Tuesday, December 29, 2009

Gambar-Gambar Stylo & Gedik Penutup Ceritera Tahun 2009

Saat-saat pelik ini di rakam sewaktu ke destinasi JB-Melaka-Seremban-JB.Wachaaaaaaaa!!!!.




Umpama berada di awang awangan dgn gaya dan citarasa tersendiri.Memg aku masih di awang awangan lagi pun.hahahaha


Thanks kpd En Apai kerana menjadikan gambar kami ini umpama poster drama 'Heroes".hahahaha


                                  Apa ada di atas sana????Bintang ka???





Opsss!!!.Jgn marah ye pondan2 di luar sne..Kami pun boleh buat tapi selepas ketandusan idea utk bergambar.hahahaha.





Fuh!!!!Apai & Khai begitu santai dan bersahaja tanpa menghiraukan org di sekitarnye.Cayalah korg.hahahahaa

Apai telah mengantukkan diri nya kerana begitu penat memandu dari JB ke Melaka.hahaha





Gaya apakah itu???telah merosakkan pemandangan indah Masjid Selat.hahahaha





Menikmati 'Oblong' buat kali kedua n terakhir sewaktu perjalanan pulang ke JB.'Oblong' yg di import dari Seremban.Kat negeri lain tak tau ade ke tak.hahahaha.'Oblong' kambing dan ayam.Kalo nak merasa mari turun Seremban gegarkan kedai 'Oblong '.Special dari Seremban.Wachaaaaa!!!


Gambar terakhir ni adalah begitu bahaya antara Khai n Jai. Gambar ini sgt romantik dan menyentuh perasaan.Ape pun, Smoga korg berdua bahagia di alaf baru 2010.Gambar terbaik dari smue gambar di atas. Aku rate 7 bintang.hahahahahaha


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.Wachaaaaaa!!!!

Wednesday, December 23, 2009

Holiday & Holiday Again.

Dah masuk week 2 kuliah namun hanya 1 kelas je yg ada iaitu kelas Dr N dan aku asyik mengadap muke beliau je spjg 2 minggu kuliah bermula.Lecturer lain lgsung tak menghadirkan diri ke kelas.


Maka nye.....semua student 4 SGP dpt cuti free 5 hari bermula nye hari ini.


Maka nye juga....ramai yg pulang ke rumah masing2 utk bercuti semula.


Oleh kerana itu....aku pun akan bercuti ke Seremban utk melihat kelangsungan perkahwinan kawan aku En Zamel (Fan Man Utd similar type dgn aku) hari sabtu ni.


Oleh kerana itu juga....Tesis aku akan tersadai utk kali keduanye atas sebab2 di atas.


Kesimpulannya....2 minggu permulaan kuliah ini menjadi heaven week utk aku dan rakan2 4 SGP yg lain.Like En Fairuz.hahahhaa.

Thursday, December 17, 2009

I Never Walk Alone.

Pernah tak aku rasa bosan, sepi dan keseorangan? Jawapan aku yang pertama, PERNAH. Aku merasakan hidup aku ni mcm mono-tone. Maksudnye hidup aku tidak ceria dan membosankan. Aku fikirkan yg aku melalui hidup kerana kehendak orang lain dan bukan kerana kehendak aku sendiri. Itu dahulu………..sangat lama dahulu.

TETAPI.....

Kini segalanya sudah berubah. Dewasa mengajar aku bagaimana aku boleh menjadi matahari di dalam hati ramai manusia melalui penulisan. Jadi jawapan aku, aku berasa ceria, tidak berseorangan dan gembira! Walaupun orang selalu melihat aku ke sana sini seorangan, tetapi aku sebenarnya gembira. Aku di kelilingi dan sentiasa di hubungi Laura, kawan-kawan, para pembaca, ahli keluarga yang amat menyenangkan. Yang memberikan 1001 ragam buat aku. Yg buat aku berfikir lebih jauh dari biasa.

Pengalaman hidup mengajar kita bahawa sebenarnya kita tidak pernah berseorangan. Tetapi jika kita rasa kita berseorangan, itu adalah kerana kita sendiri hendak berseorangan. Ini yang kita niatkan di dalam hati. Ini yang kita set di dalam minda. Kita merasakan kita nak seorangan. Sedangkan jika kita kepingin gembira seperti orang lain, kita harus berdoa supaya kita di datangkan kawan-kawan yang hebat dan menemani kita. Kita doakan supaya kita gembira setiap hari dan menggembirakan orang lain!



Everyone Connected
Segalanya bermula dengan niat dan minda kita. Fokus kepada apa yang kita mahu. InsyaALLAH kita tidak lagi fikir kepada keseorangan, sepi dan sedih. Jika kalian benar-benar mahu gembira, fokus lah, dan doalah supaya ALLAH memberikan kegembiraan kepada hidup anda. Minta terus kepada ALLAH! Buat byk solat sunat, Bykkan mengaji Al-Quran kerana dia lah kwn yg paling setia dan membimbing kita.Mari bertaranum or bermusabaqah.

Namun, jika kalian fokus kepada sedih, keseorangan…ini bermakna kalian yg memilih untuk merasai semua itu. Itu yang kalian mahukan. Makanye itu yg ada dlm tindakan dan minda kalian. Satu pertanyaan aku kpd kalian, tidakkah kalian rasa hidup kalian di bazirkan dengan pemikiran seperti itu? Sedangkan kalian sentiasa ada pilihan untuk berubah dan gembira menempuh kehidupan.

Bergembiralah mulai hari ini. Lepaskan aura kegembiraan itu, dan biarkan ia menyeliputi diri kalian Bersyukur atas kegembiraan yang kalian terima.Jgn biarkan diri kalian diselubungi misteri.InsyaALLAH kalian akan menerima lebih banyak lagi kegembiraan dalam hidup.

Monday, December 14, 2009

9 Players vs 11 Players.

Apakah itu?Permainan apakah?xkn main golf pulak kan.of course la bola sepak.hahaha.Mesti pelik bunyikan.Sebenarnye kampung aku ader masuk tournament bola sepak Piala Liga Umno Batu Pahat Dun Senggarang.Match tu berlangsung smlm di SMK Tunku Mahmood Iskandar.keputusan nya kampung aku menang 3-1.9 player tu mewakili kampung aku iaitu Antharax FC@ Pt Kaseh manakala 11 players tu mewakili Kilat Fc@TNB BP.Dasyatkan, main 9 org stil blh menang lg.hahahhaa.

Lagi membanggakan aku diberi kepercayaan dan penghormatan utk menjadi captain. Makanye aku sama taraf dgn captain yg terkemuka dunia sperti Cesc Fabregas, Steven Gerrard sebab aku main midfielder.hahahaha.Aku berjaya membimbing pasukan aku utk mencapai kemenangan yg agak sulit ini dgn strategi yg Sir Alex Ferguson yg telah aku pelajari dan kajian bertahun lamenye.hahahahha.

First eleven yg diturunkan smlm adalah Aku(cap),Azim (adik aku), Ameng(abg Laura), Cewek, Emy, Rapat, Cepet,Pie, Rahmat (pengurus pasukan), Zairi dan sorg pemain import dri kg mane ntah.Pastu reserved Tompel, Uji, Gemuk dan Gambeleh.

1st half stil 0-0. Aku patutnye dh score awal dgn sepakan lambung aku dri jarak 25 meter tp terkena palang.Golkeeper dh kaku time tu.2nd chance dtg dri Emy tapi die buat placing tak gol.3rd chance dtg dri Ameng(abg Laura) tp shooting deras die berjaya di tepis golkeeper.1st half overall ok la, 2-2 team main fair play.Pasukan lawan yg byk menyerang bertali arus tapi adik aku Azim begitu cekap menjaga gawangnye dri dibolosi.Maklum la wakil Johor kan main bola sepak.Bru Form 3 adik aku tu. Pasni main bwh 18 pulak la adik aku tu.

Masuk 2nd half perlawanan jadi tegang dgn adegan terjah menerjah kaki berlaku. akibatnye Rahmat telah di terjah oleh team lwn dan patutnye team aku dpt sepakan percuma, Tapi oleh kerana sifat kekampungan dan kurg disiplin nye team aku, Rahmat mengeluarkan kata2 mencarut so straight red kad utk die. Aku sebagai cap tak dpt nak bantah keputusn pengadil  kerna undang2 tak benarkan player megeluarkan kata2 kesat dan lucah semasa di atas padang. aku hanye mampu menggeleng kepala. Kitorang main dgn 10 pemain. Tak lame selepas tu Tompel pulak kena terjah dgn team lwan, tapi akibat x rti nk menjaga mulut Tompel pun mengeluarkan kata2 kesat so straight red kad utk die.Aku hanye tergeleng2 kepala sekali lagi. Aku bg amaran pada kwn2 lain supaya kawal emosi.tggl 9 player di atas padang utk Antahrax FC. Memg kena serang bertali arus la oleh team lwn.

Tibe2 aura ape ntah dtg kitorg dpt gol pendahuluan melalui Cewek. Aku assist kpdnye dri kiri padang die lari menuju msuk kotak penalti then score.ape lg bsorak sakan la fan2 dri Pt Kaseh.hahahaa.Gol kedua pulak muncul dri Emy, aku through pass baik lps perangkap offside die trus shooting.Terbaekk aku ckp 2-0 leading.Kat luar pdg riuh rendah dgn fan2 Kg Pt Kaseh bsorak.utk kali kedua.memg menakjubkan. Gol ketiga dtg dri Ameng (abg Laura). kali ni uji passing dri kanan tepat kpd Ameng, dgn solonye die bwk msuk trus shot ke penjuru tgol.Kitorg leading 3-0.Sungguh Menakjubkan.Terdiam team lwn.hahahhaa.Tggl berapa minit mase nk tamat aku keluar tkr dgn Gambeleh kerna kaki aku dh kejang.kalo aku push lg mesti injured punye. So aku merelakan diri utk keluar.Last2 minit Kilat FC dpt gol saguhati.

Wisel penamat di tiup oleh pengadil.Kitorg memg hapy gler kerna mencatat kemenangan pertama utk matchday 1.Tapi sayangnye aku terlupa nak bwk kamera utk merakam aksi2 kami beraksi. sayang btl. Tp takpe next match kitorg lwn Sri Merlong FC tapi bln 1 nanti. So aku tidak akan lupa utk rakam aksi2 terbaik  dan menarik utk tontonan umum.hahahaha.utk match akan datang aku sedang mempersiapkan diri utk menaikkn tahap stamina aku supaya tak pancit mcm match smlm.Tak cukup nafas lari satu padang bola tu.

Chaiyok utk Antahrax FC@Pt Kaseh!!!!

Friday, December 11, 2009

Leka Dibuai Mimpi, Drama Korea & Jepun.

Entah mengapa cuti sem ni aku rase sungguh berlainan dari cuti2 sem yg sebelumnya.Aku pun tak tau kenapa aku jd mcm ni.Begitu mls dari segi fizikal dan mental utk membuat PSM dan kerje2 yg lain. Sebelum cuti bkn main berapi ckp nk buat PSM la nk jmpa Dr H la tapi habuk pun xde.Semua tu hanya sandiwara time cuti.hahahaha

Sejak aku didedahkan dgn dunia jalur lebar ni. Aku menjadi lebih rajin utk explore ape yg ade di dalam dunia jalur lebar ni. Buktinye aku ade facebook, blog, friendster, twitter dan kejadah lain la yg selalu melekakan aku.Mane taknye boleh dikatakan tiap2 hari aku melekat dpn pc.Kalo tak serve internet aku tgk movie, burn movie, dwnload movie.Lebih rajin ke arah mcm tu. Tak blh jadi ni.

Kalo tak aku yg explore, kwn2 suruh join itu la ini la cthnya dunia TRAVIAN (KAMPUNG).
Aku bkn la minat sgt pun main benda alah tu. Tp sekadar memenuhi ajakan kwn2 ku je.At least ader jugk la yg tlg tgk2 kan akaun aku.Tima Kasih utk Cik Nizam ye kerna jagakan akaun aku.hahaha.Cik Apai selaku penasihat.2-2 ni org kuat Travian.hahaha.No wonder la dorg pakar dlm menguruskan kampung2.hahahahahaa.

 Paling melekakan aku cuti ni adalah aku terlalu byk menonton drama korea n jepun. Tibe2 dtg aura suh tgk drama2 tu semua.Mula2 aku layan drama Hanazakarino Kimitachie, bila aku tgk drama tu aku nk jd mcm Sano San watak dlm drama tu.Pastu aku layan My Bos My Hero. Blh pulak nk jd mcm Sakaki Kun @ Makio.Gler thp cipan aku dgn drama2 tu.hahahha. Pastu aku layan Crows Zero 2 movie jepun.Memg aku dh terpengaruh dgn drama2 n movie dri jepun ni.hahahaha.Tak lama pastu aku terpandang satu iklan kat tv ader drama korea baru tajuknye IRiS.Ape lg, aku trus explore drama tu kat internet tgk sinopsis. Aku dgn obses nye trus mendownload drama ni satu persatu until dri episod 1-12. Dlm aku menaip entries ni aku sdg mendwnload episod 13. Drama ni 20 episod. Memg best la drama ni penuh aksi. Boleh bygkan tak mcm mane NSS (National Security Service) boleh kna tawan dgn terrorist.Memg jalan cte die sgt menarik dgn hero dan heroin yg ensem n cun. Aku dh la minat dgn Kim Tae Hee tu.Cun gler.hahahaha.
 
Lagi satu aku terlalu byk memikirkan tentang Laura dan mimpi2nye.Ntah kenapa aku jadi mcm ni. Seharusnye aku x perlu berpikran sebegitu rupa tapi tu la Azuan@Azkaban yg aku kenal, x pts2 memikrkan si Laura. Adakah aku terlampau taksub dlm bercinta??atau ini smue utk melekakan aku??Ah!!!tolak itu smue jauh2 buat mase skrg ni, byk lg mase yg ader utk aku trus bersama dgn Laura.Aku masih waras.Yg penting kesetiaan, kesabaran, prihatin dan kejujuran dlm hubungan menjadi kayu pengukur sejauh mane kami akan pergi.Dan yg paling dan sgt2 penting adalah bina kerjaya dlu dan dpt pekerjaan yg baik.Insyaallah...


Akhir sekali, hari ini aku balik UTM trus menuju ke Kolej Tun Razak bilik 244.hahaha.Tapi just kemas bilik dan hantar brg jer. Stay satu mlm, hari sabtu aku balik rumah semula kerna hari ahad member aku kawen.Musim kawen tak pnh surut, setiap minggu ada jer org kawen dri mula cuti sem sampai naik sem.Kawen.kawen.kawen

Ok la..Cau Cin Cee..


Sunday, December 6, 2009

Keep The Magic Secret.




Pengembaraan Merlin sudah bermula. Mari kita layan drama bersiri yg berkisar tentang kuasa magic di haramkan di Kota Camelot. Adakah Merlin dapat terus menyimpan rahsia kuasa magic beliau dari pengetahuan rakyat dan Raja Camelot, Uther dan anaknya Arthur. Mari sama-sama kita saksikan kemunculan Merlin series 2 ini.

Boleh disaksikan di TV3 pada 11.12.2009 jam 10.00mlm special 2 jam episod.
Boleh disaksikan juga di Hallmark channel 702 astro pada 13.12.2009 jam 9 mlm.


Friday, December 4, 2009

Kadangkala Aku Di Atas Kadangkala Aku Di Bawah.

Selama ini fikiran aku bercelaru, dalam bercelaru aku masih boleh tersenyum dan gembira.Kecelaruan ini akhirnya telah terjawab.Tak perlu bercerita panjang.Aku hanya percayakan pada takdir.Itu semua hak Allah s.w.t.Aku hanya mampu merancang tetapi Allah s.w.t yang menentukan.Aku perlu hadapinya dengan tabah.Ku seru semangat yang baru.Chaiyok!!!

You might also like :

Related Posts with Thumbnails