Monday, August 22, 2011

Kadang-Kadang Rimas.

Aku 'rimas' dengan keberjasaan dunia.

Aku 'rimas' dengan ketidakupayaan diri.

'Rimas' dengan kata cilakanya adalah 'Semak'.

Aku 'semak' dengan anasir jiwa.

Aku 'semak' dengan kecuaian minda. 

Rimas membuatkan aku menjadi lebih berdiam diri.
Membuatkan aku untuk berfikir berkali kali.
Terkadang tidak habis fikir tentang nasib di kemudian hari
Apa lagi yang mahu diragui kerana ketidakpercayaan yang di reka sendiri.

Jatuh bangun sendiri
Lebih rela menyendiri
Menguatkan diri untuk lebih berdikari
Jangan sesali di kemudian hari 
Perlukah aku menambah keyakinan diri
Mungkin ini pancaroba peredaran masa sekarang ini
Aku terima dengan rela hati
Sekadar coretan untuk BerMuhasabah Diri.

Tuesday, August 9, 2011

Acapkali Cerciter Makanan.

Ini bukan cerita brother murtabak 8 tetapi cerita aku suka makan makanan di bazar Ramadhan.

Memang sebahagian hobi aku adalah makan, aku suka makan. Sejak muncul bulan puasa ini nafsu makan aku menjadi begitu rakus mebuak buak. Sebut saje bazar mana, akan aku redah semuanya jika ada masa.

Acapkali jugak aku menyuruh kawan aku di kawasan sekitar mensurvey bazar mana yang mempunyai juadah yang paling mengiurkan dan acapkali jugak aku dimarah kerana bertanyakan soalan yang sama setiap hari.

Kalau dulu zaman kekampusan, untuk ke bazar aku hanya memperuntukan dalam RM10 sahaja utk berbelanja termasuk la murtabak harimau yang di kongsi 4 bersama Encik Apai & Encik Yus serta kemuculan Encik Baim yang kadang-kadang. Tetapi sekarang, aku perlu memperuntukkan sekitar berbelas ringgit untuk berbelanja membeli juadah di bazar.

Acapkali jugak apabila aku sampai di rumah, bonda aku membebel sebegini rupa "ni beli banyak-banyak sape nak makan, suka sgt membazir". Dgn cool nya aku menjawab begini " Mak, bulan puasa ni, bile lagi nak membazir mcm ni, setahun sekali tau, mlm nanti ada 3 round boleh mkn, kalau tak habes boleh buat sahur kan kan kan.".Selamba jer janji aku puas dapat beli.

Acapkali jugak selesai solat teraweh, makanan moreh pulak aku bedal. Balik teraweh aku makan lagi makanan yang tak sempat dihabeskan masa berbuka.Memang kuat makan sekarang ni.

Acapkali jugak aku tak habes fikir makan banyak-banyak tapi badan tetap kerempeng jugak.

Acapkali jugak kalau makanan tu tak sedap, maka nya dengar la bebelan dari aku pulak.

Sape la yang bertuah kawen dengan aku ni, memang aku kayakan kau dengan makanan la. Nak makan apa makan la. Pasal makanan aku tak kedekut langsung. Asal puas, halal & sedap nak makan sampai muntah pon takpe. Takde hal punye. Janji jangan gemuk.Bolehkah begitu. (tak habes fikir).

P/s-Makan utk Hidup atau Hidup utk Makan?

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah.

Rasenya perlu lebih bersopan sedikit utk bertutur bahasa dalam penulisan kali ni. Tiada apa yang menarik untuk disampaikan dan juga tiada niat untuk meneruskan kisah Cinta Bazar Ramadhan yang pernah korang baca pada Ramadhan yang lepas sebab tiada musim kedua untuk diterjemahkan.

