Tuesday, August 9, 2011

Acapkali Cerciter Makanan.

Ini bukan cerita brother murtabak 8 tetapi cerita aku suka makan makanan di bazar Ramadhan.

Memang sebahagian hobi aku adalah makan, aku suka makan. Sejak muncul bulan puasa ini nafsu makan aku menjadi begitu rakus mebuak buak. Sebut saje bazar mana, akan aku redah semuanya jika ada masa.

Acapkali jugak aku menyuruh kawan aku di kawasan sekitar mensurvey bazar mana yang mempunyai juadah yang paling mengiurkan dan acapkali jugak aku dimarah kerana bertanyakan soalan yang sama setiap hari.

Kalau dulu zaman kekampusan, untuk ke bazar aku hanya memperuntukan dalam RM10 sahaja utk berbelanja termasuk la murtabak harimau yang di kongsi 4 bersama Encik Apai & Encik Yus serta kemuculan Encik Baim yang kadang-kadang. Tetapi sekarang, aku perlu memperuntukkan sekitar berbelas ringgit untuk berbelanja membeli juadah di bazar.

Acapkali jugak apabila aku sampai di rumah, bonda aku membebel sebegini rupa "ni beli banyak-banyak sape nak makan, suka sgt membazir". Dgn cool nya aku menjawab begini " Mak, bulan puasa ni, bile lagi nak membazir mcm ni, setahun sekali tau, mlm nanti ada 3 round boleh mkn, kalau tak habes boleh buat sahur kan kan kan.".Selamba jer janji aku puas dapat beli.

Acapkali jugak selesai solat teraweh, makanan moreh pulak aku bedal. Balik teraweh aku makan lagi makanan yang tak sempat dihabeskan masa berbuka.Memang kuat makan sekarang ni.

Acapkali jugak aku tak habes fikir makan banyak-banyak tapi badan tetap kerempeng jugak.

Acapkali jugak kalau makanan tu tak sedap, maka nya dengar la bebelan dari aku pulak.

Sape la yang bertuah kawen dengan aku ni, memang aku kayakan kau dengan makanan la. Nak makan apa makan la. Pasal makanan aku tak kedekut langsung. Asal puas, halal & sedap nak makan sampai muntah pon takpe. Takde hal punye. Janji jangan gemuk.Bolehkah begitu. (tak habes fikir).

P/s-Makan utk Hidup atau Hidup utk Makan?

3 comments:

  1. Gua nak makan banyak bila lu turun sini nanti, dan lu yang payung la kan..haha.. Sejak kita tak berbuka sama, gua dah bertambah kurus. Mesti lu tak suka dengar berita tu kan..? Hahaha...

    ReplyDelete
  2. nanti gua sumbat lu mkn byk2 kasi gemuk balik ok.Masalahnye pehal gua makin kurus ni.pelik btl la.

    ReplyDelete
  3. Lu kurus sebab takde awek..hahaha

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails