Friday, September 23, 2011

Pengurusan Stress Harian

Mungkin tajuk stress ini sudah berulang ulang kali di sensasikan. Tapi kali ini sengaja nak ceritakan macam mana aku mengatasi stress dengan efisyen. Stress yang dimaksudkan adalah stress harian. Selalunya begini :

1. Minum & makan banyak2 masa office hour.
2. Lepak ngeteh lame2 borak sampai takde topik utk disembangkan baru balik office.
3. Mengomel kat twitter dgn ayat2 yang merepek meraban.
4. Pergi main snooker, nak dekat magrib baru balik.
5. Pergi lepak ngeteh dengan member2 sekolah samada petang atau tengah malam.
6.Pergi tengok wayang biasanya hari jumaat malam lebih afdal.
7.Duduk depan menghadap tv sampai jam 12 tengah malam baru tidor (weekday) 
8. Godek2 pc tengok movie atau main game bola.
9. Tidur depan tv sampai pagi (weekend)
10. Tidur rumah kawan, dengar azan subuh baru balik lepas tu sambung tidur balik.(kadang-kadang)
11. Bawak kereta slow-slow sambil berfikir.
12. Jadi lebih pendiam bila kat rumah.
13. Tak selera makan kat rumah. nak makan luar jer. 
14. Lari laju2 kat trek stadium.
15. Melanguk kat tepi pantai.(jarang-jarang)
16. Nyanyi kuat2 kat toilet masa mandi.

Walaupun ramai yang cakap menghisap rokok dapat hilangkan stress, aku tidak peduli nya sebab aku dah di latih dari kecik untuk tidak merokok. Tak teringin sekali pun untuk merokok.Tak jakun pun.

2 comments:

  1. 1. Lama-lama nanti six pack macam gua baru lu sedar erti penyesalan.
    2. Tu mengular tahap tinggi.
    3. Mengomel pun bukan. Merepek je lebih.
    4. Jom lawan gua. Kalah bayar. Amacam? Hahaha...
    5. Takkan member laki je...?
    6. Bini-biniku Gangster.
    7. Cuba tengok tv sambil berdiri, mesti cepat tertidur.
    8. Eh, masih bernyawa lagi PC kau..hahaha..
    9. Cuba berjaga depan tv yang tertutup. Baru rare.
    10. Cuba lepas ni dengar azan Asar lak. Baru hebat.
    11. Cuba duduk dalam kereta kat tempat parking. Lagi lama boleh berfikir.
    12. Jangan jadi macam Kasim sudah.
    13. Makan tak baca doa tu.
    14. Cuba lari ke belakang laju-laju pulak. Baru ada kelainan.
    15. Cuba melanguk kat tepi swimming pool sambil pakai swimming trunk. Baru ala-ala Mangga.
    16. Karaoke free.

    Kesimpulannya, cariklah bini cepat der. Baru 16 kat atas tu jadi lebih menarik dan bermakna.

    ReplyDelete
  2. kau memang pelik la bhai.cite mamat khalid pun tak pelik mcm ni.dah terase mcm american pulak.hahahak

    ReplyDelete

You might also like :

Related Posts with Thumbnails