Thursday, November 10, 2011

Adab Study Untuk SPM.

Actually entry ini gua tulis untuk semarakkan calon-calon malang SPM next week. Gua jugak tidak terlepas daripada mempunyai seorang adik yang malang untuk mengambil SPM minggu depan. Gua sebagai abang yang paling berkuasa dalam rumah sekadar jadi pemantau & pemerhati bagaimana dia mengekspresi corak pembelajaran dia.cewah ayat nak mcm ahli akademik pulak yop.

Sedang gua menulis entry ni, gua sempat menjengah ke bilik dia, kejadah apa yang dia sedang study. Gua dah lame syak, dalam hati gua tak guna punye budak, buku kat depan, handphone kat tangan kanan duk tekan-tekan keypad. Gua syak dia sedang main sms dgn awek atau skandal-skandal dia. Gua malas nak jerit sebab gua dah terbiasa nampak dia study sambil main sms. Memang tak sopan kan. Zaman gua dulu takde nak dpt peluang main handphone, dulu memang klasik habes pakai telefon rumah kalau rase nak bergayut. Rarely sekali kalau pegi Public Phone.

Lagi satu trend, study sambil bukak fesbuk. Kalau dah bukak fesbuk memang mengulangkaji fesbuk jawapnya. Kau punya Matematik, Kimia, Fizik dah jadi bahan bual dlm fesbuk. Kalau 5 minit duk hadap fesbuk takpe, ni sampai berjam jam ape kejadah. Ingatkan ulangkaji bagai nak rak, rupanya kau hadap fesbuk. kalau calon perempuan lagi lame kot hadap fesbuk siap main Angry Bird gua rase. Memang hanyut ke lautan fesbuk jawapnya. Besok pergi exam kau bagi jawapan yang paling bangang.


Trend lain yang gua boleh nampak kat rumah gua adalah berlakon pegi kedai beli topap. Yang ni memang dah lama gua perhatikan, kalau tiba-tiba dia macam dah 'penat study'., dia keluar start motor pegi kedai. Katanya nak beli topap. korang bayangkan pegi beli topap sampai berjam jam baru balik. Memang balik kena sekolahkan dengan bapak gua la. Nak advance bebelan mak gua. Pergh, memang pedas gua ckp sama lu. lebih pedas dari masak lomak cili api. Telinga kau kalau tak asah betul-betul memang boleh keluar api.

Cita-cita tinggi melangit ketujuh nak masuk U, ambil kos Sains Sukan nak jadi atlet negara nak jadi pengganti Khairul Fahmy Che Mat. Tapi gua tengok macam melepaskan batuk di tangga. Kalau study pon ala kadar, result pun ala kadar je la.Budak budak baru nak naik susah nak makan nasihat. Sukan entah kemana, akademik pun entah kemana.


Memang kau rase selesa dengan apa yang kau ada sekarang, Mungkin kau takkan dpt kecapi keselesaan macam ini lagi bila kau dah mula terfikir soal bekerjaya & menghadapi masa depan.


P/s-Gud Luck For Your SPM Examination 2011 Brokozim.

4 comments:

  1. Lu punya kisah kat atas ni macam kisah hidup lu je.

    Okey, kembali ke masa lampau seketika...

    Masa kat U, lu study sambil SMS dan berfesbuk kan..?? Hahaha...

    ReplyDelete
  2. zaman u dgn zmn persekolahan dua keadaan yg berbeza jack..

    gua main fesbuk je dulu2.takde sape nak sms gua pon.hahahak

    ReplyDelete
  3. Really??

    Lu lah manusia paling dahsyat masas nak exam.

    YM sebelum makan, fesbuk selepas makan, SMS semasa makan. Dengan SQ. Hahahaha...

    Tu tak dahsyat ke..?

    ReplyDelete
  4. hahahak..lu memang tak boley blah..SQ tu skandal je pon dulu.1 kelas tau bhai.

    YM, fesbuk, sms ape lagi..Exam gua score jer ape.Ape adahal.hahahak

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails