Rasenya perlu lebih bersopan sedikit utk bertutur bahasa dalam penulisan kali ni. Tiada apa yang menarik untuk disampaikan dan juga tiada niat untuk meneruskan kisah Cinta Bazar Ramadhan yang pernah korang baca pada Ramadhan yang lepas sebab tiada musim kedua untuk diterjemahkan.
Tak perlu la menjadi semulia Ustaz Azzam seperti dalam drama Ketika Cinta Bertasbih. Sekadar mengingatkan kita sesama islam bahawasa nya bulan paling mulia ini banyak pahala yang boleh diperolehi. Salah satunya solat terawih. Ramadhan yang lepas terlalu khilaf diri ini kerana banyak tertinggal untuk menunaikan solat terawih. Puasa Ramadhan itu wajib, tidak pernah aku lalai utk menunaikannya & meninggalkannya. Bukan nak mengaku diri ini sempurna tetapi hakiki nya masih banyak kekurangan dari aspek keagamaan untuk dipertingkatkan. Selaras dengan tema yang di war war kan untuk lebih serius dalam kehidupan.
Dalam rutin-rutin harian yang telah lama aku lalui, aku masih berfikir mengapa masih ramai lagi masyarakat melayu yang berstatuskan islam tidak berpuasa? Sebab setiap kali Ramadhan aku nampak benda yang sama. Ada secara terbuka & tersembunyi..Subhanallah..Lebih menyedihkan remaja-remaja yang baru nak naik, lebih memilukan juga bapak-bapak budak pun turut meramaikan akikah di bulan puasa. Apabila melihat di sekeliling begini, timbul perasaan sedih mengenangkan nasib orang melayu yang sebegini rupa. Bukan nak menagaibkan orang islam tetapi hakikat & realitinya begitu la.
Tutup cerita orang tak puasa. Sebenarnya tujuan utama penulisan ini sekadar nak melepaskan rindu terhadap teman-teman kampus yang dulu nya begitu akrab berbuka & bersahur bersama. Kini tiada lagi, hampir setahun lebih meninggalkan alam kekampusan tiada sekali pun dapat bersama berbuka & bersahur bersama mereka. Masing-masing menjadi ahli kapitalis melainkan aku sahaja yang masih menetap bersama keluarga. Insyaallah tahun ini pasti dapat together berbuka & bersahur bersama (aku dah klik attend kat facebook, kalau tak jadi siap la korang).
Dah tak payah nak berbual sangat. Intipati nya pun bukan sehebat cerita Transformers & Harry Potter. Tak payah nak sokong Decepticon sangat.