Friday, September 23, 2011

Pengurusan Stress Harian

Mungkin tajuk stress ini sudah berulang ulang kali di sensasikan. Tapi kali ini sengaja nak ceritakan macam mana aku mengatasi stress dengan efisyen. Stress yang dimaksudkan adalah stress harian. Selalunya begini :

1. Minum & makan banyak2 masa office hour.
2. Lepak ngeteh lame2 borak sampai takde topik utk disembangkan baru balik office.
3. Mengomel kat twitter dgn ayat2 yang merepek meraban.
4. Pergi main snooker, nak dekat magrib baru balik.
5. Pergi lepak ngeteh dengan member2 sekolah samada petang atau tengah malam.
6.Pergi tengok wayang biasanya hari jumaat malam lebih afdal.
7.Duduk depan menghadap tv sampai jam 12 tengah malam baru tidor (weekday) 
8. Godek2 pc tengok movie atau main game bola.
9. Tidur depan tv sampai pagi (weekend)
10. Tidur rumah kawan, dengar azan subuh baru balik lepas tu sambung tidur balik.(kadang-kadang)
11. Bawak kereta slow-slow sambil berfikir.
12. Jadi lebih pendiam bila kat rumah.
13. Tak selera makan kat rumah. nak makan luar jer. 
14. Lari laju2 kat trek stadium.
15. Melanguk kat tepi pantai.(jarang-jarang)
16. Nyanyi kuat2 kat toilet masa mandi.

Walaupun ramai yang cakap menghisap rokok dapat hilangkan stress, aku tidak peduli nya sebab aku dah di latih dari kecik untuk tidak merokok. Tak teringin sekali pun untuk merokok.Tak jakun pun.

Monday, September 19, 2011

Show Some Respect !

Lepaskan amarah adalah sebahagian daripada Urusan Azuan Shahri.

Baik, aku tak puas hati dengan minah seorang ni. 
Bertekak punya bertekak, lastly
Dia cakap muka aku macam samseng
Ok, aku terima, ada aku kesah, aku peduli apa
Kalau aku samseng, kau tu perempuan aku nak panggil ape?
Samseng aku pon, aku hormat orang tua, ada budi bicara, ada toleransi, Kau?
Muka takde cantik mana pon, biase2 je aku tengok.Adab mane?Budi bicara mana? layanan macam mana?
Macam ni ke layanan untuk orang awam yang 'samseng' mcm aku ni?
Bagi perkhidmatan segala bagai yang memaksa aku melanguk berjam jam. 
Lepas tu keluar bagi jawapan yang tak bijak.

P/s- Kalau tak berminat nak kerja, letak jawatan, pegi kahwin dgn lelaki spesis yang macam kau. Nanti takde la nak menyusahkan laki lain.

P/s- Kalau tak paham atau tak tahu sila bertanya, jgn berlagak pandai. Nanti bodoh sampai tua. Bila dah tua nyanyuk lepas tu menyusahkan cucu cicit.

Monday, September 12, 2011

Fasha Sandha ♥ Johan Arif (Botak).

Julung kalinya mereka dijodohkan dalam drama Cinta Elysa starting 13 September 2011 jam 9 malam.So sweet la wei. Pewwwittt!

Masih ingat lagi lakonan beliau dalam drama Juvana. Lakonan kejam & keotaian nya sungguh menjadi serta berkesan di dalam hati.

Tetapi dalam drama di atas 'Botak' masih melakonkan watak yang agak jahat jugak tetapi bertanggungjawab terhadap keluarga & hati bertaman bunga. Tak percaya sila la tengok.

P/s- Walaupun apa kiranya nanti kalau isi kandungan drama ini  merepek meraban, aku tetap layan jugak sebab 2-2 adalah pelakon kegemaran aku. Lakonan beliau-beliau sangat berkesan.

You might also like :

Related Posts with Thumbnails