Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana aku masih diberikan nyawa untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Actually aku sebenarnya agak busy lately ini sebab banyak kes nak kena settle. Otak aku sangat ligat fikir pasal property valuation ni sehingga weekday aku menjadi sangat tepu dengan benda ni semua. Tiada apa yang lebih menarik untuk difikirkan melainkan valuation. Sebelum masuk tidur pun aku masih fikirkan apa akan jadi kat office esok. Tapi aku tetap cool.
Weekend ini majlis kenduri kawen kawan pulak, memang tak pernah rehat weekend, ada saja benda yang perlu di hadiri & dibuat. Tapi apa ada hal, kalau gua dapat jumpa kawan-kawan gua hilang semua emosi apa salahnya kan. Busy ke tak semua kasi tolak tepi yang penting gua dapat hiburan every weekend.
Sempena tahun kelahiran gua ni, seperti yang di war war kan sebelum ni gua mahu serius dengan kehidupan. Setiap tindakan & pilihan harus di hadapi dengan serius.
Tak perlu kek, hadiah atau celebration, cukup sekadar doa rakan rakan sekalian agar aku terus maju jaya kehadapan. Terima kasih atas ucapan ucapan kamu-kamu di luar sane. Tak perlu gelabah, Gua tetap cool.
carik awek der..baru cool..hahaha
ReplyDeletepepun happy belated b'day.. yup perlu lebey serius dan matured.. :)
ReplyDelete