Tuesday, June 5, 2012

Kini Kem Italy Dibuka

Serentak dengan itu lagu seven nation army mula kedengaran di kem latihan pasokan Italy di laungkan oleh pasokan sorak hardcore mereka. The Azzuri!


nampak tak, ganas kan, mana mana pasukan yang tak pernah julang Euro atau world cup boleh balik awal. jangan nak orgasm kutuk pasokan yang dah jadi juara dunia sebanyak 4 kali, juara Euro 1968.


menurut Jack White (vocalist The White Stripes)-

"I am honored that the Italians have adopted this song as their own... Nothing is more beautiful than when people embrace a melody and allow it to enter the pantheon of folk music. As a songwriter it is something impossible to plan. Especially in modern times. I love that most people who are chanting it have no idea where it came from. That's folk music."

Akceley, strength pasokan Itali sebenarnya terletak di bahagian pertahanan, walaupun jaman Paolo Maldini, Fabio Cannavaro, Alessandro Nesta, Marco Materrazi, Alessandro Constartuta telah lama berakhir. Perlu di akui secara jujur, bahagian pertahanan pasokan Itali di jaman hipster ini tidak semantap jaman atuk & abang senior mereka.
 nampak, betapa kerasnya kepala Zinedine Zidane menanduk dada Marco Materrazi, mujur Materrazi berjaya meniru lakonan Jack Sparrow dengan mengguling gulingkan badan di atas padang.
 Final Piala Dunia 2006

Gianluigi Buffon, kapten pasokan Itali.katanya sekiranya pasokan Italy dapat jadi juara, beliau nak tambah anak dengan menghadiahkan anak kembor 4 kepada isteri tercinta.

Melihat kepada sejarah kejohanan Euro, pasokan Itali tidak mempunyai rekod yang baik, buktinya mereka hanya sekali menjadi juara Euro tahun 1968. Itu hanya sejarah lama, maklum lah pasokan Itali bukan sebuah pasokan yang hanya bersandarkan pada kenangan. Menurut perpatah Italy, Jangan makan sphagetti bolognese jika anda tidak menyokong pasokan Italy. 

 Yang tengah Leftenan Jeneral Gennaro Gattuso. taiko paling lejen dalam pasokan Italy. Siapa berani cantas dia, memang dia akan cantas balik sampai kena usung dengan ambulans, yang penting puas dapat balas dendam di atas padang. Tetapi kat luar padang dia seorang bapa yang penyayang. Malangnya taiko kita dah bersara dari arena bola sepak, untung la Fernando Torres tak kena pijak dengan beliau. khabarnya taiko dah bukak gudang seluar dalam lelaki khas untuk pasokan Italy & wags pasokan Italy. Amboi, pandai berbisnes sekarang.cerah masa depan.

Walaupun baru ni kecoh pemain Italy yang di hantar pulang, Domenico Criscito terlibat dengan skandal mengatur perlawanan Liga Serie A, ia tidak mematahkan semangat askar Azzuri untuk berjuang di Ukraine & Poland.

Sebenarnya perkara yang paling menggusarkan pasokan Italy adalah bagaimana nak menangani seekor angsa liar di bawah ini.
Mungkin penonton sudah mula mengecop pemain paling meyampah untuk dilihat di atas padang. susah nak melihat angsa liar ini bermain sopan di atas padang. aksi liar didalam & luar padang selalu memeningkan kepala banyak pihak yang ramai rasa nak bunuh beliau.

Dalam banyak umat di dunia, seorang umat sahaja yang begitu menyayangi angsa liar ini iaitu tak lain tak bukan Papa Roberto Mancini.
 "Badol, main betul betul kat Euro, hadiahkan pasokan Italy kejuaraan, jangan ikut sedap kepala bana kau jer, Papa sayang Badol selamanya. ai lafeyeu...."

Apa lagi yang ditunggu, gelanggang dah di buka, bendera dah dikibarkan, lagu dah berkumandang, wags gojes sudah di semarakkan, hidupkan para UltrasItaly! Ayuh! sokong pasokan Italy!

Ingatlah, sampai kiamat pun pasokan Malaysia, Brazil, Argentina, Senegal, Arab Saudi takkan pernah dapat bermain di Euro, jangan bebal sangat sampai tak boleh tengok peta dunia. 

No comments:

Post a Comment

You might also like :

Related Posts with Thumbnails