Sunday, December 5, 2010

Perjalanan Itu Masih Jauh.

Sangat jauh tak tau berapa tahun lamanya..Masih mau meneruskan budaya kebujangan &keremajaan ini sebaik mungkin.Masih banyak yang gua nak gapai, masih tak puas, masih bernafsu & akan terus begitu.

Sampai satu masa, detik & ketika gua akan berhenti, berhenti setelah menemui sesuatu yang pasti, bak kata orang muda sekarang dalam bahasa mulianya yang 'Terbaekkk'.

Gua perlu bergerak, gua perlu berhijrah ke tempat baru tapi bukan sekarang, tahun depan mungkin mencari tempat yang baru, tempat tinggal yang baru yang lebih heaven untuk gua menikmati zaman keremajaan & kebujangan ini. 

Kuala Lumpur ligat bermain dalam kepala gua. Tapi nanti gua pikirkan sedalam dalamnya.

Buat masa sekarang gua masih disini.masih disini. Gua petik sedikit lirik dari lagu kumpulan Estrella-Stay.
Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay


Stay or Move???..

Sunday, November 7, 2010

Aku Dan Air Mata.

Perasaan aku sekarang boleh digambarkan melalui lirik lagu ni..Thanks To Hijau Daun..

Jatuh air mataku iringi remuk redam hatiku
saat ku kehilanganmu
dan hanya rintik hujan yang menemani aku

Di saat aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua dalam dinginnya
aku pandangi hanyalah langkahmu

Wahai kau air mataku
hanya engkaulah tepi hidupku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

Tak bisa aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua dalam dinginnya
aku pandangi hanyalah langkahmu


Jatuhnya pun masih di pangkuku
tak perlu kau berpaling

Di setiap detak jantungku
hanya engkau yang menemaniku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

Thursday, November 4, 2010

Versi Baru Lagu Lagu P Ramlee. ( Muzik Sempoi)


Semua dah ada dalam file nih :) kualiti agak ok :) again Enjoy :) 

‘Tracklisting P. Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi

1. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
2. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
3. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
4. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
5. Altimet [feat Imran Ajmain] • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
6. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
7. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
9. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
10. Pesawat • Ai Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Amirah [of the band TILU] and Najwa Mahiaddin) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
12. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
13. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
14. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
15. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
16. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
17. Meet Uncle Hussain [feat Hazama] • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
18. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)

Lagu Yang Gua bold & highlight kat atas memamg sempoi rentak muziknya..Semua dah bertukar kepada  muzik indie band! Baru Chara!=)


Sunday, October 31, 2010

Sungai Lui By Aizat Amdan.

Lagu ni betul2 peace apabila gua dengar. Lirik yang simple & indah di sertakan dengan bunyi angklung  serta gabungan band membuatkan melodi lagu ini begitu puitis dan indah sekali. Setelah gua hayati banyak2 kali lirik lagu ni takde unsur2 cinta cintun sesame manusia, tapi lagu adalah bertemakan nasihat diselangi dengan cinta kepada terhadap tempat asal kita. Ia mengajar kita suapaya tidak melupakan daratan dan tidak terlalu mengejar dunia semata mata selain itu ,kita juga jangan lupa asal usul kita khususnya kepada anak muda yang sedang merantau di tempat orang. Ada pepatah melayu mengatakan di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung, demikian la nasihat yang cuba di sampaikan oleh Aizat Amdan.

Lirik Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Sunday, October 24, 2010

Johor FC vs Nogori Sombilan.

Gua takde la keciwa sangat tgk kekalahan kat tempat sendiri. tapi gua keciwa sebab datang dlm suasana yang hujan. Akibatnya pagi ni gua dapat demam free.Tapi takpe la minat bola punya pasal. If Man Utd yang main gua lagi sanggup terpacak lebih awal kat stadium tu.Punya la semangat penyokong Johor FC. Gua rase Stadium J Corp kat Pasir Gudang sebelum ni tak pernah penuh pun. Tapi angkara masuk semifinal je stadium tu tiba-tiba penuh.Tapi lepas 45 minit gua berada dalam stadium, gua rase penyokong Johor FC ni takde la fanatik sangat macam penyokong Nogori Sombilan. Gua rase penyokong Johor FC ni segan-segan nak bersorak then tak tau nak bakar-bakar semangat player. Yang dorang tau buat mexican wave & kutuk-kutuk player Nogori serta pengadil.Mula la ayat-ayat yang tak senonoh keluar. Adegan baling-baling botol & sampah pun terjadi jugak, FRU plak goyang kaki kat atas stadium. Gua tak tau la fenomena apa yang merasuk bola sepak malaysia ni . Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Bila la mentaliti orang malaysia ni nak berubah..Gua perhatikan je gelagat-gelagat manusia ni.Musnah harapan gua nak panjat Stadium Nasional Bukit Jalil..Berkurun menunggu ni..Tapi takpe la..so far so good la untuk Johor FC boleh pegi sejauh ni..Jom tgk lensa lensa yang sempat gua snap dari dalam & luar stadium.

