Puas sudah aku cuba melupakan Put3areu namun tidak semudah yang di jangka..Hampir setahun lebih aku memendam perasaan ini tiada siapa yang mengerti lubuk isi hati ini. Memang di luar nampak happy selalu tetapi jiwa yang ada di dalam ini kadang-kadang tersentuh di buai oleh cinta tak berpenghujung..
Aku tidak rela manghambakan diri ini untuk jatuh cinta kepada sesiapa melainkan seorang wanita yg aku kenali sebagai Put3areu.Bukan bongkak tetapi memang pahit hakikat yang harus aku telan. Tiada apa yang aku harapkan selain mendapatkan cinta sejati yang akan dikurniakan oleh Allah swt, aku menunggu kurniaan yang akan di anugerahkan oleh Allah swt dengan sabar dan tidak taksub untuk bercinta semula. Biarlah ia hadir pada satu saat nanti yang aku sendiri tidak tahu bila, dimana, dengan siapa, bagaimana ia terjadi. Semua itu ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Biarkan aku melalui hari hari dengan tenang tanpa perlu ada komitmen kepada insan yang bernama wanita, bukan aku membenci tetapi aku sudah terbiasa sejak setahun yang lepas. Sukar untuk aku membina komitmen itu semula dan komitmen itu mungkin hanya pada gadis yang bernama Put3areu.
Mujurlah aku tidak terpesong jauh di kala aku terpikirkan beliau. Aku masih berfikiran waras, dengan akal yang dikurniakan oleh-Nya aku harus bijak menguasai keadaan di sekeliling aku.
Kepada orang-orang yang telah aku lukai, aku mintak maaf, biarkan aku begini..aku rela terus begini dan begini. Biar cinta itu hadir tanpa perlu dipaksa..Biar masa sahaja yang menentukannya..Insyaallah, kita akan temui bahagia itu walau dengan sesiapa pun kita akhirnya nanti..Berdoalah supaya kita tidak dipertemukan dengan orang yang salah.
Cinta itu indah belaka
Tiada mudah untuk memilikinya
Cinta itu tercipta bukan untuk direka
Jika harta dan rupa jadi peranan
Bersedia hati untuk dipermainkan.
Selagi boleh bertahan diri
Teruskanlah bermimpi
Jika setia dan jujur jadikan pilihan
Itulah bahagia tiada tandingan.
Der..jom keje KL..sana lagi ramai aweks..haha...
ReplyDeletenak yang muka sejibik pun mungkin boleh carik..haha..
semoga berjumpa dengan PUt3areU yang ditunggu selama nie... :)
ReplyDeleteaish..macam sedih je bunyinya cikgu..hehe
ReplyDelete