Allah S.W.T telah memberikan satu anugerah yg bernilai utk umatnya iaitu hati. Tujuannya adalah supaya manusia itu dapat menilai perkara baik dan buruk. Selain itu, hati juga digunakan utk manusia membuat keputusan dan menjaga hati sesama manusia. Di sini aku telah dapat kategorikan beberapa hati wanita iaitu, hati seorang ibu, hati seorang adik, hati seorang kekasih, yg akhir sekali hati seorang isteri. Tapi utk hati seorang isteri aku tak dpt nk huraikan sebab aku belum menyelami atau mengalaminya la.hahahaha.
Ibuku seorang yg tegas tapi hati nya sungguh baik, lembut dan suci. Ibuku sentiasa mahukan yg terbaik utk anak-anaknya. Ibu tidak akan membenci anaknya sendiri,cuma tidak pandai menyatakan dan meluahkan perasaan sayangnya kepada anaknya. Cuma kdg2 aku blur dgn perangai ibu yg sering suke membebel dgn perkara yg remeh.hahahaha.Ini biasa berlaku kerana ibu sudah berumur kerana mereka juga dilayan sedemikian oleh ibu dan bapa mereka sebelum ini. Ibu dapat menyelami isi hati seorang anak, walaupun kita cuba menipu tapi ibu dpt merasakan yg anak2 nya sedang menyembunyikan sesuatu. Utk aku, ibu ku bagi kebebasan utk menjalani kehidupan skrg dan masa akan datang mungkin kerna aku ank sulung kot. Aku tinggal mencorak kan nya. Setakat kata2 yg remeh dari ibu , aku tadah je penghabisannya aku tolak ketepi jugk. Aku always right.hahahaa.Utk adik aku yg perempuan, kebebasan, memlilih pasangan hidup, membuat keputusan, ibu ku akan masuk campur dan memberikan yg terbaik utk adik ku.Itulah hati dan naluri seorg ibu yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anak2 nya.
Adik perempuan aku ader 2. Namun 2-2 mereka ni berbeza.Si noi tu hati dia sentiasa terbuka utk semua lelaki. Tak tau nk ckp hati ape, hati lalang kot.hahahaa. Die tu ramai kwn lelaki sbnrnye. Tp sampai skrg aku tak dpt kesan yg mane sebenarnya buah hati die. aku tak masuk cmpur la hal die cuma aku kdg2 ingatkan je la jgn buat sesuatu yg menjatuhkan maruah keluarga dan jgn mainkan pasaan lelaki sebab aku sendiri pun lelaki.hahaha. Takde effect kat aku pun sbnrnye.hahahaha. Noi ni hati die pun giler2 sikit. Tak pikir perasaan org lain.Kalo ckp tu main lepas je, tak pikir kesan lgsung. aku pun xphm kenapa la aku ader adik yg happening mcm ni je memanjang. Tapi kalo dah dtg 'cuti' die time tu la aku suke, memang terlantar je la 24 jam.baru aman rumah ni.hahahaha.Si bongsu pula, yg ni manje lebih, tak blh blah. Aku naik mual kdg2 tgk perangai die. Manje dgn abahnya je. Hati die sukar nak di ramal. Kdg2 muram kdg2 gembira.Die lebih suke pd dunia persolekan, fesyen dan suke bergaya. kecik2 dh pndai tu smue.Mak Abah pun lynkan je.memg jadi la bdk tu. Die nk jadi model kot besar nanti. Hati dia pun hati batu ni. kalo merajuk susah jugk nak pujuk.Nasib baik la ader akak die.aku nk pujuk sori la.hahahaa
Hati seorang kekasih pula terlalu luas utk aku terjemahkan. Dari perspektif negatifnye die berhati kering, kontang, gurun padang pasir. tp dari perspektif positifnye die berhati lembut, suci dan murni.Cume aku masih tak dpt memahami nye secara lebih mendalam. Mungkin kerana family dan kwn2 nya byk mencurahkan kasih sayang terhadap dirinya itu sudah cukup bagi dia. Aku pun phm hati anak bongsu ni.Oleh itu kasih sayang dari seorang kekasih secara auto nye akan jth di tempat terakhir.Mungkin die tak pandai nak tunjukkan atau ader penghalang yang die jadi mcm tu. aku pun tak tau kan. Oleh itu aku ambil pendekatan nilai kesabaran dan prihatin utk aku melalui smue ini.Tp overall ok la, aku pun dah lali dgn smue tu. Persoalannya ,smpai bile die nk berhati kering?jwpn ader kat die je la.
Keseluruhannya, hati wanita tu mencerminkan peribadi dan sikap wanita itu sendiri Aku tak dpt mengubah hati tu melainkan wanita itu sendiri yg mencari perubahan utk dirinya. Aku hanya dapat berdoa agar smue wanita yg aku sayang di atas dapat keberkatan dan kebahagiaan dlm hidup di dunia dan akhirat setelah wanita itu sendiri membentuk dan menyemai sifat2 tersebut sejak azali. Ape pun aku ader lagu utk wanita2 di atas dan sape2 je blh dgr utk muhasabah diri sendiri termasukalh aku.hahhaaa.
Mata Hati
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Song Category: Nasyid
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
No comments:
Post a Comment