Friday, December 31, 2010

Summary 2010

29 December 2010, Malaysia cipta sejarah baru dalam sukan bola sepak Negara & Asia Tenggara. dengan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Negara-negara jiran, maaf ye, kami sekarang yang terunggul di Asia Tenggara so rasa nak berbangga & berbongkak banyak.Tahniah Malaysia!Tiada kata secantik bahasa yang boleh diungkapkan selain Malaysia Hebat!.Tutup cerita bola sekarang.1 Malaysia dah tengok berita & paper, tak perlu ulas panjang-panjang.

Setahun itu adalah terlalu lama sebenarnya. Dalam setahun itu juga bermacam macam perkara yang terjadi even perkara itu menggembirakan atau menyedihkan. Daripada alam kekampusan hingga ke alam kekerjaan. Daripada menunggang kapcai beroda dua hingga menaiki kenderaan beroda empat. Daripada 'bersingle hingga 'berskandal'. Daripada baik hingga yang jahat. Daripada usia 24 menjangkau usia 25. Menurut seorang bestfrend semasa darjah 6 & form 1, Sekarang Umur Bukan Masa Utk Tarian Shuffle Lagi Dah (Ayan memang sempoi, Man Utd Forever). Mungkin ada benarnya kata beliau, itu zaman dulu-dulu remaja baru nak naik, tapi sekarang masa untuk serius dalam semua hal. Tahun ini juga boleh di anggap sebagai fasa utk menstabilkan diri untuk mencari keserasian dalam kehidupan. Status diri ini juga belum stabil, mungkin juga perlu ditukar pada tahun 2011 dan mungkin juga perlu menunggu the next gadis murtabak 8 pada  bazar Ramadhan tahun depan. Hati yang kosong ini perlu juga di isi suatu hari nanti.

Setahun ini juga rentak kehidupan agak menggembirakan cuma kadang-kadang rentak itu jadi sumbang kalau tersilap langkah. Maka nya, rentak sedemikian rupa harus di teruskan, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Tahun ini juga adalah tahun yang paling kurang bersukan, kalo 5 bulan sebelum nya boleh tahan aktifnya bersukan di kampus, tetapi 7 bulan selepasnya tersangat la kurang bersukan, lebih mementingkan 'bersukan' di depan PC & katil idaman dengan harapan tidak menjadi secomel Pierre Andre atau Wayne Rooney.

Kompang-kompang jugak banyak kedengaran di majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan seangkatan, entah kenapa tahun ni agak ramai yang teringin sangat nak berlaki, mungkin tak sabar nak dapat baby. Jika dah dapat baby maka nya cepat timang cucu & menantu. My sis turut ingin merasa kawen cepat maka nya juga pertunangan mereka telah berlangsung pada tahun ini. Mungkin kaum hawa memang dah ditakdirkan untuk kawen cepat. Takpe, bujang itu macho, steady & cool.

Pemilik Mitsubishi Lancer 2.0 GT  itu tidak pernah berada di atas jalanraya kerna itu adalah milik orang lain, maka nya jangan ada kekeliruan di situ walaupun itu kereta idaman. Pemilik itu hanya mempunyai kereta cap Malaysia. Sebagus mana kereta itu, tidak akan dilupa kepada kapcai yang banyak berjasa suatu ketika dulu. Tidak lupa juga kepada ikan yang banyak berjasa masa zmn kekampusan dulu, ikan itu adalah penyelamat ketika musim hujan dan kegunaan untuk berlibur. Kalau dulu ikan itu adalah ikan emas tetapi  sekarang ikan itu telah bertukar menjadi ikan merah. Tak kisah warna apa, jasa-jasa kamu akan dikenang.Pemilik ikan pasni mintak tolong pick up lagi kat Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harapan tahun depan nak perbanyakkan aktiviti pelancongan samada di dalam atau di luar negara. Nak merajinkan diri ke stadium utk sokong team bola sepak Malaysia dan Johor FC. Selain itu mencari gadis idaman yang minat bola, tempat-tempat mcm ni sahaja kepastian gadis minat bola itu dapat dibuktikan. Kalau dapat duit RM100milion dalam semak, nak buat gelanggang futsal kat belakang rumah untuk memudahkan aktiviti bersukan dengan harapan dapat menjadi sehebat Safee Sali atau Park Ji Sung.Balance duit nak buat rumah three storey bungalow lengkap dengan swimming pool, meja snuker, jamming studio,  bilik karaoke , ada parabola n ruangan khas  utk supporter Man Utd tgk bola. Impian sangat tinggi melangit. Sekadar impian bukan kelucahan.


Sumber inspirasi untuk di bawa ke tahun hadapan. Nak jadi sehebat beliau tidak kira dalam perkara apa yang cuba dilakukan. Serius kau kacak Safee Sali, tapi kalau kau botak sebijik macam Wayne Rooney.Jgn gelisah Man Utd tetap menjadi sumber inspirasi forever.


Bye Bye 2010, Welcome 2011..Happy New Year!

Saturday, December 25, 2010

Tiramisu


Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.

Sinopsis Tiramisu

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?


Serius!Gua minat lakonan Pierre Andre & Sharifah Amani. Thats why la gua nak tengok. Pasni balik kerja lincah la terus depan tv.Sedapnya kek tiramisu..nyum..nyum..

Thursday, December 9, 2010

Carutan Malam.

Kesinambungan dari Carutan Petang yg di sediakan Fahrin Ahmad versi The Fairuz. 

Parit Kaseh???

Mlm tak bercahaya, bunyi desiran enjin keta & moto takde, bunyi org menjerit stress study takde, bunyi org melalak lagu karam-zabarjad kat toilet takde, bunyi org bersorak tgk bola takde, bunyi org bersorak main PES 2011 lagi langsung takde. Tiba- tiba sunyi sepi pulak. Kat mana gua ni??Gua ingat berada di K-11 Kolej Tun Razak tadi rupanya gua kat kekampungan. Terhenti lamunan seketika.

Gua baru terfikir nak tengok bola sepak Suzuki Cup Kat Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia vs Vietnam semifinal tapi pesal korang main hari rabu, gua keje la...Kalau la Bukit Jalil tu sebelah kampung gua, conpem gua jalan kaki je.Kalau la...Frust jugak ni tak dpt tengok. Jiwa memberontak!

Selain dari itu gua sebenarnya sedang menghadapi masalah besar, serius, rumit yang teruk sgt & amat menakutkan. Pengalaman yang tak penah terlintas dalam kepala hotak ni boleh muncul dlm hidup gua. Gua nak cerita pon tak berani takut disalahertikan pulak.Amat kukuh alasan ni untuk gua berhijrah ke Kuala Lumpur. Cool jer..

Malam yang barai!

Sunday, December 5, 2010

Perjalanan Itu Masih Jauh.

Sangat jauh tak tau berapa tahun lamanya..Masih mau meneruskan budaya kebujangan &keremajaan ini sebaik mungkin.Masih banyak yang gua nak gapai, masih tak puas, masih bernafsu & akan terus begitu.

Sampai satu masa, detik & ketika gua akan berhenti, berhenti setelah menemui sesuatu yang pasti, bak kata orang muda sekarang dalam bahasa mulianya yang 'Terbaekkk'.

Gua perlu bergerak, gua perlu berhijrah ke tempat baru tapi bukan sekarang, tahun depan mungkin mencari tempat yang baru, tempat tinggal yang baru yang lebih heaven untuk gua menikmati zaman keremajaan & kebujangan ini. 

Kuala Lumpur ligat bermain dalam kepala gua. Tapi nanti gua pikirkan sedalam dalamnya.

Buat masa sekarang gua masih disini.masih disini. Gua petik sedikit lirik dari lagu kumpulan Estrella-Stay.
Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay


Stay or Move???..

You might also like :

Related Posts with Thumbnails