Tak perlu la menjadi semulia Ustaz Azzam seperti dalam drama Ketika Cinta Bertasbih. Sekadar mengingatkan kita sesama islam bahawasa nya bulan paling mulia ini banyak pahala yang boleh diperolehi. Salah satunya solat terawih. Ramadhan yang lepas terlalu khilaf diri ini kerana banyak tertinggal untuk menunaikan solat terawih. Puasa Ramadhan itu wajib, tidak pernah aku lalai utk menunaikannya & meninggalkannya. Bukan nak mengaku diri ini sempurna tetapi hakiki nya masih banyak kekurangan dari aspek keagamaan untuk dipertingkatkan. Selaras dengan tema yang di war war kan untuk lebih serius dalam kehidupan.

Dalam rutin-rutin harian yang telah lama aku lalui, aku masih berfikir mengapa masih ramai lagi masyarakat melayu yang berstatuskan islam tidak berpuasa? Sebab setiap kali Ramadhan aku nampak benda yang sama. Ada secara terbuka & tersembunyi..Subhanallah..Lebih menyedihkan remaja-remaja yang baru nak naik, lebih memilukan juga bapak-bapak budak pun turut meramaikan akikah di bulan puasa. Apabila melihat di sekeliling begini, timbul perasaan sedih mengenangkan nasib orang melayu yang sebegini rupa. Bukan nak menagaibkan orang islam tetapi hakikat & realitinya begitu la.

Tutup cerita orang tak puasa. Sebenarnya tujuan utama penulisan ini sekadar nak melepaskan rindu terhadap teman-teman kampus yang dulu nya begitu akrab berbuka & bersahur bersama. Kini tiada lagi, hampir setahun lebih meninggalkan alam kekampusan tiada sekali pun dapat bersama berbuka & bersahur bersama mereka. Masing-masing menjadi ahli kapitalis melainkan aku sahaja yang masih menetap bersama keluarga. Insyaallah tahun ini pasti dapat together berbuka & bersahur bersama (aku dah klik attend kat facebook, kalau tak jadi siap la korang).

Dah tak payah nak berbual sangat. Intipati nya pun bukan sehebat cerita Transformers & Harry Potter. Tak payah nak sokong Decepticon sangat.

P/s - Saban tahun cerita benda yang sama. Kisah cinta masih tiada. Lebih merelakan seindah biasa.

Thursday, July 14, 2011

Hidup Adalah Pilihan.

Namun dimana arah permulaanya?
kekiri ? kanan? hadapan atau kebelakang?
setiap pilihan pasti punya kekuatan dan kelemahan

Membuat pilihan umpama bermain dengan api,
tersilap langkah, membakar diri.
namun bukan itu pengakhiranya,
kerna, itu adalah Hidup.
kita harus berani mengharunginya

SENDIRI?? Tidak..dengan meyakini DIA disisi"


Nikmat yang kadang gua sendiri alpha
adalah nikmat untuk MEMILIH,
membuat segala pilihan dalam hidup,
ada sahaja lakonan2 yang perlu dilalui,

Sering kali gua berada dalam keraguan, kerisauan, ketakutan,
kebimbangan-kebimbingan yang kadang gua ciptakan sendiri,

Hidup memang penuh misteri dengan teka-tekinya,
ada sahaja alasan2 untuk tidak mahu melangkah,

Kerana hidup adalah pilihan,
maka gua harus memilih
dan menghadapinya dengan gagah.
 
Gua merasakan, sepanjang tempoh lalu
gua gagal dalam membuat pilihan

Namun tidaklah lagi gua meratapi semua itu,
gua bangkit lagi..Ya, untuk membuat pilihan lagi.
tapi pilihan untuk gua tak banyak.

Kita perlu bangkit dari setiap kegagalan dan kesalahan,
kerana..setiap satunya, ada hikmahNya.

Alhamdulilah, Now my life is Purposeful & Inspiring..Thanks Allah..

Saturday, July 9, 2011

Suntingan Malam.

Jam menunjukkan 1.05 a.m.

