Saturday, February 18, 2012

Suka Suka

Sebenarnya takde apa pun yang nak di isukan sangat pun sampai aku perlu menghupdate belog. Cuma aku suka suka & sedang beremosi suka duka, kebetulan dapat online free & kebetulan jugak tuan punya pc sedang berkapitalis di luar sane.Aku lenjan habis habisan la.

Baiklah kita fokus satu topik sahaja iaitu walimatul urus, tak perlu la nak merungkai kisah aku bujang, tak kawen lagi la, tak jumpa jodoh la, sempit sangat otak aku kalau asyik berfikir ke arah itu. 'Sincerely' aku pun orang tak pandang lagi mau kecoh, ye dak. Akceley, tahun 2012 aku syak lagi banyak walimatul urus yang perlu hadiri. Kalau mengikut sejarah yang lepas, aku jenis memilih sikit nak menghadiri walimatul urus, tak semua tempat aku pergi. Bergantung kepada tahap kerajinan & kesosialan aku waktu senggang. Ini bukan soal kawan rapat ker, ex gf ker, awek ker, wanita ke, janda ker, andartu ker tapi lebih menjurus kepada istilah 'willing to go & willing to pay', mana yang pernah belajar istilah ini mesti maseh ingat teori dlm Penilaian Hartanah Perhutanan. Tapi apa kena mengena ek, Ok cukup, tak paham blh jumpa Papa Hamid.

Akceley, walimatul urus yang paling berat durjana aku nak kena tempoh adalah walimatul urus adik aku sendiri. Aku dah tau 'bala' apa nak menimpa aku masa tu. Ok cukup aku taknak pikir lagi. Tunggu je la kisah hari ahad bersama abg Azuan akan datang.

Sebagai bukti aku pernah menghadiri walimatul urus sila lihat bawah.

Yang paling kanan kemeja putih paling smart & macho.


 Next walimatul urus to attend Evra & Suarez.

Evra : Jom kita kawen, aku dah lama tunggu kau, aku cintakan kau sebab gigi kau mcm rabbit.
        Suarez : Baiklah, aku pun cintakan kau sebab kulit kau hitam manis.



P/s- kau ulang-ulang sampai 100x lagu Dadali-Disaat aku mencintaimu belum tentu dia nak kat kau.

No comments:

Post a Comment

You might also like :

Related Posts with Thumbnails