Wednesday, April 28, 2010

Sayonara UTM...

Selepas 6 tahun bergelumang di dlm dunia 'kecintaan kpd ilmu level 1 & 2'. 3 tahun diploma & 3 tahun ijazah..Akhirnya...kini pasti aku akan meninggalkan UTM sanjungan bangsa ni dengan perasaan bangga dan hormat. 'kecintaan ilmu level 3' (master) aku rase lepak dulu..Buat mase sekarang aku sudah penat belajar dan perasaan ingin belajar itu semakin menipis..Kalo tgk graf akademik aku, ia umpama Graf Binomial mcm rajah kat bwh ni.
Kalo tgk pada graf ni, aku pada mulanya agak lembab dalam bab2 blaja ni.Then pada satu tahap tu yg kat tengah aku berada di puncak rajin gler nak blaja n result pun blh thn la.Then skrg prestasi utk blaja dh semakin menjunam dan merudum sebab aku semakin mls. Biasa la tu kan kalo apa2 yg jadi tu positif or negatif mesti ade punca & bagaimana kte mulakan. Agknya manusia ni makin dewasa makin mls kot. Andaian aku jer..tak tau teori aku ni betul ke tak..Yang ni sekadar mengukur tahap pembelajaran aku. Baik kte truskan kepada chapter seterusnya.

 Makanye juga apabila tesis aku ni terhasil, aku juga harussss la meninggalkan UTM ini...Pehhh!...Akhirnya wa dpt juga nama dlm UTM ni  di mana tesis wa akan digunakan sebagai rujukan oleh junior2 yang lain pada masa akan dtg...harusss la..hahahaha. Separuh jiwa aku serahkan utk mengadap tesis yang menjadi beban sepanjang sem semata mata hanya mahu menyiapkan tesis ini..Separuh jiwa lagi jiwa aku ntah kemana ilang pun aku tak tau, rase mcm berada di awang awangan, rase mcm tertinggal kat belakang, rase mcm nak gler pun ada.hahaha. Berhempas pulas dengan sifat kemalasan yg semakin tebal akhrinya dpt jugak aku siapkan juadah ilmu ini. Tahap kualiti tu aku serahkan kepada supervisor utk menilainya..Yg pnting aku sudah selesai menjalankan kewajipan sebagai seorg graduan UTM.

Logo kat atas ni pulak, company yang aku akan keje dlm mase kurang dari 2 minggu..tak sempat nak enjoy puas2..10 May ni aku stat keje. Dah kena keje plak...Aku tak tau la samada aku dah bersedia atau belum utk aku menempuhi alam koprat yang begitu byk konflik, cabaran, dugaan ini..But i have to take this challenge to improve myself better n more better.. Bak kata mak aku, mana yang baik ikut, mana yang jahat jgn ikut..pesan org2 tua. Pesanan dari supervisor aku plak, dah keje tu, kalo saya nak mintak data jgn kedekut & bila jmpa kat luar tu bila langgar tapi jgn wat tak tau plak..itu la kata2 terakhir beliau & also he wish me gud luck in my life..Tima kaseh atas bimbingan beliau, jasamu akn ku kenang sampai bila2..

Akhir sekali, aku juga akan meninggalkan kwn2 laki yang bpe kerat ni jer kerna jejaka2 ini sje penyeri kelas 4 SGP yang ada. Mereka smue ini juga seperti aku, telah mendapat kerje & sedg mencari kerje. Ada yg akan keje di KL, Seremban, JB, Terengganu & Melaka. Tapi kitorg tetap akan berkwn sampai bila2 kerna everyone is connected. Tak kan lost contact..So korg kalo dah kawen jgn lupe halo halo sama wa yer...roger2 la kalo free jgn 24 jam kepit dgn gurlfrenz jer. Tak kan lupa saat bermain PES yg menjadi agenda kita hampir setiap mlm & kenangan2 yang lain. Mamat sorg tu yg tgh sambung master teruskan perjuangan mu kerna kau sorg je penyambung tradisi lelaki utk fakulti kita. Jgn manjekan diri & ngada2 sgt.hahaha.

Sayonara UTM & The GENG....Jumpa di Konvokesyen kali ke 45 bulan September nanti.. Cau Cin Cee..Harussss la....Selamat Bekerjaya Semua!!..

Friday, April 23, 2010

Beauty Of Maths!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these
questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Then:

H-A-R-D-W-O- R- K is equal to

8+1+18+4+23 + 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E is equal to

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E is equal to

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E- O-F-G-O-D is equal to

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Have a nice day & God bless!!!

Monday, April 19, 2010

DINNER cum GATHERING RETRO 4 SGP 2010.

Mari kte mulakan entri ni dgn acara karpet merah oleh sahabat2 sejati aku slame 3 thn diploma & 3 thn ijazah.Bagi Penghormatan utk mereka2 yg sempoi ni dgn gaya & citarasa tersendiri.Tema Retro 60an-80an.




Laluan karpet merah di mulakan dgn Tuan Sukri dgn gaya ala-ala  kumpulan A.C.A.B..hahaha.




Seterusnya majlis diteruskan dgn artis yg baru naik iaitu Tuan Kyril Azley Lahom@Jefril..Ni fesyen retro ape pun aku x tau. Tapi dah mcm geng2 Azroy dlm Cte Gila-Gila Remaja.



 Yang ni pulak adalah ketua Geng Gagak Itam.Tuan Nizam namenye..Ntah ape yg ada dgn geng gagak itam pun aku xtau.Ape2 je la.Janji ko bahagia yer..










Yang ni pulak Tuan Yusnizam..Fesyen nye ala-ala cowboy mcm dlm cte desperado..hahahaha..Tp nye die x sempat nak beli topi cowboy..kalo ade topi conpem dh perfect 100% cowboy..hahahaha.Kire jd jugk la ni..








Yg ni pulak Tuan Fairuz..Time ni die x smpt nak lalu karpet merah sebab die busy membuat pengurusan fasiliti & kualiti utk majlis mlm tu.hahaha.Fesyen ala-ala agogo..Hmm..gaya dh ade tp remos rambut tu kurg naik la..patutnye bg tggi lg...tp ok la...











Haaaa..Yg ni aku pulak Tuan Azuan, gaya retro ala-ala S.Kadarisman & Hussien Abu Hassan..Dgn topi labretta yang aku pakai sesuai benar jika ade vespa di sebelah aku.hahahaha..Tp ok la.Yg pnting sempoi..




Ni yg terakhir Tuan Hafiz dgn Gf nye..Ni sorg lg x smpt nk lalu karpet merah sebab al maklum la pengarah program..Busy bebenor smpai x sempat nk lalu karpet merah.Kawen cpt2.hihihihi..

Selepas majlis red karpet berlangsung..Majlis diteruskan dgn beberapa ucapan oleh wakil Ketua Kelas 4 SGP & Ketua Jabatan Fakulti & Penasihat Akademik kami semua. Sekarang mari kita lihat wajah2 pensyarah yg telah mengajar kte selama 3 tahun di UTM Skudai ini.
 Dr Maimunah Bt Sapri
 Puan Rosadah Bt Mahmod (Penasihat Akdemik Bdk2 Direct Entry)
Puan Hasmah Bt Abu Zarin
 Prof.Dr. Norhaya Bt Kamaruddin
Dr. Suriatini Bt Ismail
 Prof.Dr. Hishammudin Bin Ali
Dr. Nazri Bin Jaafar
Prof. Dr. Abdul Hamid Bin Mar Iman (Supervisor PSM aku)
En Shahabuddin Bin Abdullah
Prof.Madya.Dr.Mejar Ariffian Bin Bujang
Prof.Madya Maizan Bin Baba

Selesai sudah pemberian cenderahati kepada pensyarah2 yang telah byk memberi tunjuk ajar kepada kami semua sehingga kami dpt grade dgn jayanye..Tima Kaseh yg x terhingga kpd pensyarah2 semua..Sekrg kte teruskan lensa gambar dgn gambar2 yg disempat dirakam semasa majlis mkn mlm tersebut berlangsung.


Ini adalah gambar kenangan 1 kelas 4 SGP 2010.Semoga persahabatan ini akan berkekalan smpai bile2..Walaupun perpisahan ini akan menjarakkan kami antara 1 sama yg lain tetapi persahabatan ini tidak akan dilupakan smpai bile2..

Sunday, April 11, 2010

Misteri & Hebatnya Makna Cantik.

Dunia Hiburanputrinazihah menulis "

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya
pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa
istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya
kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan
ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk
dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang
lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada
sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan
pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa
berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan
sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di
pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan
ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung
kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model
yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan
tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap
hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang
tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,
ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai
kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih
melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar
tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun
atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap
bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang
mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand,
terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik
itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi
lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing.
Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut
penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik
ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut
semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka
para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi
berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada
yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan.
Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda
tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang
yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah
tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya
jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap
anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik
masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang
mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang
ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap
daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha
Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik,
malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah
atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik
sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati
jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN.
Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang
mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin.
Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca
cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri
di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan
manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan
anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang
sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

Monday, March 29, 2010

Sebelah Kaki Menuju Konvokesyen UTM kali Ke-45.

Insyaallah bulan September ni aku grade, bak kata bdk2 aku (GOT) Grade On Time..Tak perlu extend2 mcm student lain..

Hari ini aku dah lepas VIVA utk tesis aku maka nye skrg tinggal final exam yg akan aku hadapi..Tak perlu KIV ke ape ker..Aku rase sungguh excited bila dh abes VIVA tesis aku tadi..Tiket pertama utk aku grade dh lepas..skrg tiket kedua adalah final exam..sebelah kaki lagi beb gua nak grade..Excited & Syok gler!!!..

Ape pun aku nak berterima kasih kpd panel aku Dr Haji Ibrahim Sipan & Dr Maimunah Sapri kerna tidak menembak aku dgn machine gun tapi guna M16 jer...hahaha.Tenang2 ala2 gabra + cemas + cuak ckit aku jwb smue soklan yg di acukan kat aku.. So far ok la..Dorg suh repair balik problem statement..Yg lain smue ok..Gue pun x tau ape yg gue kaji sebenarnye...Gue main bedal je ikt kepala otak gue.Gue punye analisis mantap beb..Ckit pun tak ditegur..aku andaikan dorg xphm or terlalu mantap analisis aku.hahahaha..Tak kisah la janji aku lps dgn selamat.

Lagi sorg aku nak berterima kaseh kpd Supervisor aku Prof Dr Abdul Hamid Mar Iman yg byk memberi tunjuk ajar dan kata nasihat yg berguna kpd aku..So far ank2 buah bwh beliau smue lps xd sangkut..

Aku btl2 excited gler la...Alhamdulilah..dlm kemalasan yg sdg melanda diri aku skrg ni dpt jugk aku hadapi smue dugaan ini dgn tabah..Skrg aku nak enjoy dlu, thinking about some1 & kembali fokus ape yg ingin aku capai dlm idup..

Lets Begin The Old Chapter In My Life..Lalalaalalala...


Friday, March 26, 2010

1...2...3...4....Touching Gler..

Gua rase insaf sekejab ble dgr lagu ni... Tibe2 gua nak rajin buat tesis.hahaha.Mari Lyn..Touching down jugak..

Aris Ariwatan - 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai, kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya

Andai, kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Hidup ini sementara


Wednesday, March 24, 2010

Gua Rase Mcm Betul-Betul Malas Nak Blajo!!!

Aku mls, aku suke tidur, aku suke tgk bola, aku suke main bola, aku suke main game sejak dari azali lg bro...gua dh terbiase smue tu tp smue keje siap bro..Sejak2 akhir ni gua rase mls2 yg amat sgt...gua x tau ape gua pikirkan..gua ting tong, blur, sadis,daif..Mls smkin menjadi bro....

Next week nak viva tesis. GIS, TENDER, PBT, CREM tak siap lagi..Smue tu xcimen bro...Lu jgn ingat tu jenis2 makanan yg sdp...Xd maknenye bro...Die umpama mcm ni la bro..mangkuk2 tingkat,mangkuk2 ayun,cawan2 & kuali2 yg kat dapur tu kalo x di basuh semakin bertmbh la kalo di biarkan lame2...

Nak kata cuak tak jugak, aku steady je mcm biase cuma aku rase otak aku dah tepu dgn segala pengisian yg diberikan oleh pensyarah2 aku..Tak msuk otak dah..Tesis lagi gue letih, ade je item yg nak kena edit balik, gua naik muak dah nak edit2 balik, tambah itu ini...setiap kali aku click file tesis dlm pc ni bile bace balik mesti ada bnda yg nak ditambah..Bile pk2 balik cukup ke mase nak tmbh ..Gua jd serba slh bro....Buat ini slh x buat slh...gua letih sgt2 la...

Sebab tu aku btl2 rase mls nak blajo lagi..Aku nak khatam hari ini jugk..Maka nye aku umumkan yang secara rasmi nye hari ini aku mls nak blajo...Pola peratusan sisa terakhir aku kat UTM mcm ni skrg 30% blajo 70% hal2 lain...hahahahaha

Maka nye...Perlu bermuhasabah diri lagi..Kena kwl perasaan aku..Lps geram utk kepuasan diri aku sendiri... Sekadar coretan utk LEPAS GERAM akibat stress yg amat sgt waktu2 kemuncak mcm ni..Maka nye juga mari dendangkan lagu2 raya utk halwa tinga aku ni agar kurg stress...

Saturday, March 6, 2010

Ajuan Vs Tesis...

Haaa...Sape Pemenangnye???...of course la aku yg menang sebab aku berpegang pd prinsip "aku yg memanipulasikan tesis, jgn tesis memanipulasikan aku".lwk kan nadanya. Maksud di sini adalah aku akan buat tesis tu ikut mood dan fokus betul2 dlm tempoh yg singkat ni. Ini kerana aku seorg yg mls sebab tu aku berjaga sampai ke pagi tak tdo semalaman bersengkang mata.kerana utk menyiapkan tesis ini.Koje gler namenye.Tapi benda ni semua aku pandang enteng jer, kalo tak tido bukan mati pun, janji tesis siap.

Namun aku memilih jln sempoi ini utk menyiapkan tesis. Dah seminggu aku tak menikmati tidur mlm yang pada kebiasaannye di lengkapi dgn mimpi2 indah dan ngeri.Aku terpaksa korbankan itu semua demi tesis ku yg 1 ini. Walaupun pada setiap mlm akan ada slot wajib utk aku dan kwn ku menikmati permainan game PES 2010 yg begitu mengujakan dan mengasikkan semua kaki bola sedunia ia tidak menghalang aku utk berdua duaan dgn tesis setelah tamat slot tersebut. Tesis akan aku tatapi pada awl pg nye sedg semua manusia lena di buai mimpi.

Alhamdulilah, sekarang tesis aku sudah hampir ke peringkat yg stabil bkn lagi kritikal. Maka nya aku akan pulang ke kampung hari ini utk merehatkan diri & minda yg kusut masai selama seminggu dan aku akan melibatkan diri utk perlawanan bola sepak piala liga pemuda UMNO Batu Pahat pada keesokan harinya. Esk 2nd match utk kampung aku. Harap akan dpt kemenagan kedua.Hope so..

Maka nya juga...Jom kte tido...Nak mimpikan gadis di bawah. Annyeong haseyo(Selamat Pagi).OPPA..........


Monday, February 22, 2010

~Ezma, you jump, I jump! Contest~

Aku nak try masuk contest ni mane tau blh menang. Tak slh mencuba kan. Ala bkn susah sgt pun.Ltk gmr lompat je pun.hahahaha
  
Yang tgh lompat ni Penganjur nye n banner nye.


Sekarang ni aku nak mempertaruhkan n merperjuangkan gambar di bawah dlm contest ni.

 
Lokasi : Pulau Melaka
Masa : Sekitar senja nak maghrib Jam 7 lbh kurang
Jejaka Jump : Dari kiri Tuan Sukri, Sir Azuan, Tuan Khai

Aku suke gambar ni kerna mereka2 di atas sne melompat lbh tggi dri biase.Bkn snang nk melompat lbh tggi dri biase ni.Gambar ni neutral berlatar belakangkan laut sebenarnye tapi tak nampak laut tersebut. Gaya lompatan Tuan Sukri membawa mksud-umpama burung yg kepatahan sayap tetapi masih dpt berpaut pada jiwa & semangat yg kental utk terbang bebas.Gaya lompatan aku pula membawa mksud-umpama terkejut melihat diriku berada di awangan berpaksikan kestylo n kemachoaanyg tak pnh pudar wpun tak berada di daratan.Gaya lompatan Tuan Khai membawa mksud-umpama lelaki yg kegembiraan di kelilingi ramai gadis yg begitu meminati dirinya smpai mati.hahahaha

Harapan yg menggunung agar penganjur dpt istiharkan yg aku pemenang rasmi contest ni.

Penganjur sila buat keputusan yg adil & saksama tanpa mengira kwn dan hubungan kekeluargaan.

Bajet mcm menang jer..hahahaha

You might also like :

Related Posts with Thumbnails