Monday, November 30, 2009

'Track & Field' Memanggil Semula Untuk Beraksi.

Hari ini setelah 6 tahun aku meninggalkan dunia olahraga aku terpanggil semula utk beraksi di track bkn untuk tournament tapi utk kesihatan aku di masa hadapan.Aku harus menjaga kesihatan utk kelihatan macho dan sensasi selalu.hahahaa.

Jam 4.30 ptg aku sudah berada di padang SMK Sri Gading dgn coach aku iaitu cikgu aku sendiri. Cikgu Abd Rashid.Cikgu ada buat training olahraga utk bdk2 sekolah. Ada la berapa kerat pelajar sekolah tersebut dtg utk training. Yg menghairankan aku semuanya perempuan belaka. Aku bertanya pada cikgu. Mana kaum2 lelaki, die ckp kaum laki sibuk dgn aktiviti merempit.hahahaa. Gelak besar aku.Mujur la aku tak tergolong dlm golongan tu.Alhamdulilah..

Aku suke bekerja dgn cikgu ni kerana die sorg yg profesional dlm sukan, tak kira la sukan apa pun especially olahraga dan hoki. Aku tak ambil tau sgt peribadinya tetapi aku perlukan bimbingan dan tunjuk ajar die selaku sorg coach yg profesional.Hasil tunjuk ajar beliau pada zaman 2001 aku telah berjaya ke MSSM utk acara hurdle iaitu lari berpagar 400m n 200m.Aku menang pingat emas daerah dan negeri dgn rekod baru kejohanan. Betapa bangganya aku time tu kerana aku la yg terunggul di seluruh Johor ni.Hahaha. Tapi betapa kecewanya aku bila aku kalah pada peringkat MSSM sewaktu aku mewakili Johor, mana tak nya lepas kena lanyak dgn training yg berat aku kena demam. Out of form la time tu. Kecewa giler.Huhuhuhu..Masa zaman 2001 MSSM olahraga diadakan di Stadium MPPJ di Selangor.Syok giler time tu.Bangga dpt mewakili negari kelahiran aku.hahahah

Naik je form 4 aku nekad taknak join olaharaga kerana aku begitu kecewa pencapaian PMR aku dan kekalahan di MSSM.Time tu jugak Cikgu Rashid pegi sambung belajar kat UPSI. Aku pun tak bersemangat utk teruskan karier aku selaku atlet sekolah. aku beralih kepada dunia bola sepak dan bola tampar. Olahraga aku tolak tepi. Kedengaran juga suara sumbang dari cikgu2 yg mengatakan aku jual mahal dan tak professional. Aku buat tak tau jer. Pandai2 la aku tutup cerita2 tu semua.Masa ni juga aku telah berkenalan dgn Laura ku.hehehehe

Hari ini, aku berbangga dpt turun ke padang semula bersama coach aku utk buat tarining yg telah lame aku tinggalkan. Sampai je padang die suruh aku lari 2 pusingan padang tapi aku buat 3 pusingan 1/2 kerana aku sudah pancit. Aku termuntah muntah dgn tkuar air mata ni menahan penat yg teramat sgt. Bdn aku mula mengeluarkan peluh yg banyak. Lepas tu die suh aku buat larian di curve 200m 2 set 10 kali. Fuh!!.Betapa penatnya aku time tu. bdn n kaki aku rase mcm nak tercabut. Katanya utk stamina.Bdk2 sek ni ok je aku tgk tak penat pun.Aku je yg mcm org hilang nyawa.Oksigen..oksigen..oksigen..dlm hati aku berkata.

Jam menunjukkan 6.30ptg selesai set yg aku buat. Aku tamatkan sesi latihan dgn membuat regangan atau cooling down. Tamat sesi latihan cikgu ajak aku pegi minum di warung. so aku pun layankan jer.Leka bersembang dgn cikgu sampai jam 9 mlm. Aku terus pulang ke rumah.Skrg aku dah penat dan mau tido...Cau cin cee...

5 comments:

  1. tak payah jogging..main travian je...hahaha

    ReplyDelete
  2. ini cik erin mau mengutuskan komen: men travian laie la musnahkan masa depan...hEeeee~~jgn marah ya incip apai!!!

    ReplyDelete
  3. Btl tu.bahaya main travian ni.hahaha

    ReplyDelete
  4. main travian menyihatkan tubuh badan tau tak. menajamkan minda. dan membuatkan seseorang tu lebih peka dengan masa...hahaha

    ReplyDelete
  5. Bkn la pai.meletihkan minda.hahahaha

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails