Friday, November 27, 2009
Kesimbangan Iklim Di Artik Mula Terhakis.
LEGENDA Titanic, sebuah kapal British paling gah rekaan Thomas Andrew akhirnya karam pada tahun 1912 akibat terlanggar bongkah ais.Pasti ramai yang mengetahui sejarah sedih di lautan Atlantik ini yang meragut beribu-ribu nyawa. Malah cerita itu yang difilemkan semula beberapa kali dan mencapai kejayaan 'box office' dalam setiap tayangannya satu masa dulu.
Melihat kepada bongkah ais yang menjadi medium 'pemangsa', tiada siapa terfikir bahawa kehebatannya itu akan lenyap suatu hari nanti.Faktor utama tentunya isu pemanasan global yang menjadi ancaman kepada pencairan bongkah ais itu yang tidak dinafikan mampu lenyap hanya dalam tempoh antara 20 hingga 30 tahun akan datang.Jika senario 'bongkah ais lenyap' itu terjadi, pasti ia akan mencetuskan fenomena baru apabila Artik bertukar menjadi lautan terbuka, tanpa susunan bongkah-bongkah ais yang mencipta satu pemandangan unik di muka bumi ini.
Namun apabila ia berpadu dengan bahagian ais mampat puratanya boleh mencecah 4 atau lima meter. Jumlah ini berbeza dengan purata ketebalan ais di Antartika di mana ais hanya boleh 'bertahan' sehingga satu atau dua meter sahaja.
Kini, sudah tiba masanya untuk kita membuka mata dan telinga bagi mendengar signal kecemasan yang disampaikan oleh Artik dan berbuat sesuatu kerana tentunya kita tidak mahu 'dunia putih' ini terus lenyap dan menjadi salah satu mimpi ngeri buat setiap hidupan di planet biru ini.
Persoalannya, bersediakah kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment