Monday, August 22, 2011

Kadang-Kadang Rimas.

Aku 'rimas' dengan keberjasaan dunia.

Aku 'rimas' dengan ketidakupayaan diri.

'Rimas' dengan kata cilakanya adalah 'Semak'.

Aku 'semak' dengan anasir jiwa.

Aku 'semak' dengan kecuaian minda. 

Rimas membuatkan aku menjadi lebih berdiam diri.
Membuatkan aku untuk berfikir berkali kali.
Terkadang tidak habis fikir tentang nasib di kemudian hari
Apa lagi yang mahu diragui kerana ketidakpercayaan yang di reka sendiri.

Jatuh bangun sendiri
Lebih rela menyendiri
Menguatkan diri untuk lebih berdikari
Jangan sesali di kemudian hari 
Perlukah aku menambah keyakinan diri
Mungkin ini pancaroba peredaran masa sekarang ini
Aku terima dengan rela hati
Sekadar coretan untuk BerMuhasabah Diri.

1 comment:

You might also like :

Related Posts with Thumbnails