Thursday, December 17, 2009

I Never Walk Alone.

Pernah tak aku rasa bosan, sepi dan keseorangan? Jawapan aku yang pertama, PERNAH. Aku merasakan hidup aku ni mcm mono-tone. Maksudnye hidup aku tidak ceria dan membosankan. Aku fikirkan yg aku melalui hidup kerana kehendak orang lain dan bukan kerana kehendak aku sendiri. Itu dahulu………..sangat lama dahulu.

TETAPI.....

Kini segalanya sudah berubah. Dewasa mengajar aku bagaimana aku boleh menjadi matahari di dalam hati ramai manusia melalui penulisan. Jadi jawapan aku, aku berasa ceria, tidak berseorangan dan gembira! Walaupun orang selalu melihat aku ke sana sini seorangan, tetapi aku sebenarnya gembira. Aku di kelilingi dan sentiasa di hubungi Laura, kawan-kawan, para pembaca, ahli keluarga yang amat menyenangkan. Yang memberikan 1001 ragam buat aku. Yg buat aku berfikir lebih jauh dari biasa.

Pengalaman hidup mengajar kita bahawa sebenarnya kita tidak pernah berseorangan. Tetapi jika kita rasa kita berseorangan, itu adalah kerana kita sendiri hendak berseorangan. Ini yang kita niatkan di dalam hati. Ini yang kita set di dalam minda. Kita merasakan kita nak seorangan. Sedangkan jika kita kepingin gembira seperti orang lain, kita harus berdoa supaya kita di datangkan kawan-kawan yang hebat dan menemani kita. Kita doakan supaya kita gembira setiap hari dan menggembirakan orang lain!



Everyone Connected
Segalanya bermula dengan niat dan minda kita. Fokus kepada apa yang kita mahu. InsyaALLAH kita tidak lagi fikir kepada keseorangan, sepi dan sedih. Jika kalian benar-benar mahu gembira, fokus lah, dan doalah supaya ALLAH memberikan kegembiraan kepada hidup anda. Minta terus kepada ALLAH! Buat byk solat sunat, Bykkan mengaji Al-Quran kerana dia lah kwn yg paling setia dan membimbing kita.Mari bertaranum or bermusabaqah.

Namun, jika kalian fokus kepada sedih, keseorangan…ini bermakna kalian yg memilih untuk merasai semua itu. Itu yang kalian mahukan. Makanye itu yg ada dlm tindakan dan minda kalian. Satu pertanyaan aku kpd kalian, tidakkah kalian rasa hidup kalian di bazirkan dengan pemikiran seperti itu? Sedangkan kalian sentiasa ada pilihan untuk berubah dan gembira menempuh kehidupan.

Bergembiralah mulai hari ini. Lepaskan aura kegembiraan itu, dan biarkan ia menyeliputi diri kalian Bersyukur atas kegembiraan yang kalian terima.Jgn biarkan diri kalian diselubungi misteri.InsyaALLAH kalian akan menerima lebih banyak lagi kegembiraan dalam hidup.

1 comment:

  1. bak kata orang tua-tua:

    makan selagi boleh makan


    bak kata aku:
    enjoy selagi muda


    bak kata hidup:
    gembira bila dihadiahkan kegembiraan dan redha dengan segala kesedihan yg dihantarNya...tu kan rencah hidup


    bak kata liv fan:

    'you will neva walk alone!"
    hahahaha xmasal!~

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails