Wednesday, December 14, 2011

Membuat Keputusan.

Inilah sebahagian perkara yang gua tak suka buat & pikir. Lu ingat hal membuat keputusan semudah makan kuaci duduk depan TV sambil tgk game Menyu, sambil tengok Nani gelek gelek control bola kemudian rembat. Gua tak suka macam ni, sebab gua pernah gagal dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, dulu gua masuk Maktab Tentera Diraja kat Sungai Besi, then bila dah berada dalam tu, gua mintak balik sekolah lame.menangis nangis bhai gua mintak keluar. Dah la nak masuk sane bukan senang. Memang bapak gua hangin giler mase tu, Kalau maunye sekarang gua dah jadi Leftenan Muda dlm ATM. 2nd, gua dapat masuk Sekolah Teknik amek kos Kejuruteraan Elektrik, gua pegi then tak sampai sebulan gua balik lagi sekolah lama.Memang gua kena blame abis abisan parent gua, tu yang gua study hard mase SPM. 3rd, gua dapat masuk UTM kos Sains Komputer, then gua rase tak boleh handle subject C++ ape jadah tu, gua pun bukan minat Sains Komputer, gua pegi tukar kos penilaian. Entah ape jadah la gua amek kos penilaian dulu agaknya gua pun tak paham. Nak kata berjodoh dengan orang kos ni, tak jugak nampaknye. Gua memang gila dulu. Menyusahkan mak bapak tahap gaban. untung je gua tak kena halau dari rumah. Tengok, kebangangan gua membuat keputusan.

Sekarang gua maseh menghadapi masalah yang sama & gua takut failed sekali lagi. Rasenye fasa memlih calon isteri belum lagi. gua ulang, belum lagi ke arah tu. sampai mase fasa tu memang gua lagi pening. Yang tu gua tolak ketepi dulu.

Sepatutnya fasa menstabilkan diri ni dah berkahir setahun yang lepas, tetapi apakan daya, langit tak selalunya hujan. Ape pun wish best luck untuk keputusan yang bakal gua buat dlm mase 2 minggu ni.

"Hai, saya Nisa Adinna, saya power main biola, gud luck utk Abg Azuan"-Nisa Adinna, 14 years old

P/s- Dulu masa Cristiano Ronaldo nak join Real Madrid lame jugak dia buat keputusan.

Wednesday, December 7, 2011

Lagu Kita - Aizat Amdan

Gua memang minat lagu ni, soul abes bila tengok Aizat nyanyi kat pentas AJL 3 tahun lepas. Lagu ini dituju tujukan kepada geng Suzuran Housen, puaka kwn sekolah & budak kampung gua serta skandal-skandal yang terlarang.keh.keh.keh..Akceley, semalam gua pergi karok, bukan ape 'Lagu Kita' first time gua bawak. Tapi paling puaka bila kawan puaka gua karok lagu Gemuruh & Di Penjara Janji. Memang tak boleh blah. Sape yang dapat tarik abes sebijik mcm Awie memang lejen. Sumpah gua memang tak power nak nyanyi lagu puaka macam tu.



P/s- Gud Luck utk Sungai Lui di pentas final AJL 26 nanti.

 Sekadar Hiasan

Monday, December 5, 2011

Majalah 3- Istimewa Harimau Malaya.

Sabtu lepas, 3 December 2011, Jam 9 malam. Gua bukan saja-saje nak tengok Majalah 3 sambil makan kuaci sebab rasenye memang tak berbaloi. Dulu gua layan jugak Majalah 3 sebab gua suke tatap wajah kesayangan iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain. Lenggok gaya & bercakap memang memukau gua. Tapi sejak dia dah berkahwin, gua jadi kurang minat nak tengok sangat (kecewa). Siyes, lepas ni kalau Majalah 3 tak di acarakan oleh Nurul Syuhada, memang gua akan pulaukan rancangan Majalah 3 seumur hidup. 'Kami Mahukan Nurul Syuhada Sahaja.Titik!'. Okay, Gua tengok Majalah 3 disebabkan ada cerita pasal Harimau Malaya. Buat julung kalinya sukan bola sepak negara mendapat tempat di Majalah 3. Malas nak cerita banyak, gua ada selitkan rancangan tersebut kat bawah ini untuk tatapan lu orang.

 
"Bukan saya sengaja taknak masukkan bola tu, tetapi memang bola tu tak masuk, saya nak buat caner kan"-Fakri

"Saya akan menyokong bangun jatuh bola sepak negara kerana saya percayakan Fakri & rakan-rakan akan sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan, I Love Manchester United Forever"-Azuan Shahri

Dalam rancangan ini jugak Majalah 3 telah merungkai isu sepakan penalti Fakri Saarani, tak pecaya lu orang boleh scroll mouse ke minit 29.00.Lu orang akan  dengar statement yang dikeluarkan Fakri. Gua tak marah & tak benci Fakri. Gua dah anggap Fakri sebagai wira negara sebenarnya. (sebab dia score lawan Mynmar mase semifinal).

Free Gift

P/s- Gua hanya seorang Ultras Makan Kuaci duduk depan TV sambil tengok bola.

Friday, December 2, 2011

Saat Bercelaru.

"Arghhh..saya stress sebab saya terlalu comel, Arghhh..banyak perkara yang mengganggu fikiran saya, Arghh..saya tak nampak apa yang terbaik untuk saya, Arghh..saya tak suka anasir-anasir luar yang menggangu fikiran saya, Arghhh..jangan ganggu Nazmi, saya nak kawen dgn Nazmi, Arghhh..saya jugak tensyen melihat Menyu main mcm Penyu bila kalah dgn pasukan liga Divisyen 1,  Arghhh..semua tak menjadi untuk saya, Arghh..saya dah malas nak bershuffle. cantik kan baju, skirt dan kasut saya, branding tau, Arghh..saya benci Lady Morgana & Uncle Agravine" - Ala Tomey Tomey

You might also like :

Related Posts with Thumbnails