Lama juga gua tak muhasabah kat sini. mungkin juga selama ini gua langsung tak muhasabah diri. Kadang-kadang gua rase semua nya tak adil utk gua. Hidup adalah pilihan dan hidup juga tidak adil buat gua. Tapi gua tak pernah lupa, ini semua kehendak dan takdir yg maha Esa, gua tiada kuasa berkali kali melawan takdir. Gua bersabar sampai masa nyawa gua ditarik maka nya semua telah adil bagi gua untuk DUNIA.
Kadang-kadang bila otak gua tepu dengan automatiknya gua dah tak romantik. Korang ingat nak dapat feel romantik semudah korang makan kuaci gelak-gelak sambil tengok Super Spontan. Bila tak romantik mula lah macam-macam isu keluar dari mulut bini korang.Ya, gua bercakap dalam konteks yang telah berumahtangga atau dalam bahasa iban di sebut kelamin. kaum isteri juga perlu tau bahawa sekiranya suami mereka jarang romantik tak bermakna si suami tak sayang n cintakan si isteri.
Berada di 'neraka kecil' saban hari juga boleh buat otak sarat. walaupun gua tau berada di 'neraka kecil' adalah satu seksaan sementara tapi gua tak pernah berhenti menghadap dan mencarut dengan kerje yang semakin membebani otak gua. Gua tak tipu gua rajin. kalaulah kerje itu mudah seperti menyepak bola alangkah indahnya dunia.
Gua bukan seorang suami yang baik & sempurna.