkan aku pada seseorang.hehehe. Baru aku tau sekarang ni mengapa Siti begitu di sanjungi, di sayangi dan di hargai oleh peminatnya.Tidak hairanlah mengapa kaum adam seperti aku ni meminati Dato' Siti mendendangkan penonton dgn lagu pertama Aku Milikmu, diikuti lagu Aku Cinta Padamu. Kemudian Siti cuba menambat hati penonton dgn membawakan lagu cina, aku pun tak tau tajuknya apa, not bad la Siti bertutur dlm bahasa cina.tepukan gemuruh diberikan penonton, aku tak sempat utk memberikan tepukan kerana sibuk menjadi Camera Man time tu.hahahaha Di sudut2 mane pun aku cube dapatkan photo Siti yg menarik dan terbaik. Kalo boleh aku nak jugak bergambar dgn Siti tapi bkn mudah, security guard kat bwh tu sentiasa menghalang peminat2nya. Peminat2 Siti sempat memberikan beberapa jambak bunga utk Siti. Kemudian Siti membawakan lagu Di Taman Teman dan lagu seterus seterusnya aku tak tau tajuk ape. sebab lagu baru kan.hehehee.Tapi tu la Siti Nurhaliza, tinggi, lawa, berdahi luas,senyuman yg menawan,lemah lembut.tak sombong dgn peminat cilik. Ok la tu kan. nak cite pasal Siti je sampai Subuh esk pun belum tentu tamat.hahaha. Cukup la ni. Pengalaman yg dapat aku kongsi. Lain tahun ada rezeki dapat la ambil photo dgn Dato' Siti Nurhaliza.hahahaha.



 Tapi sebenarnya, alangkah indah dan manisnya kalo Laura ku dpt ikut sekali. Die pun peminat no.2 Siti Nurhaliza.Mana tak nya, berulang ulang kali suruh aku ambil photo Siti.hahahahaa.Tapi apa kan daya Laura ku masih di utara sedang exam(Tgk gambar jer ye, gambar pun kurang memuaskan hati)hahahaha.Sebelum pulang dpt la ambil gambar kenangan, tak dapat ambil gambar dgn Siti, ambil gambar sorg2 pun jadi la..Kih.Kih.Kih..Ok la tu. Overall aku berpuas hati la dapat tgk Dato' Siti secara live dpn mata aku sendiri.Peluang mcm ni tak dtg selalu...Tapi kalo dpt tgk Faizal Tahir dgn Anuar Zain bergabung dgn Dato' Siti Nurhaliza secara live lg best sebab aku minat jugak dgn mamat 2 org ni.Dah bagi betis nak peha pulak aku ni kan. Dah2.. Cukup la tu.Cau cin cee..

Bergambar Kenangan

Saturday, November 14, 2009

Hajat Tertangguh, The Pearl Jadi Pengganti...


                                      Filem 2012
Semalam aku berhajat nak pegi tgk cite kat ats tu tapi tak kesampaian sebab hujan tak berenti, hari ni aku berhajat lagi nak pegi tgk tapi sekali lagi aku dikecewakan oleh kejadian tuhan yg aku tak dapat halang.Mesti korg tanya kenapa aku tak naik keta?sbnrnya aku mls nak bwk keta, naik solo je takde teman pun tak syok..LAURA ku juga masih belum kembali pulang.huhuhuhu.Rindu bangat sama kamu LAURA.hehehehe.Baik aku rider je naik motorbike yang byk berjasa dengan aku.hihihi..Aku baca sinopsis cite ni mcm menarik sebab andaian kaum mayan kat mexico yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 2012, tapi aku tak percaya 100% la sebab ini ramalan jer. Utk tahu jalan cite yg lebih lanjut mari kite gegarkan pangggung nak tau best ke tak cite ni..




                                    The Pearl
 Oleh kerana aku kebosanan maka aku mengambil jalan lain dgn membaca literature form 5 ni diberi nama The Pearl, bkn Black Pearl tau, Black Pearl tu milik Jack Sparrow.hahahaa.The Pearl ni milik Kino and Juana. Sape2 yg penah bersekolah smpai F5 tau la apa yg terkandung dlm The Pearl tu.Aku ader sebab sbnrnya bace benda alah tu, kan aku calon mengulang SPM 2009 utk paper bi.hahahahha.lawak2. Dah 7 tahun meninggalkn alam persekolahan baru skrg nak mengulang paper bi.memg lawak. Kwn2 sekolah aku kalau dorg dgr ni mesti dorg gelak abes sedangkan kat U pun aku jd bahan gelak sebab mengulang paper bi ni lagi2 bekas rumate aku Fairuz tu asyik nak menganjing aku jer. tapi takpe aku tak perlu malu, kwn aku yg lain pun ada mengulang jugak so aku tak la terhina sgt.kih.kih.kih.Ni baru 1 item yg aku kena baca, belum lagi poem2 yg lain, yang aku ingt Sonnet 18 jer.hahaha.Yg lain aku belum menelaah. Asyik membaca je bosan la, dah la kalo membaca bi ni aku cepat mengantuk.

Ok la..aku nak sambung lyn The Pearl aku ni smpai aku menutup mata. Hope esk cuaca baik boleh aku tgk cite 2012 tu...hmm.......

Friday, November 13, 2009

Cuti + SPM + PSM

Aku pun tak tau nak mula mcm mana sebab aku baru lagi dgn dunia blogger. maklum la dah cuti sem ni tak tau nak buat apa kat rumah. nak kuar berjalan pun rase takde feel lagi. mungkin aku dah rase semua nikmat tu so aku pun jadi la mcm tu. rase nak tido je memanjang.rase menyesal jugak tak ikut kwn2 ku pegi Yogjakarta (teringat aku pada LAURA)..saya sayang kamu LAURA..hikhikhik..ops sori, iklan sinetron pulak..

Mari teruskan dgn SPM pulak, aiii...tak abes abes dgn exam, naik pecah kepala otak aku pikir benda alah ni. dulu mase F5 tak nak belajar betul2 bahasa inggeris, sekarang baru terhegeh hegeh nak dptkan gred yg baik pulak. ingat lagi waktu sekolah dulu, cikgu bi aku Puan Sheng selalu ingatkan aku dan rakan kelas mcm ni lebih kurang ayatnya "You must learn english from now if not you regret all your life". aku dgn rakan meja ku, ishwan hanya dgr sambil mata memandang ke jendela..buat tak tau jer.betapa tak matang nya kami masa tu.hahahaha.lagi menyedihkan aku dgn rakan2 ku yang lain sanggup tak masuk kelas bi(kira ponteng la). boleh pulak pegi lepak kat library tak pun bilik sukan.ish2.betapa jahilnye kami dulu. aku ni dah la dulu tersenarai dalam program star student, aku tak mintak pun tapi Puan Sheng dgn Puan Goh tu beriya iya tarik aku. aku lynkan je la. Puan sheng selalu cakap pada aku "azuan you must get at least B4 for your bi".aku hanya terdiam.aku ape lg mcm ada batu yang menghempap belakang aku.dush2.!!!.tibe hari pengumuman result spm, aku terkejut dpt 7D padahal masa trial aku dpt C5,hohohoho.dari situ aku dpt bygkan yg peluang aku utk ke matrikulasi dh tertutup. can you imagine 7D!!!how stupid!!aku rase 50-50 gembira-sedih.tiba2 Puan Sheng dtg kat aku die ckp apa tau "azuan im very shocked and dissapointed with your bi but im happy with your subject science result".tiba2 aku rasa mcm bersalah pada Puan Sheng. begitulah cerita aku, bahasa inggeris dan Puan Sheng.

Cerita PSM pula, ni lagi beban yang tertampung dari awal sem smpai sem dpn.Letih memikir, letih menukar, letih menaip, letih melayan kehendak Dr H. cuti sem yg pendek ni rasenye aku akan cuba tabah kan diri aku ni lengkap kan apa yg patut. persoalannya skrg di mana, bagaimana harus aku mulakan....?

nanti la entri akn dtg aku cerita tahap psm aku..k cau..

You might also like :

Related Posts with Thumbnails