Wednesday, March 23, 2011

Weekday itu Cool.

Halo..Halo..blog dah bersarang oi Kak Limah..Sila kemaskini cepat mungkin sebab bulan April hampir menjelma.

Weekday gua terlalu cool sebenarnya kerana gua malas nak menulis, agak sibuk dengan duniawi. Sibuk dengan valuation. Lu orang pikir la sendiri kan, balik kerja penat, waktu senggang malam gua hanya termampu nak melayan facebook, twitter, tagged & info bola sepak dunia. itupun takat sejam lebih mata gua dapat bertahan lepas tu mata gua dah tak bernafsu lagi dah nak menghadap pc. Nak main game lagi gua tak larat, pc gua dah sangat retro untuk menabur budi. kesian beliau. Gua lebih gemar menghabiskan malam-malam weekday gua dengan menonton televisyen. Tapi dalam gua senang-senang sedang menonton televisyen tiba-tiba bunyi sms dari hanphone. gua baca 'woi jantan, takkan ada bini kat rumah, jom ngeteh!'. tapi apa ada hal, setakat member gua ni mana yang terlayan gua layan. Kalau gua malas nak keluar besok pagi baru gua balas sms 'sori bhai, gua ketidoran semalam penat cari bini gua hilang'.

Weekend jangan cerita la, lagi gua sibuk dari kebiasaan. Ada satu malam weekend gua tertengok rancangan Mentor di TV3, gua tengok ada sorang mamat despatch yang tak terpilih jadi protege ni nyanyi lagu mimpi di patuk ular, serius gua tak penah dengar dan tak tau. agak lawak mamat ni boleh siap nak mintak kerja di KRU studio.Gua search di youtube, hasilnya seperti di bawah ini.


Ok gua bukan nak menggatal ke ape sebab gua tak tau jodoh gua dengan siapa dan bila. Gua cool ok.

2 comments:

  1. apa weekend lu bz dengan kassim ke? hahaha..kau dua orang boleh pegi tengok citer Dalam Botol..hahhha..

    ReplyDelete
  2. cilaka lu...tlg jauhi kisah kassim dari aku..meluat aku dgr ni.

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails