Sebelum gua memulakan sesi minggu
penghargaan ini, gua nak beritahu yang gua sebenarnya tak berapa nak
aktif & tak sihat. Badan gua memang tak sihat tapi akal gua tak
injured. Gua gagahkan juga untuk menulis bagi melahirkan rasa menghargai
itu penting dalam hidup gua sempena minggu penghargaan ini. Ayat
'Terima Kasih" itu cukup besar makna nya. Bagi gua, menjadikan diri kita
dihargai itu lebih penting sebelum kita menghargai orang lain. Gua
ulang, hargai diri sendiri dulu baru hargai orang lain. Dengan keadaan
seperti ini kita akan saling hormat menghormati. Baik, cukup dengan
mukadimah, gua dah boleh memulakan acara penghargaan ini.
Firstly,
ucapan terima kasih gua boleh di simbolikkan dengan rasa bersyukur tak
terhingga kepada Allah s.w..t kerana sampai saat dan ketika ini gua
masih diberikan nyawa untuk terus menghirup oksigen yang di bekalkan
dengan percuma ini. Celik-celik gua bangun tidor, gua sedar yang gua
harus ucapkan Alhamdulilah sebanyak mungkin.
Secondly,
ucapan terima kasih gua ditujukan kepada Bonda & Abah yang telah
membesarkan Abang. Terima kasih kepada bonda kerana telah melahirkan
Abang pada 1 April 1986 walaupun Abang tak sempat nak tengok 1st match
Manchester United pada tahun itu kendalian Sir Alex Ferguson selepas
dilantik sebagai Manager baru Manchester United menggantikan Sir Matt
Busby. Kepada Abah, terima kasih Abang nak ucapkan kerana telah
mengazankan di telinga dan memberikan nama yang baik kepada Abang
walaupun Abah tak namakan Abang dengan nama David De Gea atau Cristiano
Ronaldo. Terima kasih juga kepada Bonda & Abah sebab telah
memberikan kehidupan yang selesa selama 25 tahun kepada puteramu ini
walaupun Puteramu ini kadang-kadang beperangai macam setan & lalai
dengan kehidupan. Terima kasih kepada Abah juga sebab rajin rotan Abang
mase kecik dulu sampai berbirat. (syok tu Bah). Terima kasih kepada
bonda juga sebab setiap kali Abah rotan Abang, Bonda yang selalu sapukan
minyak kat punggung atau kat badan untuk kurangkan kesakitan. Kalau
dorang tau yang gua suka merepek dalam blog, mesti dorang terharu
mendengar ucapan penghargaan gua ini. Tak penting, yang paling penting
gua ikhlas dengan apa yang gua tulis di sini.
Thirdly,
gua nak ucapkan terima kasih kepada adik beradik gua Mohd Azim, Nor
Aziane & Nor Azila kerana menjadi peneman hidup abang selama 25
tahun. Walaupun abang selalu marah & tegas terhadap korang tetapi
abang tetap sayangkan korangkan kerana menurut pepatah. air di cincang
takkan putus. Terima kasih kepada Mohd Azim kerana menjadi peneman abang
untuk berjoging, bershoping, menonton perlawanan bola Manchester United
bersama. Terima kasih juga kepada Nor Aziane kerana menjadi peneman
Abang di kala Abang putus cinta walaupun nasihat yang kau berikan
langsung tak berguna untuk abang. Terima kasih kepada Nor Azila kerana
merelakan diri selalu di buli oleh Abang kau yang perangai macam setan.
Sebenarnya banyak sangat list appreciation gua ini. Tapi gua lanjutkan jugak.
Fourthly,
gua nak ucapkan terima kasih kepada Miss Sincerely sebab jujur dengan
gua. Insyaallah saya akan jadi teman sebelah awak sampai bila-bila. Awak
hanya perlu ingat, saya akan sentiasa ada dibelakang menyokong &
jadi pertahanan terakhir awak. Mcm bola sepak kan.This
is promise me. Gua petik bait-bait lagu dari kumpulan Backstreet Boys
"I don't care who you are, Where you're from, What you did". Buat Miss
Sincerely, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya sehingga ke hari
ini. Setiap hari saya memikirkan kamu, bangun tidor saya sentiasa ada
kamu. Walaupun jarak kita 500 kilometres jauhnya dari segi
penampakannya,
tetapi awak tetap di hati saya. Percayalah keikhlasan hati saya tak
pernah bosan & menipu. Terima kasih juga kerana telah muncul dalam
hidup saya untuk menjadi satu sumber inspirasi bagi saya. Terima kasih
juga kerana telah melembutkan hati saya yang kering selama ini. Terima
Kasih Miss Sincerely.
Lanjutkan
lagi, sebab lepas ini lagi banyak ayat 'Terima Kasih' yang korang akan
lihat. Tapi gua nak tampal iklan lagu dulu. lagu feveret gua jugak ini.
Baiklah, sekarang boleh sambung.
Fifthly,
sesi penghargaan gua dilanjutkan kepada coach & cikgu-cikgu sekolah
gua terutamanya kepada Cikgu Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu
Hamzah, Cikgu Salmah, Cikgu Fong, Cikgu Ramli, Miss Ong. Kepada Cikgu
Rashid, Cikgu Jaslan, Cikgu Jafri, Cikgu Hamzah terima kasih sebab
berikan saya training yang sangat hebat sampai saya termuntah hijau
& injured yang hasilnya membawa saya mewakili negeri Johor dalam
acara Olahraga. Sebenarnya gua lebih mengharapkan dapat mewakili Johor
dlm acara Bola Sepak tapi coach gua ckp gua takde bakat dlm sukan Bola
Sepak.Ceh, tak guna punya ayat. Kepada Cikgu Salmah, Cikgu Fong &
Cikgu Ramli terima kasih sebab menjadikan saya meminati subjek Kimia,
Add Math, Matematik & Bahasa Melayu sebagai subjek wajib saya dapat
A1.Terima kasih Cikgu! Saya rasa tak berguna sebab saya tak jadi
Engineer atau Ahli Kimia. Tetapi saya menjadi seorang penulis blog yang
tak berguna, mesti Cikgu banggakan.
Sixthly,
Gua nak ucapkan terima kasih kepada Ex-Ex Girlfriend & skandal gua, gua rase tak
perlulah nak mensyen siapa orangnya, terima kasih kerana telah
menjadikan gua seorang manusia yang berguna di mata wanita. Gua nak
mintak maaf selama ini perangai setan gua telah membuatkan ada pihak
yang tak berpuas hati dengan gua termasuk korang semua. Terima kasih
kerana pernah muncul dalam hidup gua buat sementara. Terima kasih kerana
telah menjadikan gua seorang lelaki yang lebih matang dalam hal
percintaan ini, terima kasih atas nasihat yang telah korang telah
curahkan selama ini. Gua juga nak mintak maaf atas segala kelakuan buruk
yang telah gua tunjukkan kepada Ex-Ex & skandal semua. Mana yang baik gua akan
sentiasa ingat, mana yang buruk telah lama gua lupakan okay. Yang paling
utama, sempena minggu penghargaan ini gua nak ucapkan terima kasih
kepada Ex-Ex sebab tidak memusuhi gua sampai hari ini. Peace yo!
Seventhly, To all geng Suzuran Housen, Apai, Yus, Nizam, Pak Tam,
Baiman & Jai. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan gua selama 6
tahun zaman kekampusan, korang semua memang sempoi & lucu sepanjang
masa. To Apai, terima kasih kerana banyak mengajar ilmu persetanan yang
gua tak pernah jumpa selama ini & ikan lu banyak berjasa. Buat Yus,
terima kasih sebab selalu pinjamkan gua sabun mandi di saat gua
kehabisan sabun mandi masa di kolej dulu. Kepada Pak Tam, terima kasih
kerana selalu menjadi bahan kekalahan untuk gua menang main PES 2010
dengan jumlah jaringan yang besar. Kepada Baiman & Jai terima kasih
menjadi peneman gua makan malam, gua masih ingat, lepas makan je korang
ajak karok. Walupun suara korang semua mcm badak sumbu, tetapi gua tetap
layan. Buat Nizam a.k.a KN, terima kasih sebab sudi melengkapkan geng
Suzuran ini. Terima kasih kepada semua geng kerana tanpa korang Suzuran Housen ini akan berkubur.
