Belek-belek helaian kerja yang gua rase malas nak selak memang cilaka bukan. Kalau boleh gua nak pass kerja mcm passing baton utk acara relay 4x400meter kat orang lain. Kalau boleh dah lama gua praktikkan. Bolak balik cerita soal kerja, Ah, bosan lah cerita kerja. Gua nak share dengan lu orang satu cerita yang lagi kool dari lu orang punya kerjaya. Mungkin lu orang doktor, arkitek, penilai (seriusly takde apa nak di banggakan) dan famously student pasti pernah merasa nikmat keluar malam atau bahasa sains nya kutu embun atau kutu malam. Dulu masa zaman kekampusan memang setiap hari bertukar jadi kutu malam. Pada pendapat gua, jadi kutu malam zaman kekampusan memang lagi heaven dari jadi kutu malam time sekarang. Percaya bukan. Haruslah percaya.
Lately ni gua rajin jugak keluar malam untuk berkongsi mata dengan teman-teman gua. Makna nya gua tengah lalai, leka, stress dan buntu. Mungkin sahaja ayat-ayat puaka teman gua yang buat gua ringankan kaki untuk melangkah keluar, selaras dgn status single bukan singlet gua, gua layankan jer, mungkin kalau ada bini mahu nya gua hitung baik-baik dulu. Biase lah kalau melepak sekali dengan org yg dah berumahtangga dan bertunang pasti rencah-rencah perbualan tu lebih terarah kepada hal mereka, gua yang bujang ni memang tadah telinga dan celah sikit-sikit bila perlu. Gua rasenye lebih selesa kalau dapat melepak dengan yang bujang-bujang sahaja, tapi nak buat caner, kwn baik sekolah, kwn ponteng kelas, satu team bola sepak. karang kalau tak join lu orang kata gua dah mati. Itu perli paling jahanam yang penah gua dengar.
Nak di jadikan story, gua dengan 4 orang lagi kawan gua ni sedang menyesatkan diri kat warung la kan. Biaselah nama pun duk perkampungan, warung lebih jadi pilihan kutu-kutu kampung. 2 daripadanya dah bertunang & berkahwin.2 lagi masih bujang mcm gua. Gua lihat jam tangan gua, jam menunjukkan jam 12.45 pagi. Gua dengar handset berbunyi, siap ringtone 'Justin Bibir'. Gua teliti kepunyaan siapa la kan, gua syak member gua yang dah kawen, sekali betul. Memang gua rase nak sound je pesal die pakai ringtone mcm tu. Memang tak boleh blah. Mcm takde ringtone lain yang lu nak pakai. Gua syak mesti mesti bini dia kol, syak gua tak salah. Member gua kena maki dengan bini die. Gua ckp padan muka kau, kau berlagak mcm kau bujang pulak kan, sedor la diri sikit dah jam berapa ni patutnya kau dgn bini kau time-time mcm ni sedang 'melayar bahtera di Sungai Amazon utk sampai ke puncak Himalaya', Erk, ayat epic habes.gua bersungguh sungguh perli. Member-member gua yang lain apa lagi menambah baikkan la maksud kelucahan di situ. Member gua redha dan tak membantah pun. (Sebenarnya mlm tu, member gua tersesat habes. Maybe dia hilang ingatan sementara)
Kesimpulannya, mana-mana lu orang yg dah sah berkahwin, tak payah la nak tunjuk hebat depan orang-orang bujang dengan mencipta ayat 'bini aku tak kesah'. Nah..ni la bahana kalau terlajak perahu boleh undur, terlajak kata binasa. Nah..pegi meninggal la siapa yg berani ckp 'bini aku tak kesah'. Ayat puaka mcm tu memang gua tak boleh terima sebab lu orang hipokrit sebenarnya. Gua yang tak kahwen lagi ni pun tahu nak fikir matang-matang. Memang betul kata manusia. tak semua kehidupan yang kita nak perfect dapat. Memang takkan dapat yang perfect cuma kita boleh memperbaiki & meningkat. Sekali lagi gua ingatkan, boleh diperbaiki & dipertingkatkan.Cewah...mentang-mentang gua sedang belajar tentang seseorang so ayat-ayat monolog mcm ni biase la terkeluar.
Nak menjaga hati isteri kena pandai menjaga hati seorang Bonda.
Nota Masterchef-Cara masak lempeng. kalau kita tak balik-balikkan kan lempeng tu & jaga api betul-betul, lempeng itu akan hangus. serupa juga dengan hati isteri kita.
Gua syak lu nak kawen dalam masa terdekat ni. Bulan 3 tahun depan, mungkin.
ReplyDeleteHahahaha...
Ko ni da wajib kwen nie.. Entry2 ko byk cam ko sunyi nie.. Tu y kua mlm hlgkn ksyian tu..hahahaha..
ReplyDeleteApai- sometimes shit to be happen.hahahak
ReplyDeleteYusnizang- gua tak sunyi sebab gua ade PS2 kat rumah.hahahak