Tiket masuk stadium..masuk free pon blh sebenarnya sebab member gua lagi 2 orang dpt cilok masuk macam tu jer.
Sebelah kiri penyokong Nogori, sebelah kanan penyokong Johor FC.
Semangat Sang Lebah, Tapi lebah sengat tak mengancam lor.
2nd half On The Way.
Penalti la pulok.
Budak milo jadi mangsa keadaan sebab malas nak kutib bola. Mlm tu terpaksa la dia di labelkan sebagai sampah masyarakat. Gua tak tahan nak gelak tengok aksi ni.kesian budak milo ni.hahahaha.
Injury time..time ni gua sedang melangkah keluar stadium.musnah harapan gua nak panjat Bukit Jalil.
Ya Kassim..selalu ada di mana gua berada.die lagi kesian Melaka tak penah pegi sejauh ni pon.hahaha
Gua dah siap2 nak balik ni, tapi gua tunggu si apex, panda n daus. mentang2 nogori die menang.
Dari kiri. gua, panda, apex (anak jati nogori), kassem & cameran daus ..Dah jom balik, naseb baik lu tak poyo dengan gua apex, kalo tak gua tinggal lu balik naik bus.hahaha.
Dah jom balik..cukup2 la tu berpoya poya..

Sunday, October 17, 2010

Biarkan Begini...


Puas sudah aku cuba melupakan Put3areu namun tidak semudah yang di jangka..Hampir setahun lebih aku memendam perasaan ini tiada siapa yang mengerti  lubuk isi hati ini. Memang di luar nampak happy selalu tetapi jiwa yang ada di dalam ini kadang-kadang tersentuh di buai oleh cinta tak berpenghujung..

Aku tidak rela manghambakan diri ini untuk jatuh cinta kepada sesiapa melainkan seorang wanita yg aku kenali sebagai Put3areu.Bukan bongkak tetapi memang pahit hakikat yang harus aku telan. Tiada apa yang aku harapkan selain mendapatkan cinta sejati yang akan dikurniakan oleh Allah swt, aku menunggu kurniaan yang akan di anugerahkan oleh Allah swt  dengan sabar dan tidak taksub untuk bercinta semula. Biarlah ia hadir pada satu saat nanti yang aku sendiri tidak tahu bila, dimana, dengan siapa, bagaimana ia terjadi. Semua itu ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. 

Biarkan aku melalui hari hari dengan tenang tanpa perlu ada komitmen kepada insan yang bernama wanita, bukan aku membenci tetapi aku sudah terbiasa sejak setahun yang lepas. Sukar untuk aku membina komitmen itu semula dan komitmen itu mungkin hanya pada gadis yang bernama Put3areu.

Mujurlah aku tidak terpesong jauh di kala aku terpikirkan beliau. Aku masih berfikiran waras, dengan akal yang dikurniakan oleh-Nya aku harus bijak menguasai keadaan di sekeliling aku.

Kepada orang-orang yang telah aku lukai, aku mintak maaf, biarkan aku begini..aku rela terus begini dan begini. Biar cinta itu hadir tanpa perlu dipaksa..Biar masa sahaja yang menentukannya..Insyaallah, kita akan temui bahagia itu walau dengan sesiapa pun kita akhirnya nanti..Berdoalah supaya kita tidak dipertemukan dengan orang yang salah.

Cinta itu indah belaka
Tiada mudah untuk memilikinya
Cinta itu tercipta bukan untuk direka
Jika harta dan rupa jadi peranan
Bersedia hati untuk dipermainkan.

Selagi boleh bertahan diri
Teruskanlah bermimpi
Jika setia dan jujur jadikan pilihan
Itulah bahagia tiada tandingan.

Saturday, October 9, 2010

Kalau Berpacaran.

Ni tajuk lagu sebenarnya..Gua pon tak penah dengar sebelum ni & tak update pon lagu baru2 ni..Mana yang singgah kat telinga je gua layan..Sedang tiba2 gua drive keta sorg2 dari Segamat ke Batu Pahat, gua lyn Sinar Fm, lagu ni muncul plak menarik perhatian telinga gua untuk dengar..Mana tak nya, gua kan peminat setia Ana Raffali...Cikaro ni berduet dgn Suhaimi Mior Hassan rupanya...Boleh lyn jugk rentak dia..then gua tukar channel Era Fm...Muncul lagi lagu ni...Ana Raffali, u memang sempoi la...gua respect lu...Jom layan lagu ni...Gua suke Chorus ni "Boleh Pandang Pandang, Jangan Pegang Pegang, Duduk Renggang Renggang, Bertambah Sayang".Wakakakaka...

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x


Saturday, October 2, 2010

Konvokesyen Kali Kedua.

Suatu ketika dulu sekitar tahun 2007 aku naik stage ambil Diploma dari tangan Naib Canselor UTM, Isnin lepas sekitar bulan 9 aku naik stage untuk ambil Ijazah dari tangan Pro Canselor UTM..Masa hadapan aku naik stage untuk ambil Master or PHD pulak (yang ini mustahil aku rase sebab aku dah malas nak belajar sebab 'Kecintaan Ilmu' tidak sehebat seperti dulu)..Actually, aku hepi sebenarnya jadi graduan UTM.Apa pun jom layan lensa2 yang sempat aku & kwn snap ketika sebelum & selepas konvokesyen berlangsung.
 Gambar ini di ambil selepas pendaftaran untuk majlis konvo pada petang itu..Apai memang betul2 buat perubahan pada rambut versi yang ajaib. Selama 6 tahun kitorang study sama tak penah pulak aku nampak dia buat rambut ala-ala Paulo Ferreira.Zmn Skin Head apai dah berakhir kot.Tau la kau peminat setia Chelsea..Wakakka..Baiman pulak tak berubah bentuk badan, still keding macam dulu..Apa rahsia En Baim agaknya..Hanya dia yang tau..
Mencari keselesaan & menyesuaikan diri dgn beban yg lekat di bdn dan di atas kepala. Naseb baik la hujan time tu, kalo tak mau rentung gua kat situ..Apai di kalungkan dgn medal juara bina badan antara universiti.hahahahaa..
Ketika ni tengah beratur nak masuk Dewan Sultan Iskandar.Pehh..member2 gua yang kacak berpakaian jubah..Ni je la masa dapat bergambar dgn mereka2 ni, lepas istiadat konvo terus hilang ntah ke mana..masing2 dah bubar.Takde peluang nak bergambar gaya bebas..

Sekarang di dalam dewan pulak..penat ni menunggu untuk naik ke stage, naik bosan sudah....Asik gelakkan orang yang naik stage jer..Yus & Baim perangai tak berubah jugak. Still same mcm dulu2..
Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai yang tersergam indah..
Photoshot dgn family aku dalam suasana hujan renyai2..Hujan rahmat kot..Aku tak marah kamu hujan..
Ni adalah di antara bunga dan cenderemata yang aku dapat semasa konvo degree aku aku. Laki2 pon dpt bunga jugak ker..bunga2 tu dari adik pompuan & mak aku.Cenderahati tu pulak aku terima dari seorang junior aku Azlin namenye..Tima kaseh utk korg semua..Aku betul2 hargainya..
Dan akhirnya....akhirnya aku jadi graduan UTM versi ijazah pulak pada tahun ini.Thanks UTM & Pensyarah2 Fakulti Kejuruteraan Sains & Geoinformasi yang banyak memberi peluang kepada aku untuk  mnelanjutkan pelajaran di sini. Tahniah baru2 ini UTM telah di iktiraf sebagai Universiti Penyelidikan.Tidak akan aku lupakan kenangan manis & pahit sepanjang 6 tahun di UTM.Akan aku jadikan kenangan abadi untuk aku sharing dengan anak2 suatu masa kelak.

Tuesday, September 21, 2010

Hari Terakhir Kamek Berlibur.

Member gua merangkap adviser pakaian gua.. Faiz a.ka Iteng
Kaki Pancing Yang Berjiwa Tabah. Ikan kecik2 je dpt..wakakaka
 
 Merenung masa depan der...Cpt2 la pulang ke semenanjung der..
Gua dh rase aura Old Trafford..Sejuk Banget duk tepi Pantai.Glory..Glory Man Utd..

Location = Pantai Sungai Lurus.
Times = 9 mlm - 12 mlm
Purpose = Berlibur, Lyn Kaki Pancing, Ngeteh, Tukar Opinion, Berkongsi Masalah, Cari Solution..
Prospects Iteng & Toyek= Dpt Beli Rumah, Dpt Calon isteri, Dpt Kesempurnaan Hidup di Dunia & Akhirat.

Ucapan Khas Utk Iteng---> Berhentilah Merokok Dengan Kadar Segera..
Nyawa Di Tangan Kitak (awak)..

You might also like :

Related Posts with Thumbnails