Tapi apa yang sedang gua lakukan?..menghadap pc sambil layan bola sepak yang duk ulang-ulang kat astro.Kebiasaannye masa-masa kecederaan mcm ni gua dah berada di alam lain. Tapi..Tapi kan..gua tak dapat nak lelapkan mata malam ni luar dari kebiasaan. Ini pasti mimpi gua berada di Cameron Highlands 2 malam lepas terus gua jadi begini.

Nauza sila ke bilik anda sekarang. Besok pagi kau nak kena teman bonda kau poie pasar. Ada yang tak bangun pulak, membebel pulak bonda kau tu nanti.

Jang oh Jang...

Monday, June 27, 2011

Seminggu itu apa?

Masih mengekalkan tempo & rentak kehidupan yang sama.Tidak banyak perubahan sama seperti MANISNYA KURMA ITU.

Bentuk tubuh badan still maintain.
Macho itu sejak azali
Bergaya itu selalu 
say BAIK PUNYE!

5 hari weekday untuk stress bekerja.
2 hari weekend sahaja untuk berlibur.
say OMG!

Di kala stress menghadap report yang serabut akal, saja saja tulis begini.LOL!Puiiiii!

Tuesday, May 31, 2011

Aizat Amdan - Years From Now


(Intro)
What will I be years from now
What will I wear how will I look
I think too much I think too much

(Verse 1)
Sometimes its scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much you think too much

(Verse 2)
Will the rain smell the same
Will our loosing trentrous game
And the star much shine
The color seems so blurry

(Bridge)
Will l endup all alone
Without a shoulder to cry on

(Chorus)
What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you...

(Verse 3)
Will the rain smell the same
Will our loosing trentrous game
And neglect most people views
Seems so worthy

 I like this song very much because the element of the lyric is so motivate me.Music arrangement this song like The last Shadow Puppet. Its really nice song. So enjoy this song.

Wednesday, May 25, 2011

When Legend Back To Old Trafford-Gary Neville Testimonial Match.

David Beckham, Nicky Butt & Philip Neville adalah special guest pada malam itu. Mereka merupakan kawan baik Gary Neville.
Sesi pemanas badan.
Good Bye Gary Neville.We sorely miss you so much!..

Thursday, May 19, 2011

Silent Mood.

Baru hari ini gua tergerak hati menulis entry bulan May. Lama jugak gua tak update. Tapi apa ada hal, blog gua cerita gua, bukan ada orang nak ambil tau pun. Gua bukan celebriti walaupun pada 18 May 2011 lalu, muka, nama dan pandangan gua terpampang untuk satu ruangan khas di dalam paper. Tapi gua tak kesah semua tu, gua anggap perkara kecil yang telah diheboh hebohkan. 

Rutin harian seperti biasa, kerja dan terus bekerja pada weekday, wedding and wedding when weekend comes. Gua rase bulan May menjadi simbolik untuk bulan perkahwinan kot.Tiada apa yang menarik untuk di ceritakan sebab semuanya seperti biasa, jangan katakan gua sudah kawen, pacar jugak masih belum ada, bagaimana bisa mau kawen dong.Tapi apa ada hal gua tetap cool mencari sinar-sinar kebahagian itu secara perlahan lahan. Memang tidak dapat dinafikan pada umur macam gua sekarang ini memang susah nak tawan hati gegurl. Dah la kurang hensem, ayat tak power mana la nak dapat pikat hati gegurl di luar sana. Itu pada persepsi gua, tapi tak tau la untuk korang yang kacak-kacak di luar sana seperti  En Fairuz .

Move on, move on..jangan cepat putus asa En Nauza. Berilah peluang untuk hati ini membuktikan keikhlasanya untuk mencuri hati itu.. hati itu telah singgah beberapa hari lalu ke dalam hati ini tanpa bergerak semula. hati itu telah menjadi objek yang pegun di dalam hati ini.Serius soft spoken pada yang memahami.

P/s-According to Jose Mourinho, 'The Special One" yang sebenar adalah Sir Alex Ferguson.

You might also like :

Related Posts with Thumbnails