Saturday, June 28, 2014

1st Anniversary & Salam Ramadhan.

Pejam celik.celik pejam.sudah genap setahun kami mendirikan rumah tangga.rasa sangat cepat masa itu beredar. Liku-liku onak duri cabaran dan dugaan telah kami tempuhi bersama dalam masa setahun. Itu semua lumrah kehidupan. Kita sebagai umat hanya merancang tetapi hanya Allah yang tentukan yang terbaik untuk umatnya.
Sesungguhnya alam perkahwinan ini indah. Dalam masa setahun ini banyak yang boleh kita pelajari dan lebih mengenal pasangan kita sedalam dalamnya. Fasa ini kadang-kadang akan membuatkan kita akan selalu bermain dengan pelbagai emosi marah,geram,rindu,gembira dan kadang2 annoying. Perkara2 macam ini akan membuatkan kita lebih banyak bersabar. Betullah kata bidalan, terimalah pasangan kita seadanya yg telah dinikahi nya. Jangan terlalu mengikut perasaan. Bersyukur dengan anugerah yg telah Allah berikan ini.
Fasa setahun ini banyak mengajar erti kesabaran dan kekurangan. Walaupun duduk berjauhan antara satu sama lain ia tidak menghalang kami dari terus berhubung dan berkasih sayang setiap hari. Memang kita tidak boleh halang mulut orang dari berkata kata dan mengata bertanyakan bila nak pindah, kenapa duduk jauh, bila nak ada anak dan bermacam macam soalan yang boleh buat pasangan kita tidak selesa dan sedih. Emosi seorang isteri akan menjadi tidak stabil bila soalan2 begini diajukan sampai beratus kali. Cuba bayangkan setahun ada 365 hari dan jika tiap hari diajukan soalan2 kurang bijak macam ni. 2 orang pastu darab 365 hari pastu darab dengan jumlah soalan kurang bijak. Hah.kira sendiri. Berapa jumlah jwpn yg perlu disediakan. Sebagai suami harus main peranan besar dalam menenangkan isteri dalam apa jua keadaan. Steady itu penting bagi seorang suami.
Kita bukan impikan sebuah perkahwinan untuk masa setahun sahaja tetapi untuk selama lamanya dengan pasangan kita yang kita sayangi dan cintai. Sempena ulangtahun perkahwinan pertama kami, ini khas buat isteri tersayang;
Terima kasih sayang kerana memilih abg sebagai suami,
Terima kasih sayang kerana hadir mengisi kekurangan dan kelemahan abg,
Terima kasih sayang kerana banyak bersabar dengan kerenah abang,
Terima kasih sayang kerana menjadi isteri yang baik untuk abg,
Terima kasih sayang kerana mencintai dan menyayangi abg sebaik mungkin,
Terima kasih sayang kerana setia bersama dengan abg,
Terima kasih sayang kerana menjaga abg dengan baik ketika abg demam, dan
Terima kasih sayang untuk segalanya..♥
I love so much until my last breath..♥♥♥
Diam tak diam esok seluruh umat islam di dunia sudah mula menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Istimewa Ramadhan adalah puasa dan terawih nya serta amal jariah nya.
Serentak dgn itu kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan & Selamat menunaikan ibadah puasa dari kami sekeluarga.

3 comments:

You might also like :

Related Posts with Thumbnails