Saturday, December 25, 2010

Tiramisu


Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.

Sinopsis Tiramisu

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?


Serius!Gua minat lakonan Pierre Andre & Sharifah Amani. Thats why la gua nak tengok. Pasni balik kerja lincah la terus depan tv.Sedapnya kek tiramisu..nyum..nyum..

5 comments:

  1. piere nmpak mcm nk tembam jer dlm citer ni.....huhu

    ReplyDelete
  2. tembam & buncit...hahaha..suke cara pierre andre berkata kata..lwk gler..hahaha

    ReplyDelete
  3. owh..patutla..citer ini telah menimbulkan kekompiusan didalam diriku pabila semalam hanya melihat info di tv3 6.30-7.30 tiramisu..i ingat kitaretsu..aish~ sungguh blurr menguasai diri semalam..so petang ni nak tengok la.. (-_-")

    ReplyDelete
  4. harus tgk..Pierre Andre sgt kelaka n cute...hahahaha
    kitaretsu 7.30-8.00 setiap ari isnin.hahahha

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails