Tahniah kepada Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea yang telah dimenangi 2 tahun yang lalu di Laos. Di sebalik kejayaan itu gua dapat rumuskan ada beberapa muka yang mencuri perhatian gua sepanjang kejohanan berlangsung. Pada pemerhatian gua, yang paling femes di kutuk sepanjang kejohanan adalah mamat kepala banana, Ahmad Fakri Saarani.
In Fakri We Trust. Fakri In My Blood. Fakri Is My Life. Gua rase Azrai Khor orang yang paling tak senang duduk tengok aksi Fakri.
Yang jersey no.21 power, Muhammad Nazmi Faiz baru 17 tahun tak ambil SPM tahun ni. Umur baru 17 tahun tapi corak permainan macam player umur 27 tahun. Gua salute budak power ni sebab gaya dia kawal bola mcm Jack Wilshere & David Silva. No. 18, Syahrul Azwari pon power jugak.
"Nazmi, lepas ni kalau Manchester United offer lu main kat sane, lu jangan lupa mensyen nama gua kat Atuk Fergie okay".
Asrararuddin Putra Omar, gua ada jugak dapat beberapa sms yang mengatakan Asra ni kembar gua, gua peduli apanya korang nak ckp macam tu.
"Bang, lepas ni kalau ada orang panggil kau Azuan, kau iyakan je okay, aku tak kesah".
Statement lama Asra, " Saya dan Rozita Che Wan hanya kawan sahaja".
"Saya tak tahu adakah saya akan dikurniakan gelaran 'Datuk' apabila pulang ke tanah air nanti sebab saya lebih berharap akan di anugerahkan gelaran 'Tan Sri'.
Ferdinand Sinaga, nama pun dah ganas, tengok muka mcm lejen tapi main macam sampah. Lagi hebat & ganas Rio Ferdinand gua yang beraksi utk Manchester United.
"waduh, gawat ini, time gini gue rase mau pipis, nahan dulu kok".
'Nak Mempertahankan Lagi Susah Untuk Memenanginya'
SYABAS & TAHNIAH HARIMAU MUDA !
Mula-mula ingat nak tempek gambar Dahlia Teck, skandal KFCM, tapi bila gua google Dahlia Teck, gua tengok Rozita Che Wan lagi gojes daripada Dahlia Teck, maka nya ini Free gift untuk semua.
Sebelum gua memulakan sesi minggu
penghargaan ini, gua nak beritahu yang gua sebenarnya tak berapa nak
aktif & tak sihat. Badan gua memang tak sihat tapi akal gua tak
injured. Gua gagahkan juga untuk menulis bagi melahirkan rasa menghargai
itu penting dalam hidup gua sempena minggu penghargaan ini. Ayat
'Terima Kasih" itu cukup besar makna nya. Bagi gua, menjadikan diri kita
dihargai itu lebih penting sebelum kita menghargai orang lain. Gua
ulang, hargai diri sendiri dulu baru hargai orang lain. Dengan keadaan
seperti ini kita akan saling hormat menghormati. Baik, cukup dengan
mukadimah, gua dah boleh memulakan acara penghargaan ini.
Firstly,
ucapan terima kasih gua boleh di simbolikkan dengan rasa bersyukur tak
terhingga kepada Allah s.w..t kerana sampai saat dan ketika ini gua
masih diberikan nyawa untuk terus menghirup oksigen yang di bekalkan
dengan percuma ini. Celik-celik gua bangun tidor, gua sedar yang gua
harus ucapkan Alhamdulilah sebanyak mungkin.
Secondly,
ucapan terima kasih gua ditujukan kepada Bonda & Abah yang telah
membesarkan Abang. Terima kasih kepada bonda kerana telah melahirkan
Abang pada 1 April 1986 walaupun Abang tak sempat nak tengok 1st match
Manchester United pada tahun itu kendalian Sir Alex Ferguson selepas
dilantik sebagai Manager baru Manchester United menggantikan Sir Matt
Busby. Kepada Abah, terima kasih Abang nak ucapkan kerana telah
mengazankan di telinga dan memberikan nama yang baik kepada Abang
walaupun Abah tak namakan Abang dengan nama David De Gea atau Cristiano
Ronaldo. Terima kasih juga kepada Bonda & Abah sebab telah
memberikan kehidupan yang selesa selama 25 tahun kepada puteramu ini
walaupun Puteramu ini kadang-kadang beperangai macam setan & lalai
dengan kehidupan. Terima kasih kepada Abah juga sebab rajin rotan Abang
mase kecik dulu sampai berbirat. (syok tu Bah). Terima kasih kepada
bonda juga sebab setiap kali Abah rotan Abang, Bonda yang selalu sapukan
minyak kat punggung atau kat badan untuk kurangkan kesakitan. Kalau
dorang tau yang gua suka merepek dalam blog, mesti dorang terharu
mendengar ucapan penghargaan gua ini. Tak penting, yang paling penting
gua ikhlas dengan apa yang gua tulis di sini.
Thirdly,
gua nak ucapkan terima kasih kepada adik beradik gua Mohd Azim, Nor
Aziane & Nor Azila kerana menjadi peneman hidup abang selama 25
tahun. Walaupun abang selalu marah & tegas terhadap korang tetapi
abang tetap sayangkan korangkan kerana menurut pepatah. air di cincang
takkan putus. Terima kasih kepada Mohd Azim kerana menjadi peneman abang
untuk berjoging, bershoping, menonton perlawanan bola Manchester United
bersama. Terima kasih juga kepada Nor Aziane kerana menjadi peneman
Abang di kala Abang putus cinta walaupun nasihat yang kau berikan
langsung tak berguna untuk abang. Terima kasih kepada Nor Azila kerana
merelakan diri selalu di buli oleh Abang kau yang perangai macam setan.
Sebenarnya banyak sangat list appreciation gua ini. Tapi gua lanjutkan jugak.
Fourthly,
gua nak ucapkan terima kasih kepada Miss Sincerely sebab jujur dengan
gua. Insyaallah saya akan jadi teman sebelah awak sampai bila-bila. Awak
hanya perlu ingat, saya akan sentiasa ada dibelakang menyokong &
jadi pertahanan terakhir awak. Mcm bola sepak kan.This
is promise me. Gua petik bait-bait lagu dari kumpulan Backstreet Boys
"I don't care who you are, Where you're from, What you did". Buat Miss
Sincerely, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya sehingga ke hari
ini. Setiap hari saya memikirkan kamu, bangun tidor saya sentiasa ada
kamu. Walaupun jarak kita 500 kilometres jauhnya dari segi
penampakannya,
tetapi awak tetap di hati saya. Percayalah keikhlasan hati saya tak
pernah bosan & menipu. Terima kasih juga kerana telah muncul dalam
hidup saya untuk menjadi satu sumber inspirasi bagi saya. Terima kasih
juga kerana telah melembutkan hati saya yang kering selama ini. Terima
Kasih Miss Sincerely.
Lanjutkan
lagi, sebab lepas ini lagi banyak ayat 'Terima Kasih' yang korang akan
lihat. Tapi gua nak tampal iklan lagu dulu. lagu feveret gua jugak ini.
Baiklah, sekarang boleh sambung.
Fifthly,
sesi penghargaan gua dilanjutkan kepada coach & cikgu-cikgu sekolah
gua terutamanya kepada Cikgu Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu
Hamzah, Cikgu Salmah, Cikgu Fong, Cikgu Ramli, Miss Ong. Kepada Cikgu
Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu Hamzah terima kasih sebab
berikan saya training yang sangat hebat sampai saya termuntah hijau
& injured yang hasilnya membawa saya mewakili negeri Johor dalam
acara Olahraga. Sebenarnya gua lebih mengharapkan dapat mewakili Johor
dlm acara Bola Sepak tapi coach gua ckp gua takde bakat dlm sukan Bola
Sepak.Ceh, tak guna punya ayat. Kepada Cikgu Salmah, Cikgu Fong &
Cikgu Ramli terima kasih sebab menjadikan saya meminati subjek Kimia,
Add Math, Matematik & Bahasa Melayu sebagai subjek wajib saya dapat
A1.Terima kasih Cikgu! Saya rasa tak berguna sebab saya tak jadi
Engineer atau Ahli Kimia. Tetapi saya menjadi seorang penulis blog yang
tak berguna, mesti Cikgu banggakan.
Sixthly,
Gua nak ucapkan terima kasih kepada Ex-Ex Girlfriend & skandal gua, gua rase tak
perlulah nak mensyen siapa orangnya, terima kasih kerana telah
menjadikan gua seorang manusia yang berguna di mata wanita. Gua nak
mintak maaf selama ini perangai setan gua telah membuatkan ada pihak
yang tak berpuas hati dengan gua termasuk korang semua. Terima kasih
kerana pernah muncul dalam hidup gua buat sementara. Terima kasih kerana
telah menjadikan gua seorang lelaki yang lebih matang dalam hal
percintaan ini, terima kasih atas nasihat yang telah korang telah
curahkan selama ini. Gua juga nak mintak maaf atas segala kelakuan buruk
yang telah gua tunjukkan kepada Ex-Ex & skandal semua. Mana yang baik gua akan
sentiasa ingat, mana yang buruk telah lama gua lupakan okay. Yang paling
utama, sempena minggu penghargaan ini gua nak ucapkan terima kasih
kepada Ex-Ex sebab tidak memusuhi gua sampai hari ini. Peace yo!
Seventhly, To all geng Suzuran Housen, Apai, Yus, Nizam, Pak Tam,
Baiman & Jai. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan gua selama 6
tahun zaman kekampusan, korang semua memang sempoi & lucu sepanjang
masa. To Apai, terima kasih kerana banyak mengajar ilmu persetanan yang
gua tak pernah jumpa selama ini & ikan lu banyak berjasa. Buat Yus,
terima kasih sebab selalu pinjamkan gua sabun mandi di saat gua
kehabisan sabun mandi masa di kolej dulu. Kepada Pak Tam, terima kasih
kerana selalu menjadi bahan kekalahan untuk gua menang main PES 2010
dengan jumlah jaringan yang besar. Kepada Baiman & Jai terima kasih
menjadi peneman gua makan malam, gua masih ingat, lepas makan je korang
ajak karok. Walupun suara korang semua mcm badak sumbu, tetapi gua tetap
layan. Buat Nizam a.k.a KN, terima kasih sebab sudi melengkapkan geng
Suzuran ini. Terima kasih kepada semua geng kerana tanpa korang Suzuran Housen ini akan berkubur.
Eighthly,
To young warlock, Merlin, Lady Morgana, Arthur Pendragon, Uther
Pendragon, Gaius, Terima kasih sebab menjadikan drama Merlin season 1-4
sebagai drama siri wajib yang gua tak pernah miss sepanjang musim.
Ninethly, untuk kawan-kawan sekolah, to wan, terima kasih kerana menjadi rakan ponteng kelas bahasa inggeris, walaupun lu rase sangat bersalah bila buat macam itu. Sobri, terima kasih bersubahat cover line semasa gua dengan Wan, Ajib, Surabong, Hairi, arwah Hanafiah ponteng kelas. Buat Faiz a.k.a Iteng, terima kasih sebab menjadikan gua lebih advance untuk menjadi lelaki maskulin, terima kasih juga atas nasihat maskulin lu itu, sebagai balasan gua doakan supaya lu berkahwen dengan orang asli kat Sarawak sana. Buat Paan, Calob, Idin, Ikhwan, Sawi, Len, Ikin, Yati terima kasih jadi peneman kawan sekolah gua yang paling berguna. Sebenarnya gua tak larat nak sebut semua sebab banyak sangat, gua tulis mane yang terlintas dalam akal gua, mana yang gua tertinggal jangan terasa pulak sebab pada dasarnya terima kasih kepada semua memenuhi sekeliling gua.
Tenthly, untuk kawan-kawan universiti terutama Kasem, terima kasih menjadi abang yang paling baik dan berguna buat gua. Terima kasih juga sebab menjadi abang yang banyak menolong adiknya. Walaupun ramai kawan-kawan sekeliling tidak bersetuju dengan tindakan lu untuk menjadikan gua adik lu. Tapi gua tak kisah sebab lu sangat baik. Itu gua tahu. Fenomena jeles sudah menjadi kebiasaan rasenye. Terima kasih Aza sebab menjadi kawan gua yang banyak mendengar gua mencarut & mengeluh sepanjang gua tempuhi alam pekerjaan ini. Walupun lu cakap gua ni jawa yang tak guna. gua tak kesah & amek hati okay. Terima kasih atas penghinaan lu itu.
Eleventhly, to all Manchester United lovers, Ayan, Rezam, Ad, Zamel & ramai lagi. Terima kasih kerana menyokong Manchester United selamanya.Terima kasih untuk Sir Alex Ferguson sebab menjadikan pasukan bola sepak feveret gua yang terhebat di abad ini.
Twelvethly, to Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo. Terima kasih pernah menjadi pemain pujaan gua. Buat band-band Nirvana, The Stroke, Franz Ferdinand, Radiohead, Oasis, Coldplay, Sum 41, Muse, Maroon 5 terima kasih sebab menyediakan lagu lagu yang menyenangkan hawa telinga gua.
Finally, to all staff tempat gua cari makan, terima kasih gua nak ucapkan. Kepada Rusli, terima kasih sebab banyak mengajar gua yang degil ini. Terima kasih Siew Mei sebab selalu mendengar keluhan kerja gua semasa di office. Buat Kak Liha & Kasturi, terima kasih kerana memeriahkan opis dengan gosip-gosip panas korang yang mengurangkan stress gua. Terima kasih juga kepada semua staff keran prihatin terhadap gua, andai internal transfer yang di offer gua terima kelak, pasti gua akan rase bersalah dengan korang semua. Ape pun, terima kasih kerana pernah menjadi opismate gua.
Rasenye gua dah boleh tutup acara minggu penghargaan ini. Gua syak juga, ini entry yang paling panjang gua taip. Tak kesah la, yang penting gua dapat semburkan ucapan Terima Kasih ini kepada korang semua. Ingatlah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ringan-ringakan la mulut kita untuk mengucapkan Terima Kasih.
Actually entry
ini gua tulis untuk semarakkan calon-calon malang SPM next week. Gua
jugak tidak terlepas daripada mempunyai seorang adik yang malang untuk
mengambil SPM minggu depan. Gua sebagai abang yang paling berkuasa dalam
rumah sekadar jadi pemantau & pemerhati bagaimana dia mengekspresi
corak pembelajaran dia.cewah ayat nak mcm ahli akademik pulak yop.
Sedang
gua menulis entry ni, gua sempat menjengah ke bilik dia, kejadah apa
yang dia sedang study. Gua dah lame syak, dalam hati gua tak guna punye
budak, buku kat depan, handphone kat tangan kanan duk tekan-tekan
keypad. Gua syak dia sedang main sms dgn awek atau skandal-skandal dia.
Gua malas nak jerit sebab gua dah terbiasa nampak dia study sambil main
sms. Memang tak sopan kan. Zaman gua dulu takde nak dpt peluang main
handphone, dulu memang klasik habes pakai telefon rumah kalau rase nak
bergayut. Rarely sekali kalau pegi Public Phone.
Lagi
satu trend, study sambil bukak fesbuk. Kalau dah bukak fesbuk memang
mengulangkaji fesbuk jawapnya. Kau punya Matematik, Kimia, Fizik dah
jadi bahan bual dlm fesbuk. Kalau 5 minit duk hadap fesbuk takpe, ni
sampai berjam jam ape kejadah. Ingatkan ulangkaji bagai nak rak, rupanya
kau hadap fesbuk. kalau calon perempuan lagi lame kot hadap fesbuk siap
main Angry Bird gua rase. Memang hanyut ke lautan fesbuk jawapnya.
Besok pergi exam kau bagi jawapan yang paling bangang.
Trend
lain yang gua boleh nampak kat rumah gua adalah berlakon pegi kedai
beli topap. Yang ni memang dah lama gua perhatikan, kalau tiba-tiba dia
macam dah 'penat study'., dia keluar start motor pegi kedai. Katanya nak
beli topap. korang bayangkan pegi beli topap sampai berjam jam baru
balik. Memang balik kena sekolahkan dengan bapak gua la. Nak advance
bebelan mak gua. Pergh, memang pedas gua ckp sama lu. lebih pedas dari
masak lomak cili api. Telinga kau kalau tak asah betul-betul memang
boleh keluar api.
Cita-cita
tinggi melangit ketujuh nak masuk U, ambil kos Sains Sukan nak jadi
atlet negara nak jadi pengganti Khairul Fahmy Che Mat. Tapi gua tengok
macam melepaskan batuk di tangga. Kalau study pon ala kadar, result pun
ala kadar je la.Budak budak baru nak naik susah nak makan nasihat. Sukan
entah kemana, akademik pun entah kemana.
Memang
kau rase selesa dengan apa yang kau ada sekarang, Mungkin kau takkan
dpt kecapi keselesaan macam ini lagi bila kau dah mula terfikir soal
bekerjaya & menghadapi masa depan.
P/s-Gud Luck For Your SPM Examination 2011 Brokozim.
Belek-belek helaian kerja yang gua rase malas nak selak memang cilaka bukan. Kalau boleh gua nak pass kerja mcm passing baton utk acara relay 4x400meter kat orang lain. Kalau boleh dah lama gua praktikkan. Bolak balik cerita soal kerja, Ah, bosan lah cerita kerja. Gua nak share dengan lu orang satu cerita yang lagi kool dari lu orang punya kerjaya. Mungkin lu orang doktor, arkitek, penilai (seriusly takde apa nak di banggakan) dan famously student pasti pernah merasa nikmat keluar malam atau bahasa sains nya kutu embun atau kutu malam. Dulu masa zaman kekampusan memang setiap hari bertukar jadi kutu malam. Pada pendapat gua, jadi kutu malam zaman kekampusan memang lagi heaven dari jadi kutu malam time sekarang. Percaya bukan. Haruslah percaya.
Lately ni gua rajin jugak keluar malam untuk berkongsi mata dengan teman-teman gua. Makna nya gua tengah lalai, leka, stress dan buntu. Mungkin sahaja ayat-ayat puaka teman gua yang buat gua ringankan kaki untuk melangkah keluar, selaras dgn status single bukan singlet gua, gua layankan jer, mungkin kalau ada bini mahu nya gua hitung baik-baik dulu. Biase lah kalau melepak sekali dengan org yg dah berumahtangga dan bertunang pasti rencah-rencah perbualan tu lebih terarah kepada hal mereka, gua yang bujang ni memang tadah telinga dan celah sikit-sikit bila perlu. Gua rasenye lebih selesa kalau dapat melepak dengan yang bujang-bujang sahaja, tapi nak buat caner, kwn baik sekolah, kwn ponteng kelas, satu team bola sepak. karang kalau tak join lu orang kata gua dah mati. Itu perli paling jahanam yang penah gua dengar.
Nak di jadikan story, gua dengan 4 orang lagi kawan gua ni sedang menyesatkan diri kat warung la kan. Biaselah nama pun duk perkampungan, warung lebih jadi pilihan kutu-kutu kampung. 2 daripadanya dah bertunang & berkahwin.2 lagi masih bujang mcm gua. Gua lihat jam tangan gua, jam menunjukkan jam 12.45 pagi. Gua dengar handset berbunyi, siap ringtone 'Justin Bibir'. Gua teliti kepunyaan siapa la kan, gua syak member gua yang dah kawen, sekali betul. Memang gua rase nak sound je pesal die pakai ringtone mcm tu. Memang tak boleh blah. Mcm takde ringtone lain yang lu nak pakai. Gua syak mesti mesti bini dia kol, syak gua tak salah. Member gua kena maki dengan bini die. Gua ckp padan muka kau, kau berlagak mcm kau bujang pulak kan, sedor la diri sikit dah jam berapa ni patutnya kau dgn bini kau time-time mcm ni sedang 'melayar bahtera di Sungai Amazon utk sampai ke puncak Himalaya', Erk, ayat epic habes.gua bersungguh sungguh perli. Member-member gua yang lain apa lagi menambah baikkan la maksud kelucahan di situ. Member gua redha dan tak membantah pun. (Sebenarnya mlm tu, member gua tersesat habes. Maybe dia hilang ingatan sementara)
Kesimpulannya, mana-mana lu orang yg dah sah berkahwin, tak payah la nak tunjuk hebat depan orang-orang bujang dengan mencipta ayat 'bini aku tak kesah'. Nah..ni la bahana kalau terlajak perahu boleh undur, terlajak kata binasa. Nah..pegi meninggal la siapa yg berani ckp 'bini aku tak kesah'. Ayat puaka mcm tu memang gua tak boleh terima sebab lu orang hipokrit sebenarnya. Gua yang tak kahwen lagi ni pun tahu nak fikir matang-matang. Memang betul kata manusia. tak semua kehidupan yang kita nak perfect dapat. Memang takkan dapat yang perfect cuma kita boleh memperbaiki & meningkat. Sekali lagi gua ingatkan, boleh diperbaiki & dipertingkatkan.Cewah...mentang-mentang gua sedang belajar tentang seseorang so ayat-ayat monolog mcm ni biase la terkeluar.
Nak menjaga hati isteri kena pandai menjaga hati seorang Bonda.
Nota Masterchef-Cara masak lempeng. kalau kita tak balik-balikkan kan lempeng tu & jaga api betul-betul, lempeng itu akan hangus. serupa juga dengan hati isteri kita.