Eighthly,
To young warlock, Merlin, Lady Morgana, Arthur Pendragon, Uther
Pendragon, Gaius, Terima kasih sebab menjadikan drama Merlin season 1-4
sebagai drama siri wajib yang gua tak pernah miss sepanjang musim.
Ninethly, untuk kawan-kawan sekolah, to wan, terima kasih kerana menjadi rakan ponteng kelas bahasa inggeris, walaupun lu rase sangat bersalah bila buat macam itu. Sobri, terima kasih bersubahat cover line semasa gua dengan Wan, Ajib, Surabong, Hairi, arwah Hanafiah ponteng kelas. Buat Faiz a.k.a Iteng, terima kasih sebab menjadikan gua lebih advance untuk menjadi lelaki maskulin, terima kasih juga atas nasihat maskulin lu itu, sebagai balasan gua doakan supaya lu berkahwen dengan orang asli kat Sarawak sana. Buat Paan, Calob, Idin, Ikhwan, Sawi, Len, Ikin, Yati terima kasih jadi peneman kawan sekolah gua yang paling berguna. Sebenarnya gua tak larat nak sebut semua sebab banyak sangat, gua tulis mane yang terlintas dalam akal gua, mana yang gua tertinggal jangan terasa pulak sebab pada dasarnya terima kasih kepada semua memenuhi sekeliling gua.
Tenthly, untuk kawan-kawan universiti terutama Kasem, terima kasih menjadi abang yang paling baik dan berguna buat gua. Terima kasih juga sebab menjadi abang yang banyak menolong adiknya. Walaupun ramai kawan-kawan sekeliling tidak bersetuju dengan tindakan lu untuk menjadikan gua adik lu. Tapi gua tak kisah sebab lu sangat baik. Itu gua tahu. Fenomena jeles sudah menjadi kebiasaan rasenye. Terima kasih Aza sebab menjadi kawan gua yang banyak mendengar gua mencarut & mengeluh sepanjang gua tempuhi alam pekerjaan ini. Walupun lu cakap gua ni jawa yang tak guna. gua tak kesah & amek hati okay. Terima kasih atas penghinaan lu itu.
Eleventhly, to all Manchester United lovers, Ayan, Rezam, Ad, Zamel & ramai lagi. Terima kasih kerana menyokong Manchester United selamanya.Terima kasih untuk Sir Alex Ferguson sebab menjadikan pasukan bola sepak feveret gua yang terhebat di abad ini.
Twelvethly, to Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo. Terima kasih pernah menjadi pemain pujaan gua. Buat band-band Nirvana, The Stroke, Franz Ferdinand, Radiohead, Oasis, Coldplay, Sum 41, Muse, Maroon 5 terima kasih sebab menyediakan lagu lagu yang menyenangkan hawa telinga gua.
Finally, to all staff tempat gua cari makan, terima kasih gua nak ucapkan. Kepada Rusli, terima kasih sebab banyak mengajar gua yang degil ini. Terima kasih Siew Mei sebab selalu mendengar keluhan kerja gua semasa di office. Buat Kak Liha & Kasturi, terima kasih kerana memeriahkan opis dengan gosip-gosip panas korang yang mengurangkan stress gua. Terima kasih juga kepada semua staff keran prihatin terhadap gua, andai internal transfer yang di offer gua terima kelak, pasti gua akan rase bersalah dengan korang semua. Ape pun, terima kasih kerana pernah menjadi opismate gua.
Rasenye gua dah boleh tutup acara minggu penghargaan ini. Gua syak juga, ini entry yang paling panjang gua taip. Tak kesah la, yang penting gua dapat semburkan ucapan Terima Kasih ini kepada korang semua. Ingatlah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ringan-ringakan la mulut kita untuk mengucapkan Terima Kasih.
"TERIMA KASIH, THANK YOU"