Mungkin tajuk stress ini sudah berulang ulang kali di sensasikan. Tapi kali ini sengaja nak ceritakan macam mana aku mengatasi stress dengan efisyen. Stress yang dimaksudkan adalah stress harian. Selalunya begini :
1. Minum & makan banyak2 masa office hour.
2. Lepak ngeteh lame2 borak sampai takde topik utk disembangkan baru balik office.
3. Mengomel kat twitter dgn ayat2 yang merepek meraban.
4. Pergi main snooker, nak dekat magrib baru balik.
5. Pergi lepak ngeteh dengan member2 sekolah samada petang atau tengah malam.
6.Pergi tengok wayang biasanya hari jumaat malam lebih afdal.
7.Duduk depan menghadap tv sampai jam 12 tengah malam baru tidor (weekday)
8. Godek2 pc tengok movie atau main game bola.
9. Tidur depan tv sampai pagi (weekend)
10. Tidur rumah kawan, dengar azan subuh baru balik lepas tu sambung tidur balik.(kadang-kadang)
11. Bawak kereta slow-slow sambil berfikir.
12. Jadi lebih pendiam bila kat rumah.
13. Tak selera makan kat rumah. nak makan luar jer.
14. Lari laju2 kat trek stadium.
15. Melanguk kat tepi pantai.(jarang-jarang)
16. Nyanyi kuat2 kat toilet masa mandi.
16. Nyanyi kuat2 kat toilet masa mandi.
Walaupun ramai yang cakap menghisap rokok dapat hilangkan stress, aku tidak peduli nya sebab aku dah di latih dari kecik untuk tidak merokok. Tak teringin sekali pun untuk merokok.Tak jakun pun.